Hidup adalah perjuangan..........!
Hidup di dunia bagi muslim adalah " Perjuangan/Jihad". Jihad kerana tuntutan beribadah. Seluruh kehidupan manusia di dunia hakikatnya menunaikan kepimpinan yang merupakan ibadah utama yg telah diwajibkan/ditaklifkan sejak kelahiran manusia yang pertama Adam Alaihis salam.
Allah menjelaskan dalam surah Al-Baqarah:30
" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat," Aku hendak menjadikan khalifah " di bumi,".Mereka berkata," Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?,". Dia berfirman," Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.".
( Al-Quran & Terjemahannya: Pustaka Darul Iman )
Hidup di dunia bagi muslim adalah " Perjuangan/Jihad". Jihad kerana tuntutan beribadah. Seluruh kehidupan manusia di dunia hakikatnya menunaikan kepimpinan yang merupakan ibadah utama yg telah diwajibkan/ditaklifkan sejak kelahiran manusia yang pertama Adam Alaihis salam.
Allah menjelaskan dalam surah Al-Baqarah:30
" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat," Aku hendak menjadikan khalifah " di bumi,".Mereka berkata," Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?,". Dia berfirman," Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.".
( Al-Quran & Terjemahannya: Pustaka Darul Iman )
Begitu juga Ar-Rasul menegaskan dalam hadis yang maksudnya ," Setiap kamu adalah pemimpin. Dan akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya ".
Sekalipun manusia itu mudah terdedah kepada perbuatan " zalim" namun Allah yang menciptakan manusia pertama dengan tangannya lalu meniupkan ruh ke dalamnya, amat perihatin dengan segala keperluan manusia. Ini kerana penciptaan manusia adalah semulia kejadian', lalu dibekalkannya dengan segala ilmu yang perlu bagi menyempurnakan kemuliaan tujuan penciptaannya di dunia ini.
Dalam Surah At-Tin:4, Allah berfirman;
.
' , لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ ﴿4 ) Maksudnya: Sesungguhnya kami jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian..".
">وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿٣١﴾ Maksudnya:
".. Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
Al-Baqarah [31]
Justeru perhatian Allah kepada insan ini amat istimewa istimewa, bahkan ia amat hampir dan suka kepada hambanNya yang taat, kendatipun dengan segala kepayahan, kelemahan dan kesusahannya. Oleh itu muslim amat di larang 'berputus asa terhadap rahmat Allah Azza wajalla."
Salah satu dalilnya dalam sahih Al-Bukhari;
[البخاري/ 1145] حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ، عَنْ مَالِكٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، وَأَبِي عَبْدِ اللَّهِ الْأَغَرِّ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ r قَالَ: "يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ، يَقُولُ: "مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ، مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ، مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ"".
[Al-Bukhariy/ 1145] Telah bercerita kepada kami `AbduLlah bin Maslamah, daripada Malik, daripada Ibni Syihab, daripada Abi Salamah, dan Abi `Abdi Llah Al-Agharr, daripada Abi Hurayrah, bahawa Rasula Llah telah berkata: «Turun Tuan kita tabaraka wata`ala setiap malam ke langit dunia ketika berbaki satu pertiga malam yang akhir, Dia berkata: «Sesiapa memanggil Saya maka Saya akan menjawab baginya, sesiapa meminta daripada Saya maka Saya akan memberikannya, sesiapa meminta ampun kepada Saya maka Saya akan mengampunkan baginya»».
Justeru, semua pengorbanan,amalan,usaha akan terasa kecil ketika kita mempertahankan perkara yang benar.Contoh sejarah mujahid silam yang mati kerana mempertahankan kebenan boleh menjadi pengajaran buat kita .
“Sesungguhnya tempoh penahanan ini merupakan satu paksaan melakukan iktikaf atau satu hentian untuk menempuh perjalanan panjang di mana aku berkesempatan mengulangkaji al-Quran dengan menghafal, menelaah dan mentadabburnya. Aku berpeluang berkenalan dan bergaul dengan orang lain. Aku berpeluang untuk berkhalwat (bersendirian) merenungi jiwaku, menganalisis kembali peristiwa lalu dan aku dapat berfikir dengan tenang dan hati-hati di hari mendatang.
Aku yakin bahawa kita tidak akan sekali-kali menanggung kerugian sedikitpun dalam menghadapi segala ketentuan dan takdir Allah. Sesungguhnya siksaan dan tekanan yang terjadi dan menimpa kita merupakan perkara yang telah kita janji setia kerananya, sehingga kita tidak terasa asing di dalamnya.
Hal tersebut tidak akan sama sekali memberikan kesan terhadap keyakinan dan janji kita, akan tetapi memberikan kita isyarat dan petunjuk, memberikan peringatan kepada kita tentang berbagai kebaikan dan membuka mata kepala kita tentang hakikat yang akan datang, bahawa apa yang telah kita alami tidak akan mampu menghentikan gerakan dakwah ini, dan tidak akan menggentarkan para generasinya yang tetap yakin dan teguh walaupun terpaksa mengorbankan darah dan harta.”
وَاللهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمْونَ
“Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya”. (Yusuf:21)
Segala puji hanya milik Allah
Catatan Ummi Wardah.
No comments:
Post a Comment