Surah Al-Akhzab...yang memberi peringatan......
Setahu Ummi mereka pergi dan balik dengan biaya para penyumbang seluruh Malaysia. Bukan di taja oleh mana2 parti politik. Mungkin dibebaskan dgn suaka politik.??...atau eemmm..dipolitikkan?....Allahu A'alam...Ummi 'yaqeen' yg tlh ,sdg dan akan berlaku dgn izin Allah maka Ia jadilah..!!
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi. (Yaa Siin 36:82)
Penggunaan perkataan " Innama" dlm bahasa arab (adat khasrin dlm uslub Qasr salah satu Muhsinat Balaghiah, anak-anak murid Ummi di T5 BAT harap masih ingat lagi) Hanya kata2 Allah itu sahaja....JADILAH...! maka jadilah ia..Eemm macam 'magic' yg selalu dilihat di tv tu..
Doa Ummi...
Moga langkah misi 'kemanusiaan' seterusnya terus mampu digerakkan dgn penuh bijaksana, sebelum, semasa dan selepas misi berlangsung....! Moga apa yang lepas dijadikan iktibar & pengajaran untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.
Moga langkah misi 'kemanusiaan' seterusnya terus mampu digerakkan dgn penuh bijaksana, sebelum, semasa dan selepas misi berlangsung....! Moga apa yang lepas dijadikan iktibar & pengajaran untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.
Masih terdengar-dengar kata2 ketua delegasi LL4G Dr Norazman dalam majlis meraikan mereka di Shah Alam pada hari Ahad lepas, seusai pertemuan mereka di rumah PM, " Walaupun sudah di ambang jihad, namun Allah belum menganugerahkan lagi ' SYAHID' kepada mana-mana di antara kami, agaknya masih banyak 'hutang' yang kami belum selesaikan lagi...". Terangnya penuh makna petikan dlm ayat ini: " Antara mereka Telah Selesai menunaikan janjinya(lalu gugur syahid)..."
Orang yang syahid itu orang yang telah selesai/menghabiskan satu tugasan.....Ummi melihat beliau seolah mahu menitis air mata ketika mengulangi maksud ayat ayat ini bila beliau mengesahkan ketika melihat rakan se misi "syahid' di depan mata..!! sekalipun baru mengenalinya dalam misi kapal Mavi Marmara itu..." Ya betul.. saya lihat mereka memang telah selesai tugas/pekerjaannya..."Terangnya lagi hiba..
Dalam tazkirah yang disampaikan oleh Presiden Haluan Dr Abdullah Sudin pula, beliau menyebutkan beberapa kali betapa perlunya dalam amalan kita khasnya misi LL4G/kemanusiaan ke Gaza ini sifat ikhlas dan benar serta ketulusan dan ketaqwaan diutamakan sebagai syarat asas dalam ibadah yang diterima dan dinilai oleh Allah s.w.t.
Sungguh, Ummi mengikuti pengkesahan mereka dengan pengamatan tersendiri. Pengkesahan panjang berkaitan peristiwa dan perjalanan mereka dalam misi kemanusiaan dari awal lagi.. di Malaysia, di Turki sebelum musafir, juga perjalanan dalam kapal Flotilla Mavi Marmara serta pengalaman dikasari tentera zionist, berasa nyawa di hujung senapang dan di dalam penjara Bir Yasin sehingga sampai di KLIA, Di Dewan Seksyen 17, Shah Alam dan di Studio TV1...
Pengamatan Ummi mengimbau kesah sejarah para sahabat, betapa sahabat agung Khalid AlWalid menangis ketika ajal menghampirinya kerana ia amat2 mengharapkan 'SYAHID' di medan tempur tapi janji dan takdir Allah menentukan ia mati di rumahnya. Begitu juga Syaidina Umar matinya di rumahnya. Sedangkan sahabat yang memandikan beliau amat pilu apabila mendapati tiada satupun ruang di tubuh Amirul Mukminin yang tiada kesan/bekas luka kerana banyaknya menyertai peperangan di medan jihad qital.....Tanda2 yang akan kekal menjadi bukti ketika bertemu Allah nanti....
Apakah 'tanda' yang akan kita persembahkan nanti di hadapan Allah..?? Kita khasnya para wanita/ muslimah hari ini selalu mendambakan tubuh yang selalu 'mulus, halus' tiada cacat cela.....Bahkan amat2 risau bila 'tercalar' ketika kem dll umpamanya..!Ya Rabb sedangkan para sahabiah/sahabat mengharungi peperangan,kesusahan dgn luka dan calar balar bahkan cacat....demi 'menunaikan dan menyempurnakan janjinya dgn Allah'!!
Kita mungkin juga sakit, cacat dll tapi banyaknya bukan kerana 'jihad' tapi sbb yang lain2nya....Mungkin disebabkan "banyaknya makan, kesebokan mencari habuan dunia sehingga lupa tugas asasi kpd Allah,Burnout/Stress dgn pekerjaan yang sia-sia, Jahil yang membelenggu diri, mengikut nafsu dll " Ya Allah lindungilah kami dari 'fitnah dunia' ini..
" Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun". (Al-Akhzab:23).
"(Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Ia kehendaki, atau Ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". ( Al-Akhzab:24)
Ungkapan " menyeksa orang-orang yang munafik jika Ia kehendaki, atau Ia menerima taubat mereka" amat2 menggetarkan jiwa Ummi...
i- Apakah di kalangan orang-orang yang berjihad juga ada sifat2 munafik...?
ii- Lalu segala kepayahan yang dilalui itu hakikatnya 'menjadi seksaan Allah'di dunia.??
iii- Jika ia beringat lalu dengan siksaan itu ia bertaubat, maka Allah akan menerima taubatnya...??
i- Apakah di kalangan orang-orang yang berjihad juga ada sifat2 munafik...?
ii- Lalu segala kepayahan yang dilalui itu hakikatnya 'menjadi seksaan Allah'di dunia.??
iii- Jika ia beringat lalu dengan siksaan itu ia bertaubat, maka Allah akan menerima taubatnya...??
Ya Allah Ummi pohon padaMu , Kekalkanlah jiwa ini dan ahli keluarga Ummi semuanya agar tetap memelihara ikhlas dalam amal, istiqamah dengan tugas,amanah dan thabat dan tinggi mujahadah dan azam di jalanMu...dihidup,dimatikan hanya semata di dalam jalanMu ya Allah . Janganlah Engkau sesatkan kami setelah Engkau beri petunjuk dan hidayahMu pada kami...Aminnn...
Ummi Wardah.
Bdr Puteri
Ummi Wardah.
Bdr Puteri
No comments:
Post a Comment