Wednesday, July 14, 2010

Nasihat Buat Anak2 Ummi yang dikasihi

SEORANG DEWASA YANG BERJAYA CEMERLANG!!!

RENUNGAN & TATAPAN BUAT ANAK-ANAKKU YANG DIKASIHI…!!


Kerana Antara Kita, ” Ada hubungan Fitrah dan kemanusiaan”,

NASIHAT & PERINGATAN BUAT RAKAN DAN TEMAN SEPERJUANGANKU YANG DIKASIHI....!!

Kerana Antara Kita, ” Ada amanah dan tanggung jawab yang sama”,


Buat anak2 Ummi yang dicintai:


UMMU HANI,NUSAIBAH DAN ASMA’

Ya ...dulu ummi juga ,

Jadi anak dan cucu,

Kini sudah jadi Ibu… dan Guru…,


SESUNGGUHNYA, ANTARA KITA, Sebenarnya,


Tiada apa yang lebih ...kecuali amanah dan tanggung jawab yang wajar ditunai,

Selagi ada hayat

Kerana Itu, adalah Amanah Allah dan Taklif tiap hambaNya.

Yang kita sebenarnya ” Tiada Pilihan ”.


Anak-anakku...!!

Antara kita juga sebenarnya,

Memilih sunnah hidup yang sama,

Menjadi penegak Agama yang Allah ridha,

Menjadi hamba Allah, tuhan yang sama dari awal hidup hingga ke mati,

Berdoa yang sama, bakal jadi penghuni Syurga di Akhirat nanti.

Moga dijauhi dari,

Menjadi penghuni Azab Allah yang tidak terperi.

Menjadi hamba Allah yang jahil dan lalai di dunia ini.

Tarikh: 7 Shawal 1428 H/19 Okt. 2007

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anakda-anakdaku yang dicintai…!!


Ummi mulakan bicara kali ini dengan salam kasih yang menjadi Sunnah,

Kasih seorang ibu, yang syukur dengan anugerah Allah,

Anugerah gelaran mulia seorang ” IBU”,

Dua desawarsa yang lalu,


Alhamdulillah anakda ummi, semuanya anugerah Ilahi,

Yang dinanti kelahirannya

diterima dengan syukur dan setinggi puji pada Ilahi,

Menjadi pembelajaran dan ujian buat ummi,

Selama ini Ummi sentiasa sedar diri,

masih terus merasa menjadi ” PELAJAR” agar menjadi insan dewasa,


Ummi yakin inilah juga perasaan yang dikongsi,

Oleh Abah, ayahda anakda-anakda semua

Ya..kami terus merasa masih menjadi pelajar yang terus belajar dan menimba ilmu,

Untuk sentiasa menjadi seorang yang matang dan dewasa.

Tentunya kerana kami yakini perlunya kita terus mengambil pengajaran dan pembelajaran sepanjang hayat yang ada


Yang entah esok atau lusa pasti Allah akan menjemput kami juga akhirnya.

Pastinya Ummi telah cukup rasa gembira jika,

Tulisan ini bisa menjadi tanda fikir dan renung buat anak-anak untuk terus jadi insan mulia, matang dan bahagia di sepanjang usia meningkat dewasa.

Namun untuk bisa jadi terus mulia hati dan jiwa, wajar kita melihat, berfikir bahawa dalam hidup ini,

KITA MASIH MANUSIA BIASA, ada tabiat diri, emosi dan kehendak nafsu, budaya yang dipelajari bertahun dahulu, yang merujuk kepada ’ kelemahan diri manusia biasa’.

Yang masih kadang-kadang bertingkah laku di bawah sadar, kurang daya kawalan, bahkan kadang-kadang bisa melanggar norma agama dan budaya, bahkan kadang-kadang melangkaui batas etika juga ilmu yang ada.


Terjadinya ia kadang-kadang bukan tidak disedari, tetapi Ummi yakin itu adalah kerana kita sebenarnya masih manusia biasa yang diuji.


Justeru Allah mengajar kita ,

bila kita sedari maka sewajarnya antara kita saling bermaafan,

SABAR dengan kekurangan saudara kita, mengenang kebaikan saudaranya lebih dari keburukan atau kekurangannya. Moga dengan itu Allah akan mengampunkan pula kita dan menetapkan kita di kalangan mereka yang ditambah kebaikannya , dicukupkan kekurangannya dan digantikan atau dihapuskan pula keburukan yang telah dilakukan dengan kebaikan yang dibuat selepasnya. Sebagaimana maksud hadis Rasullullah s. a.w. ,


” Sesungguhnya kebajikan yang dilakukan seorang hamba akan menghapuskan keburukan yang telah dilakukannya...” Sesungguhnya amat beruntungnya seorang mukmin di mana dia sentiasa mahu melihat dirinya dan saudaranya terus jadi orang yang berjaya dan melihat dunia di hadapannya dengan ” JAYANYA” ..............


Inilah gambaran yang Allah sebutkan dalam Surah Al-Mukminun ayat 1-11. .Bagaimana ia boleh terjadi demikian......kerana orang mukmin berjaya bila ia berjaya memahami matlamat hidup ini.


Hidup adalah ” Ujian, melalaikan dan permaianan atau games”. Dunia ini bukan matlamat hidup kita , ia hanya tempat melaksanakan amanah dan tanggung jawab, tempat kita diuji, tempat memperbanyakkan bekalan, untuk matlamat yang hakiki iaitu di Akhirat nanti. Namun sudah tentu untuk berjaya di Akhirat kita perlu menjadi orang yang berjaya dan memenangi tektik ” games” di dunia ini.


Kejayaan ini hanya akan dimiliki oleh orang yang suka belajar dan berilmu, Sabar dan berusaha tanpa jemu, bersedia menghadapi cabaran....,dekat hati dan tawakkalnya dengan Allah serta suka tolong menolong dan bermaaf-maafan dengan saudaranya..Jika tidak, benarlah seperti firman Allah dalam Surah Al-Asr yang maksudnya,


" Demi masa yang berlalu...ramainya manusia yang rugi kecuali orang yang tidak rugi itu ialah mereka yang beriman dan beramal soleh, dan sentiasa menasihati sesama insan perkara yang benar dan SABAR.


Nah , jika ini yang Allah minta daripada kita, maka Ummi menulis ini, tiada maksud yang lain daripada maksud dan tujuan ini. Semoga kita sentiasa dikasihi Allah juga. Kerana bila kita melihat kekurangan orang lain kita juga wajar memikir bahawa kita juga tidak sempurna sebagaimana saudara kita. Lantas tingkah laku kurang wajar yang berlaku, semuanya kesan dari kelalaian kita memenangi tektik ’ ujian dan games’ belaka. Jika kita sabar dan berjaya memahaminya maka berjayalah kita mengatasi tektik ”games” yang berlaku. Benarlah kata nasihat pantun Melayu kita:

Kalau ada jarum yang patah

Jangan disimpan di dalam peti

Kalau ada silap dan salah

Jangan disimpan di dalam hati

Anakdaku yang dikasihi...!!

Mengimbau peristiwa semalam...ketika ziarah ........

Di antara kita merasa kecewa , sedih dan lain-lain lagi. Pada ummi reaksi atau perasaan ini normal. Perubahan emosi yang berlaku yang dilahirkan melalui tingkahlaku pastinya juga normal. Yang berbeza ialah bagaimana tiap kita melahirkan emosi itu....Yang ini, pada Ummi tiap kita Allah memberikan kelebihan,kebaikan dan kekurangannya yang tersendiri...


Apa yang abah tunjukkan dari reaksi ’ kecewa’ pastinya menyebabkan orang lain berfikir, dan akan beringat di lain ketika...Pengajaran pada kita semua yang menjadi orang terhampir, yang kadang-kadang merasakan ’ tempias’ dengan sebab yang berlaku, wajar Sabar dengan kekurangan sesama kita, bijaksana menghadapi situasi demikian jika berlaku lagi, bijaksana menjaga tingkahlaku atau pertuturan kita, dan yang penting didiklah diri kita menerima seadanya, fikirkan kebaikan dan pengorbanan Ummi & Babah yang banyak di lain ketika, yang telah atau yang akan dilakukannya.......................


Anakdaku...

Sesungguhnya kita kan menghadapi suasana yang lebih hebat dari sikap dan pernyataan emosi di luar kawalan oleh ramai lagi insan bila kita melayari bahtera kehidupan ini...si hasad, si pendengki, si pembenci , musuh dan sebagainya pastinya akan menunjukkan reaksi tingkahlaku emosi yang dahsyat......


Bagaimana nanti kita akan menghadapinya dengan ’ jiwa yang tenang, tabah dan SABAR” ...? Bagaimana nanti kita terus boleh membina kekuatan emosi dan minda yang terus bijaksana...? Dan..Roh yang gagah perkasa, walau kudrat sekelumit sahaja..Bagai sahabat Ar-Rasul bergiliran memegang panji-panji tentera di dalam medan juang yang suci, akhirnya...semua menjadi para syuhada’!!


Jika kita melihat seerah dan sunnah Ar-Rasul alangkah mulianya jiwa Baginda begitu pemaaf dengan kekurangan apatah lagi jika kerana jahil saudaranya.

Ikhlas jadi pemaaf perlu dilihat pada tingkah laku yang zahir. Paling utama rasa hormat, mohon maaf dan kekal komunikasi yang baik, juga terus mengukuhkan kasih sayang.

Panduan berikut Ummi perturunkan:

Jika marah, merajuk tidak berlama

Lebih tiga hari memutus silatur rahmi

Jika merajuk janganlah sms pun taksudi

Memberi salam, bertanya khabar janganlah dilupai

Ayahda dan bonda memang menanti

Anakdaku!!

Menjadi dewasa bukan kerana umur bertambah sahaja.

Membina diri, sedar diri, tambah kemahiran diri, tambah ilmu di dada, menbina kekuatan emosi dan ruhi, semua perlu dibina, dibimbing, dirasa dalam diri. Bila….? Ya masa umur muda remaja. Ia hanya fatrah masa hanya sekali . Perjalanan hidup yang panjang ini, perlu dijaga, dipelihara, penuh hati-hati. Kerana masa-masa itu hanya berlaku sekali dalam fasa kehidupan kita. Jadikanlah semua pengalaman dan peristiwa GURU paling baik menjadikan kita seorang ’ DEWASA YANG BERJAYA..” !!!

Bandar Puteri, Klang.

Dis. 2007

No comments:

Post a Comment