Saturday, November 6, 2010

Walimah dan silaturahim keluarga....

Pengantin perempuan, Ummi,Sofiah dan Wak Nah

Kang Jani dan anak bungsunya menyambut tetamu yang hadir.

Kak Joha digagahinya untuk meraikan tetamu yang hadir...

Kak Salamah, adik bungsu Kak Joha...turut rewang..

Jika tak memperkenal diri pasti tak kenal mereka ni saudara juga..
Kak Zaleha, dan anak2 Abang Mamat, adik beradik tiri Kak Joha
...

Hari ini kami hadir kenduri walimah Hafizah, anak sulung Kak Johariah (Kak Joha nama yg kami biasa panggil ) dan abang Izani (Kang Jani ). Hafizah ni Nie kira dua pupu kamilah...

Kak Johariah dan Abang Jani tinggal di rumah pangsa Kg Malaysia Tambahan, Sg Besi. Bersebelahan dengan kawasan tempat tinggal mereka yang lama....kawasan lama tu selalu dilanda banjir kilat.Mereka tinggal jika tak silap di tingkat 15 ke...Tapi hari ini majlis kenduri dibuat di belakang perkarangan surau rumah pangsa tu...

Ketika kami datang agak ramai tetamu yang datang..ye la waktu tu pengantin juga masih sedang santap bersama tetamu....Ummi dan anak2 mengambil tempat berdekatan dengan meja makan pengantin dan kerabat keluarga yang mengiringi pengantin lelaki..dari Kemaman Terengganu.

" Eeeh Laa. koe.. Saroh..sila2...Apa khabar..? Koe kepiye..." Sapa Kak Joha . Kami saling bersalaman dan berpelukan..sungguh lama tak jumpa..Hari raya yang lepas tika ummi sampai di kampung Kak Nah memaklumkan Kak Joha bergegas balik ke Sg Besi kerana ada temu janji hospital....Semasa Kak Joha dan suami datang ke rumah menghantar jemputan juga Ummi tiada di rumah...

Kak Joha dan Ummi sama versi cerita sedikit berbeza....Kak Joha memang rutin ulangalik ke hospital HUKM. Telah lebih 5 tahun Kak Joha berubat di HUKM, sehinggakan dr melarangnya makan ubat yang dibekalkan bila telah genap tempoh 5 tahun...Dr memaklumkan ubat tu tak berfungsi lagi jikapun dimakan....bahkan mungkin jadi mudharat pula..

Banyak memori lama bersama Kak Joha.. semasa Ummi anak2 dan remaja di kampung dulu. Kak Joha suka mendandan Ummi dan adik Non masa kami kecil2 dulu...dicelaknya kami dan didandan rapi rambut kami.

Bila hujung minggu atau cuti sekolah kami sama2 ' menjadi tukang urut' Atok hinggalah Atok tertidur....Kadang2 membantu Kak Joha pimpin atok untuk mandi dan pakai baju sekali....

Masa tu yang best sekali.. bila malam purnama penuh sesekali Kak Joha ajak Ummi berbual2 di halaman rumah sambil duduk di bawah pokok sembang2 hingga pukul 10 malam...

Masa tulah kami anak2 desa mengamati langit yang diterangi bulan purnama dan bintang2 yang bertaburan di angkasa....Desa kami di jelapang padi yang luas terbentang ..tiada yang melindungi pandangan kami kepada alam...Walaupun tanpa lampu... cahaya rangbulan memada menerangi kegelapan malam dgn cahaya indahnya...MasyaAllah Indahnya ciptaan Allah Azzawajalla...saat yang kini amat jarang dapat dihayati setelah menjadi warga bandar penghuni hutan batu....Alam....lebih banyak di lihat melalui ICT....

" Kak Joha akan ke IJN minggu depan nie..Fizah pun akak belum maklumkan lagi...".
Kak Joha memaklumkan pada Ummi sebelum pulang tadi. Dia akan ke IJN kerana komplikasi jantung pula...MasyaAllah Rabbuna Yasyfiki..

Sungguh...besarnya ujian bagi yang di'anugerah sakit' seperti kami ini...Doa Ummi moga ia jadi kafarah dosa2 kami, moga saat menemuiNya dlm keadaan bersih dan suci...

Alhamdulillah ..hari ini Ummi dapatlah bertemu dan bersilaturrahim dengan ramai adik beradik serta kerabat Kak Joha juga..

Gitulah...sekarang jika ada majlis kenduri walimah ia dah jadi masa bertemu sahabat, saudara dan kerabat yang sekian lama tak didengari berita...Sebab tu jika tiada aral, kenduri kaum keluarga selalunya ' seboleh mungkin' mesti cuba dihadiri. Selain memenuhi jemputan ia juga merapatkan ukhuwwah dan silatur rahim....

Ummi Wardah

No comments:

Post a Comment