Monday, December 20, 2010

Anda Batuk...?

Hampir setahun sejak Ummi tahu resepi membuat ubat batuk herba nie, Ummi dah tak beli ubat batuk di klinik/pharmacy...
Alhamdulillah setakat ini ia berjaya menjadi ubat batuk untuk Ummi sekeluarga...
Jika anda suka mencuba silakan...InsyaAllah ia tidak ada kesan sampingan kerana tiada bahan kimia kecuali semuanya bahan herba di sekeliling rumah anda....!

UBAT BATUK HERBA

Bahan A

3 helai daun pandan

3 helai daun limau purut

2 batang serai

1 inci kunyit hidup

1 sudu besar biji ketumbar

7 biji bunga cengkih

3 biji buah pelaga

1 botol besar (1.5 L)air mineral /tapis

Sedikit garam

BAHAN B

1 mug perahan air limau kasturi (anggaran 1 kilo)

4 sudu besar madu

CARA MEMBUATNYA:

Setelah dibersihkan,rebus semua bahan A , sehingga air tinggal ½ botol. Tapiskan dan biarkan sejuk. Setelah sejuk campurkan dgn bahan B dan kacau/sebatikan. Simpan di dalam peti sejuk. Seeloknya gunakan periuk tanah/periuk bukan aluminium/zink. Arcopal pun OK.

CARA MINUM

Minum 1 sudu pagi dan petang. Minum sehingga sihat. Sebelum minum baca Al-Fatihah 1X dan Al-Ikhlas 3X serta selawat 3X dan doa minum ubat.

SELAMAT MENCUBA.

Ummi Wardah

No comments:

Post a Comment