Tuesday, November 30, 2010

Sanak saudara di kampung halaman...

Mak Lang adalah guru senior di SMK Badli Shah Kulim..salah
sebuah sekolah Kluster di Utara..

Mak Lang dan family. Kakak ke 2 babah..

Freezing Europe.....Snow everywhere in Europe now...


Extreme cold
The whole of Europe has been hit by the worst snow for four years. Spain especially has been surprised by unusually thick snow and has issued a warning about severe cold. The weather is not just affecting mountainous and northern Europe. A temperature of –36.4º Celsius was recorded in the German Alps on Sunday, but central Italy was not much warmer at –25º.

Travelling on the roads has been slowed down or made impossible in large parts of Europe. Many homeless people have died because of the extreme cold. In Poland, dozens of people sleeping rough have died.

Monday, November 29, 2010

Bila Bonda dirawat......warded..

Ini antara 3 jururawat peribadi yang turut bertugas.
Tapi Along seorang yang menemani nenek tidor di DEMC,S.Alam.

Jururawat sedang menanggalkan semua peralatan hospital yang dipasang
kpd Bonda Hjh Hapsah semasa proses discharge dari DEMC.


Buat pertamakalinya Bonda ditahan di ward hospital untuk rawatan. Itupun setelah dipujuk beberapa kali dengan alasan-alasan munasabah. Awalnya bila disebut jika ke hospital pasti doktor akan meminta 'warded' Bonda enggan sambil menangis. Pastinya bonda takut. bayangan dicucuk jarum injection setiapa kali dr memasukkan ubat menjadi ingatan yang menggusarkan serta membimbangkan bonda. Ini menyebabkan bonda enggan dirawat di hospital...

Namun setelah dipujuk dengan nasihat yang betul..akhirnya bonda akur dan menurut...setelah sampai, "....bila staffnurse menyiapkan 'tiub' dan mengambil sample darah, bonda menangis lagi...". Bik Win memaklumkan kepada Ummi. Tapi bila di depan Ummi tidak pula ditunjukkan kesedihannya...Bila Ummi bertanya " Emak sakit...?". " Sikit sahaja...". Gitulah bonda menjawab.

Urusan ward awalnya hampir gagal wlpn niat Ummi dan adik Non semasa membawa bonda ke hospital, memang mahu bonda warded agar rawatan rapi dilakukan. Belas benar kami melihat bonda sangat tidak selesa ......Namun Alhamdulillah dengan perbincangan Wak Tam, abang sulong Ummi dengan dr kanan di hospital, akhirnya dr pakar berkaitan, yang merancang utk bercuti memberi lampu hijau untuk warded. Ketika itu Ummi sudahpun berada di kaunter pembayaran dan sedia untuk pulang ke rumah semula...

Setelah tiga hari dirawat sakit bonda nampak kebah. oleh kerana dr pakar yang merawat 'bercuti" dan memandangkan kesihatan Bonda semakin baik dr membenarkan Bonda discharge...Alhamdulillah.

kini setelah hampir 5 hari di rumah, Bik Win meneruskan apa yang jururawat hospital tunjukkan untuk rawatan bonda...Bonda tampak lebih 'selesa' dan sembuh.

" Emak rasa apa...sekarang...? ". Tanya Ummi suatu pagi seusai bonda disapu krim rawatan ke badan bonda..." Alhamdulillah rasa selesa, ringan dan sehat...Tidor lebih nyenyak". " Alhamdulillah.....! ujar Ummi sambil membelek-belek kaki dan tangan bnda...Ternyata banyak perubahan setelah rawatan wlpn baru seminggu...Bonda juga semakin bersih dan wangi....

Itulah bonda...sejak Ramadhan yang baru lalu keuzurannya semakin bertambah. Selain enzima yang kronik, Bonda mula hilang ingatan banyak perkara. Jika sebelum ini amalannya selepas menunaikan yang wajib pasti menelaah Al-quran dan terjemahannya, atau membaca buku/majalah, semenjak Ramadhan yang baru lalu bonda sudah tak dapat membaca lagi mushaf Al-Quran. Kedua matanya semakin kabur. Yang sebelah kiri memang dah lama tidak jelas. Sebutan huruf juga semakin 'payah'....Akhirnya Ummi memperingatkan bonda agar membaca surah-surah dan ayat-ayat wirid yang biasa dibacanya sahaja.

Pagi ini selepas solat subuh Ummi menjenguk bonda di biliknya..Bonda sedang membaca wirid biasanya...sambil baring menanti Bik Win menyiapkan proses ubat yang biasa ...Selepas Ummi menghabiskan bacaan maksthurat di depan bonda ummi terus berdoa dan bonda turut mengaminkan...

Gitulah, setiap kali ada kesempatan Ummi pasti peringatkan bonda bacaan2, doa dan amalan2 mudah yang boleh diamalkannya, diulang kembali....memang nyata Bonda sudah semakin 'payah' menyebut dan mengingat bacaan2 yang biasanya menjadi zikirnya....

Namun Alhamdulillah, Bonda sangat menjaga solatnya...tiap kali azan pasti segera berwudhuk dan menunaikan solat. Bonda juga masih dapat menunaikan solat dengan rukun fi'li (tingkahlaku) yang sempurna lagi. Semasa Ummi sakit lutut seketika dulu Ummi merasa cemburu bila melihat Bonda walaupun telah berusia tapi masih dianugerahi Allah kemampuan menunaikan solat sempurna rukun tingkahlakunya.....Moga Allah memberkati Bonda hingga ke akhirnya....Ya Rabb...

Sungguh..dapat bersama ibu di saat ia berusia kita terasa rahmatnya...Melihat ibu menjadi sadakah yang begitu percuma Allah memberinya. Ummi membayangkan jika nanti suatu hari bonda sudah kembali pasti rumah kami akan terasa sunyi....akan terbayang susuk bonda yang selalu setia menunggu kami sekeluarga ketika akan meninggalkan rumah ke tempat kerja atau ke sekolah. Begitu juga ketika masa kami pulang dari sekolah dan tempat kerja. Bonda selalu duduk di sofa berhampiran pintu yang sengaja dibuka , memudahkanya melihat ke arah luar....melihat kami pergi dan pulang....

Kami kini semakin terasa, mungkinkah saat itu sudah semakin hampir......setiap peubahan pada bonda pasti mengundang debaran suatu ' penantian yang pasti akan berlaku jua". Kerana yang pasti janji Allah tetap akan tiba..!


Moga Allah mengampuni bonda dan terus mengasihinya...kami anak-anakmu akan terus berdoa , moga kita akan bersama lagi di sana nanti...Bahkan kekal selamanya...!

Sungguh... hidup di dunia ini hanyalah pertemuan sementara sahaja...Moga Allah berkati, pertemuan, perkenalan dan muamalah antara keluarga waktu2 yang dianugerahi ini...

Hakikatnya antara kita dikat oleh nasab dan amanah semata..Moga Allah ampunkan kita sekeluarga agar berkumpul semula di sanaaa................


Ummi Wardah
Bdr Puteri



Saturday, November 20, 2010

Friday, November 19, 2010

OOooohh.....

Kalau benarlah berita dari agensi media Israel yang mengatakan air di Tasik itu akan sampai tak leh nak disedut dgn pam air hujung musim panas nih di sana, maka dekat sangat kita dengan peristiwa akhir zaman. Moga Allah bg kekuatan utk bersegera merebut melakukan sebanyak-banyak amal yg terbaik sebelum tiba masanya. Dan moga Allah menerima segala amal yg dilakukan. Antara doa yang baik diamalkan;



By Israel Today megazine

Sea of Galilee at lowest level in 5 years

Lake Kinneret, better known to most as the Sea of Galilee, has reached its lowest level in five years, Israel's Water Authority warned this week.

Three consecutive winters of below-average rainfall have resulted in the lake, Israel's primary source of drinking water, dropping to more than 12 feet below its previous "red line." If this winter is likewise accompanied by poor rainfall, it will be the worst four-year period for the lake since the early 1960s.

In response to the mounting drought situation, the Water Authority has launched a public relations campaign urging Israelis to practice greater water conservation at home.

In the long term, Israel plans to build three more desalination plants on its Mediterranean coast which, with the two plants already in operation, will eventually supply the bulk of Israel's drinking water.

Pandangan Dr Daniel mengenai isu ini juga dipetik:

Adakah kita sedang berada di era Dajal.......?

Jawapan:

Ada beberapa pertanda yang menunjukkan ke arah itu. Di antaranya ialah Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan-rakan beliau dan terbabas di sebuah pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memperkenalkan dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), “.. Dajal berkata: ‘Beritahu aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’. Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering’..............” (Riwayat Muslim)

Kenyataan yang paling signifikan di dalam hadis ini ialah tentang kekeringan air di Tasik Tiberia. Fenomena ini akan berlaku di era Dajal. Pada hari ini Tasik Tiberia dikenali sebagai Sea of Galilee atau Laut Galilee dan ia terletak di negara Israel. Ia menjadi sumber air bersih yang amat penting bagi negara Israel. Di zaman Dajal air tasik ini akan surut dan fenomena ini sebenarnya sedang menjadi kenyataan pada hari ini. Reuters bertarikh 14 Ogos 2001 memaparkan sebuah artikel yang bertajuk: ‘Kekeringan Air Laut Galilee di Israel Memerlukan Mukjizat Untuk Pulih’. Mengikut artikel ini, air Laut Galilee sedang berada di paras yang terendah di dalam sejarah iaitu di paras 214.04 meter, lebih rendah dari paras bahaya yang ditetapkan. Allahu a'lam.

(Untuk kupasan terperinci tentang tanda-tanda Kiamat sila dapatkan buku Dr. Danial yang telah diterbitkan pada bulan Mac, 2003 "Empayar Minda Muslim", insya Allah)

Ummusofiah

Surutnya Tasik Tibariya,بحيرة طبرية‎ Tanda Kemunculan Dajjal.....??






Assalamualaikum

Salah satu tempat yang kami hampiri ialah Laut Tiberia (Tibariah) atau Laut Galilee. Ia sebenarnya adalah tasek air tawar yang paling rendah parasnya di dunia (sekitar 200m di bawah paras laut). Laut Mati (Bahr Mayyit) yang terletak di selatan (yang akan disentuh dalam siri akan datang) adalah tasek air masin paling rendah parasnya di muka bumi (lebih kurang 400m di bawah paras laut).

Kami hanya bolih menghampiri laut Tiberia ini kerana ia adalah sebahagian dari wilayah Jordan dan Syria (Tanah tinggi Golan) yang kini dikuasai Israel (negara haram) dalam perang 1967.

Di namakan laut Tiberia sempena sebuah bandar tua yang bernama Tiberia di pinggir laut Galilee (diasaskan sejak tahun 20 Masehi). Laut (tasek besar) ini kami ziarahi kerana ia disebut oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya yang ada kaitan dengan masa hadapan.

Maksud hadis yang dari Ummu Qais di mana Rasulullah SAW memanggil orang ramai untuk mendengar pengalaman seorang sahabat yang bernama Tamim ad-Dari. Tamim sebelumnya beragama Kristian dan melarikan diri dari Rasulullah SAW bersama beberapa orang lain. Mereka melayari sebuah kapal dan terdampar di sebuah pulau. Di sana mereka menemui satu makhluk yang hodoh yang memperkenalkan dirinay sebagai Jasasyah (agen). Bila ditanya oleh Tamim siapa ketuanya, maka di suruh naik ke sebuah tanah ketinggian. Di sana Tamim menemui makhluk yang besar, berbulu dan lebih hodoh lagi. Dengan tangan terikat makhluk itu memperkenalkan dirinya sebagai ad-Dajjal. Lalu Dajjal menanyakan beberapa soalan. Antaranya ialah 'apakah air di laut tiberia masih ada?" di jawab oleh Tamim ad-Dari "Ya masih ada". Dajjal kemudiannya menyebut "apabila laut tiberia surut maka itulah masa aku (keluarnya Dajjal)" - Riwayat Muslim.

Diriwayatkan
oleh Abu Hurairah

Kiamat tidak akan berlaku sehingga (1) dua kelompok akan berperang sehingga menyebabkan korban yang besar sedangkan keduanya merupakan penganut ajaran agama yang serupa (2) kemunculan 30 orang dajjal, setiap seorang mengaku sebagai utusan Tuhan (3) ilmu akan diangkat dengan kematian ulama (4) gempa bumi semakin kerap (5) masa akan berlalu dengan pantas (6) fitnah berleluasa (7) pembunuhan berleluasa (8) harta bertimbun-timbun (9) manusia berlumba membuat bangunan tinggi (10) seorang melalui kuburan dan berkata alangkah baiknya aku yang berada di tempatnya (11) apabila matahari terbit dari sebelah barat..

Perhatikan fakta-fakta ini yang saya petik dari buku Dr Danial Zainal Abidin - Al-Quran dan Sains

Laporan Reuters 14 Ogos 2001 “kekeringan air laut Galilee di Israel memerlukan mukjizat untuk pulih
Air laut Galilee (Tiberia) sedang berada di paras yang terendah dalam sejarah iaitu 214.04 m, lebih rendah daripada paras bahaya yg ditetapkan.

Lantaran itu kita disarankan untuk menghadapi akhir zaman dan kemunculan dajjal dengan pesan Rasulullah SAW seperti berikut

Sabda Rasulullah SAW “Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat terawal daripada surah al-Kahfi, akan terpelihara dari Dajjal” (Riwayat Muslim, Tirmidzi, Abu Daud dan An-Nasa’I).
Sabda Nabi lagiSesiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, akan terselamat dari fitnah Dajjal” (Riwayat Muslim, Tirmidzi dan Nasa’I)

Tanda-tanda akhir zaman telah nyata di depan mata. Mari kita mempersiapkan diri untuk menghadapi dajjal yang mungkin telah muncul dengan pelbagai watak dan fenomena yang terbit dalam pelbagai bentuk kesesatan dan penyelewengan akidah, ibadah dan syariat pada hari ini

Dr Hafidzi/Hjh Zuraidah
Di kongsikan catatan kedua sahabat Ummi
Yg telah bermusafir ke Jordan baru-baru ini.


Wednesday, November 17, 2010

Yang telah pergi Dalam Kenangan....

Gambar kenangan Mak Chaq & Pak Chaq semasa hayat Mak Chaq..
Mak Chaq, kak Long suami Hj Nahar Md Nor.

Pak Chaq dan keluarga yang tinggal..

Pusara aruwah Mak Chaq di Perkuburan Kg Tungku, PJ

Mak Teh sekeluarga doakan moga keluarga yang tinggal terus mendoakan yang telah pergi dan terus sabar meneruskan kehidupan yang masih panjang...

Ummi Wardah
Bdr Puteri









Saturday, November 6, 2010

Sambutan Hari Raya...dan Sofia Kauthar




Majlis Gala Seribu Kenangan...Bling bling







Bertempat di Intekma Resort, pada 31 Okt lepas berlangsunglah majlis Jamuan Akhir Tahun UKGK & PIBG SAMTSH....buat pertama kalinya majlis diadakan pada malam hari dengan temanya Bling bling....

Haa..bertambah gemerlapanlah para guru da n kakitangan...sekolah.
Yang memenagi di tempat pertama ialah En Razis Penyelia Asrama diikuti yang kedua Teacher Sapura dan yang ketiga Cik Normi PT pejabat....
Tahniah lah yang menang. Terkilan sebab tak dapat ikuti hingga ke akhir program..terlepaslah acara cabutan no bertuah..

Menurut urusetia, semua cikgu hadir..kehadiran penuh...

Tahniah kepada JK penganjur..menunggu janji jika dapat di buat tahun depan di Golden Hoses Hotel pulak kot...hai jadi hari keluarga terus kan best gitu..

Ummi Wardah

Gambaran Hari Qiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab ..? untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi


Walimah dan silaturahim keluarga....

Pengantin perempuan, Ummi,Sofiah dan Wak Nah

Kang Jani dan anak bungsunya menyambut tetamu yang hadir.

Kak Joha digagahinya untuk meraikan tetamu yang hadir...

Kak Salamah, adik bungsu Kak Joha...turut rewang..

Jika tak memperkenal diri pasti tak kenal mereka ni saudara juga..
Kak Zaleha, dan anak2 Abang Mamat, adik beradik tiri Kak Joha
...

Hari ini kami hadir kenduri walimah Hafizah, anak sulung Kak Johariah (Kak Joha nama yg kami biasa panggil ) dan abang Izani (Kang Jani ). Hafizah ni Nie kira dua pupu kamilah...

Kak Johariah dan Abang Jani tinggal di rumah pangsa Kg Malaysia Tambahan, Sg Besi. Bersebelahan dengan kawasan tempat tinggal mereka yang lama....kawasan lama tu selalu dilanda banjir kilat.Mereka tinggal jika tak silap di tingkat 15 ke...Tapi hari ini majlis kenduri dibuat di belakang perkarangan surau rumah pangsa tu...

Ketika kami datang agak ramai tetamu yang datang..ye la waktu tu pengantin juga masih sedang santap bersama tetamu....Ummi dan anak2 mengambil tempat berdekatan dengan meja makan pengantin dan kerabat keluarga yang mengiringi pengantin lelaki..dari Kemaman Terengganu.

" Eeeh Laa. koe.. Saroh..sila2...Apa khabar..? Koe kepiye..." Sapa Kak Joha . Kami saling bersalaman dan berpelukan..sungguh lama tak jumpa..Hari raya yang lepas tika ummi sampai di kampung Kak Nah memaklumkan Kak Joha bergegas balik ke Sg Besi kerana ada temu janji hospital....Semasa Kak Joha dan suami datang ke rumah menghantar jemputan juga Ummi tiada di rumah...

Kak Joha dan Ummi sama versi cerita sedikit berbeza....Kak Joha memang rutin ulangalik ke hospital HUKM. Telah lebih 5 tahun Kak Joha berubat di HUKM, sehinggakan dr melarangnya makan ubat yang dibekalkan bila telah genap tempoh 5 tahun...Dr memaklumkan ubat tu tak berfungsi lagi jikapun dimakan....bahkan mungkin jadi mudharat pula..

Banyak memori lama bersama Kak Joha.. semasa Ummi anak2 dan remaja di kampung dulu. Kak Joha suka mendandan Ummi dan adik Non masa kami kecil2 dulu...dicelaknya kami dan didandan rapi rambut kami.

Bila hujung minggu atau cuti sekolah kami sama2 ' menjadi tukang urut' Atok hinggalah Atok tertidur....Kadang2 membantu Kak Joha pimpin atok untuk mandi dan pakai baju sekali....

Masa tu yang best sekali.. bila malam purnama penuh sesekali Kak Joha ajak Ummi berbual2 di halaman rumah sambil duduk di bawah pokok sembang2 hingga pukul 10 malam...

Masa tulah kami anak2 desa mengamati langit yang diterangi bulan purnama dan bintang2 yang bertaburan di angkasa....Desa kami di jelapang padi yang luas terbentang ..tiada yang melindungi pandangan kami kepada alam...Walaupun tanpa lampu... cahaya rangbulan memada menerangi kegelapan malam dgn cahaya indahnya...MasyaAllah Indahnya ciptaan Allah Azzawajalla...saat yang kini amat jarang dapat dihayati setelah menjadi warga bandar penghuni hutan batu....Alam....lebih banyak di lihat melalui ICT....

" Kak Joha akan ke IJN minggu depan nie..Fizah pun akak belum maklumkan lagi...".
Kak Joha memaklumkan pada Ummi sebelum pulang tadi. Dia akan ke IJN kerana komplikasi jantung pula...MasyaAllah Rabbuna Yasyfiki..

Sungguh...besarnya ujian bagi yang di'anugerah sakit' seperti kami ini...Doa Ummi moga ia jadi kafarah dosa2 kami, moga saat menemuiNya dlm keadaan bersih dan suci...

Alhamdulillah ..hari ini Ummi dapatlah bertemu dan bersilaturrahim dengan ramai adik beradik serta kerabat Kak Joha juga..

Gitulah...sekarang jika ada majlis kenduri walimah ia dah jadi masa bertemu sahabat, saudara dan kerabat yang sekian lama tak didengari berita...Sebab tu jika tiada aral, kenduri kaum keluarga selalunya ' seboleh mungkin' mesti cuba dihadiri. Selain memenuhi jemputan ia juga merapatkan ukhuwwah dan silatur rahim....

Ummi Wardah

Wednesday, November 3, 2010

Hari yang paling mulia......

Daripada Jabir bin Abdullah رَضِيَ الله عَنْهُ dia berkata bahawa Rasulullah صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah bersabda:
"أَفْضَلُ أَيَّامِ الْدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ، يَعْنِي عَشْرُ ذِي الحْجَّةِ".
Maksudnya: “Hari yang paling afdal di dunia ialah hari-hari 10, iaitu 10 hari (yang pertama) bulan Zul-Hijjah.”
Hadis dikeluarkan oleh al-Bazzar. Menurut al-Haitsami rawi-rawinya tsiqah.

Yang disebut hari paling afdal dalam Hadis ini ialah hari yang paling afdal di dunia. Ia tidak termasuk hari yang paling afdal di akhirat. Hari yang paling afdal di akhirat ialah Yaumul-Mazid, iaitu Hari Allah ‘Azza wa Jalla menzahirkan Wajah-Nya kepada ahli syurga, lalu mereka dapat memandang-Nya.

Kenapa 10 hari pertama bulan Zul-Hijjah dipilih menjadi hari paling afdal di dunia?
Kerana pada hari-hari itu terkumpul ibadah-ibadah yang utama. Allah sendiri telah bersumpah dengan hari-hari itu di dalam kitab suci-Nya:
{وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْر}
Maksudnya: “Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);” (Al-Fajr: 1-2)

Kelebihan hari-hari pertama 10 Zul-Hijjah ini berbanding hari-hari lain dalam setahun seperti kelebihan tempat-tempat ditunaikan manasik haji berbanding kawasan-kawasan lain di seluruh pelusuk muka bumi. Atas alasan itu terdapat segolongan ulamak berpendapat 10 hari pertama Zul-Hijjah lebih afdal daripada 10 hari terakhir Ramadan. Namun sebahagian lain berpendapat 10 hari terakhir Ramadan lebih afdal.

Ibn al-Qayyim berkata: yang betulnya ialah malam-malam 10 terakhir Ramadan lebih afdal daripada malam-malam 10 pertama Zul-Hijjah kerana terdapat Lailatul-Qadar. Dan siang hari 10 pertama Zul-Hijjah lebih afdal daripada siang hari 10 terakhir Ramadan kerana terdapat Hari Arafah dan ibadah korban.

Justeru, inilah masanya untuk memulakan lembaran hidup baru, hubungan yang lebih rapat dengan-Nya pada hari yang paling afdal di sisi-Nya.
Rasulullah صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda maksudnya:
“Amal soleh yang paling Allah sukai dilakukan oleh hamba-Nya ialah amal-amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (10 pertama Zul-Hijjah)”, mereka bertanya: “Ya Rasulullah, adakah Allah lebih suka daripada berjihad fi sabilillah?” Baginda menjawab (maksudnya): “Ya, tidak dapat mengatasi jihad fi sabillah, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak pulang membawa sedikitpun daripada jiwa dan hartanya itu (menemui syahid)” Sunan Ibn Majah

Dan sabdanya lagi bermaksud:
“Tidak ada hari yang lebih agung di sisi Allah selain daripada 10 hari pertama bulan Zul-Hijjah, dan tidak ada amalan yang paling Dia suka dilakukan selain daripada amalan yang dilakukan pada 10 hari pertama bulan Zul-Hijjah. Maka hendaklah kamu membanyakkan tahlil, takbir dan tahmid pada hari-hari tersebut.” Musnad Ahmad

A tips to share......

How to make a woman happy....

It's not difficult to make a woman happy...............

A man only needs to be: 1. A friend 2. A companion 3. A lover 4. A brother 5. A father 6. A master 7. A chef 8. An electrician 9. A carpenter 10. A plumber 11. A mechanic 12. A decorator 13. A stylist

14. A sexologist 15. A gynecologist 16. A psychologist 17. A pest exterminator 18. A psychiatrist 19. A healer

20. A good listener 21. An organizer 22. A good father 23. Very clean 24. Sympathetic 25. Athletic 26. Warm 27. Attentive 28. Gallant 29. Intelligent 30. Funny 31. Creative 32. Tender 33. Strong 34. Understanding 35. Tolerant 36. Prudent 37. Ambitious 38. Capable 39. Courageous 40. Determined 41. True 42. Dependable 43. Passionate 44. Compassionate WITHOUT FORGETTING TO: 45. Give her compliments regularly

46. Love shopping 47. Be honest 48. Be very rich 49. Not stress her out 50. Not look at other girls AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO: 51. Give her lots of attention, but expect little yourself 52. Give her lots of time, especially time for herself 53. Give her lots of space, never worrying about where she goes IT IS VERY IMPORTANT: 54. Never to forget: * birthdays * anniversaries * arrangements she makes

HOW TO MAKE A MAN HAPPY?

Very difficult...

1. Leave him alone...

Yes..this a tips....think & take it...

UM


Azab Bagi Wanita

(tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat

Renungan

khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat

Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,

beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang

rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka

disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Walaupun mungkin cerita ini tanpa dalil yg jelas Qatie...tp amat menakutkan ....menginsafkan....
Wahai para wanita, sungguh...!! rumahtangga dan bersuami serta berkeluarga adalah medan Ujian ....
Moga2 kita tetap jadi orang yg memenangi ujian itu....dgn petunjuk dan hidayah Allah jua...

Allahumma maghfir li...

Ummu Sofiah
Zul Qaidah 1431.

Majlis Graduasi Acik....







Acik dan teman2..Moga Acik berjaya Cemerlang dlm STAM 2010.
Acik nak fly jugak ke......?

Monday, November 1, 2010

Ibadah Qurban Datang lagi...................



Dimana Anda mahu menunaikan Ibadah Qurban tahun ini....?
Anda boleh menunaikan ibadah ini di tempat2 yang lebih memerlukan dan sangat PERLU dibantu.
Ayuh kita rebut peluang ibadah setahun sekali ini.



Ummi Wardah
Bdr Puteri
Klang.

Muzakarah Wanita Ikram selangor