Monday, March 28, 2011

Beli Emas sebagai Perlindungan


CHINA - Bank Rakyat China (PBOC) menyarankan kepada 1 bilion rakyatnya agar mempertimbangkan pembelian emas sebagai perlindungan nilai terhadap inflasi dan memelihara nilai wang yang boleh jatuh pada bila-bila masa.

Analisis tinjauan pasaran kewangan PBOC seperti yang dilaporkan Forbes menyatakan, nilai beberapa mata wang utama telah turun berbanding emas, sebagai contoh mata wang dolar Amerika Syarikat turun 1 peratus, franc Switzerland 2.5 peratus, pound sterling England 2 peratus dan yen Jepun 2 peratus.

Menurut PBOC, kenaikan harga emas adalah disebabkan konflik di Libya, krisis hutang Eropah, bencana nuklear di Jepun serta pergolakan politik di Syria, Yaman dan sebahagian negara-negara lain di Timur Tengah dan Afrika Utara.

"Semuanya tidak disangka oleh para penganalisis pasaran kewangan," kata laporan itu.

Sekurang-kurangnya 12 negeri di Amerika Syarikat termasuk New Hampshire, Indiana, South Carolina dan Washington bercadang untuk membolehkan warganya menggunakan syiling emas dan perak sebagai alat pembayaran yang sah.

Sebagaimana di India, emas boleh dibeli di 466 pejabat pos di seluruh pelosok negara dan India juga mempunyai syarikat awam yang menawarkan kredit bagi rakyatnya yang ingin membeli emas atau perak.

Tidak hairanlah harga emas akhir-akhir ini terus melambung naik hinggakan Goldman Sachs meramalkan harga emas bakal mencapai USD1,565 satu aun dalam masa 6 bulan ke hadapan dan USD1,690 dalam 12 bulan akan datang.

"Harga emas boleh naik 18 peratus dalam masa 12 bulan," katanya.

Dalam pada itu, Goldman memberi amaran tegas kepada pengusaha mengenai harga dalam jangka pendek akibat pengambilan untung yang melampau.

Next >

No comments:

Post a Comment