Monday, October 31, 2011

Analisis Banjir di Thailand dan kesannya kepada Malaysia..???


Ada empangan di utara Bangkok, Thailand yang jauh dari laut. Disebabkan kekuatiran pada masa itu, kemarau akan berlaku pada masa akan datang, empangan di sana telah menyimpan terlalu banyak air. Mana tau kemarau akan tiba. Tau-tau lain pula jadinya, banjir di Thailand. Apabila hujan lebat di Bangkok, air melimpah di empangan. Jadi terpaksa dilepaskan dan akhirnya keadaan menjadi lebih buruk.
  • Dianggarkan 8 juta hingga 10 juta meter padu jumlah air yang mengalir daripada utara melepasi Bangkok setiap hari

banjir Thailand 61 Banjir di Thailand. Terburuk Dalam Tempoh 50 tahun!! Kesan Kepada Malaysia?

Boleh dikatakan teruk keadaan di sana, BANGKOK dah jadi macam KOLAM AIR. Ada yang melaporkan kejadian banjir di Thailand ini memerlukan lebih sebulan untuk banjir di sana beransur pulih.

  • 28 daripada 77 wilayah telah terjejas
  • 2.45 juta penduduk Thailand terjejas
  • 800,000 buah rumah dianggarkan musnah
  • 720,000 penduduk dirawat ekoran jangkitan kuman air dan tekanan
  • 7 kawasan perindustrian besar di utara Bangkok dihentikan operasinya
  • 640,547 terutamanya yang bekerja di sektor industri paling terjejas teruk dan tidak bekerja sementara waktu disebabkan banjir di Thailand ini
banjir Thailand 3 Banjir di Thailand. Terburuk Dalam Tempoh 50 tahun!! Kesan Kepada Malaysia?

Menyentuh operasi perindustrian di Thailand, operasi telah dihentikan sehinggakan beberapa kilang di Malaysia yang setakat kami ketahui termasuklah kilang pemasangannya CKD Honda di Pagoh, Melaka memberhentikan operasi akibat kilang Honda di Ayuthaya (utara bangkok) yang merupakan pembekal komponen utama iaitu komponen press metal telah ditenggelami air.

banjir Thailand 6 Banjir di Thailand. Terburuk Dalam Tempoh 50 tahun!! Kesan Kepada Malaysia?
Kilang Western Digital telah turut terkena tempiasnya dek pembekal mereka turut mengalami masalah banjir di Thailand. Setakat ini sahaja, kilang di Thailand sana dah rugi lebih 6,000 pengeluaran kereta pada setiap hari
  • 4 juta ekar tanah yang dah dilanda banjir
  • 12.5 peratus tanaman padi musnah
  • Dianggarkan juga 7 juta tan tanaman padi mungkin musnah, sekaligus pengeluaran hasil padi dijangka jatuh kepada 18 juta tan.

Sepatutnya musim tuai bermula bulan Oktober ini. Dalam pada masa yang sama berlakunya banjir di Thailand. Sekarang Malaysia boleh dikatakan hampir separuh bekalan beras dari Thailand. Jadi, apabila terjadinya banjir di Thailand, kesannya turut melibatkan Malaysia. Jadi akan ada kemungkinan bekalan beras akan jadi berkurang kepada stok penimbalkan beras negara dan harga akan mula dinaikkan. Mungkin?

Sunday, October 30, 2011

Gaza..Oh Gaza...


Realiti kepungan ke atas Gaza. Garisan merah di sempadan Gaza dan Palestin 1948 (yg dirampas Israel pd tahun 1948) lebarnya ialah 1km. Ini bermakna penduduk Gaza yang memasuki zon merah pasti menjadi sasaran sniper zionis Israel. Zon jingga (orange) pula adalah 'high risk' (zon risiko tinggi) yang dalamnya di setengah tempat lebih dari 1 km. Ini bermakna walaupun berada di gaza, seseorang itu tetap terdedah kepada tembakan Israel. Sementara 'no go zone' di perairan Gaza tidak lebih dari 3 km. Bandingkan ini dengan EEZ (exclusive economic zone) bagi mana-mana negara ialah 200 km batu nautika (untuk aktiviti menangkap ikan dan aktiviti maritim yang lain). Dr Hafidzi Mohd Noor - Pengerusi Aqsa Syarif

Thursday, October 27, 2011

Zulhijjah yg Mulia

السـلام عليكم ورحمة الـلـه وبركاته

الحمد لله رب العزة والجبروت والصلاة والسلام علي رسوله الأمين وعلي آله وصحبه أجمعين

Menemui ikhwah dan akhawat yang dikasihi sekalian,

Sekali lagi ana merafakkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah Azzawajalla kerana nikmat-Nya yang terlalu banyak buat kita sebagai hamba-Nya. Semoga kedatangan bulan Zulhijjah yang mulia ini membawa keberkatan.

Dalam kesibukan kita menguruskan kehidupan ini, sayugia jangan kita lupa untuk mengimarahkan hati dan jiwa agar sentiasa berada dalam kemurnian. Ia perlu sentiasa bersih, suci dan murni untuk menerima kalam-kalam suci daripada al-Quran dan as-Sunnah. Itulah tuntutan tarbiah kita dalam jamaah ini.

Justeru dengan kedatangan bulan Zulhijjah yang mulia terutama pada 10 hari pertama ini marilah kita bersama-sama mengambil peluang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Insya-Allah ia juga menjadi bekalan di sepanjang dakwah yang berkat ini.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Ust Tajul Arifin Che Zakaria
Pengerusi JKT IKRAM PUSAT


Untuk membantu meningkatkan roh ahli IKRAM, JKT mencadangkan supaya dilaksanakan kewajipan-kewajipan berikut bagi menghidupkan 10 hari terawal bulan Zulhijjah

Kewajipan-kewajipan:

1. Memelihara solat berjamaah dalam waktunya terutama berkesempatan dengan takbiratul ihram di samping memelihara solat sunat sebelum dan selepas solat fardu (12 rakaat).
2. Memelihara solat-solat sunat harian terutama dhuha, witir dan sekurang-kurangnya 2 rakaat qiamullail.
3. Berusaha bersungguh-sungguh mengkhatamkan al-Quran pada hari-hari baik ini (3 juzuk sehari).
4. Berpuasa pada hari Arafah kerana fadilatnya yang besar.
5. Berusaha berpuasa sebanyak mungkin daripada 9 hari dari bulan Zulhijjah. Siapa berpuasa kesemua hari tersebut maka pahalanya di sisi Allah.
6. Melazimi zikir-zikir pagi dan petang, zikir-zikir berdasar situasi/keadaan, zikir mutlak di antara istighfar, tahmid, takbir, tasbih, tahlil dan selawat ke atas Nabi saw (1000 kali).
7. Setiap akh dan ukhti (selain jemaah haji) berusaha menghadirkan hatinya bersama syiar ibadat haji, cuba menghayati perasaan para jemaah haji dalam pelbagai ibadat mereka seolah-olah kita bersama mereka di sana.
8. Memelihara wirid doa seperti yang terdapat di akhir Risalah al-Ma’thurat, berdoa untuk kebaikan dakwah serta qiadah tempatan dan alami.
9. Berusaha menggesa isteri dan anak-anaknya menyambut hari-hari yang baik ini, saling membantu ke arah kebaikan dan ketaatan.
10. Berusaha menyebarkan panduan-panduan ini di tempat kerja masing-masing; menggesa sahabat-sahabatnya untuk memanfaatkan peluang-peluang tersebut. Juga menguar-uarkannya kepada jiran tetangga dan masyarakat.

Bersama ini dikepilkan risalah berkaitan kelebihan hari-hari ini serta kedudukannya dalam Islam

Thursday, October 6, 2011

Tanda-tanda awal sakit cancer


Biasanya pesakit kanser hanya menyedari dia mengidap kanser bila penyakitnya sudah pada peringkat 4. Dan, selalunya keadaan ini dianggap sudah terlalu lewat.

Sebenarnya. dari peringkat awal kanser menyerang tubuh kita, tanda-tanda penyakit ini sudah ada tetapi kita sering mengandaikan yang tanda-tanda itu sebagai 'Tidak apa-apa', cuma sakit biasa sahaja. Kita pun mengambil langkah 'bijak' kita sendiri iaitu menelan panadol atau membeli ubat di farmasi.

Adakah anda pernah membuat pemeriksaan tahunan seperti ujian colonoscopies atau ujian PSA? Tentu ramai yang menggelengkan kepala. Tidak mengapa kerana meskipun penting, setakat membuat ujian seperti itu belum tentu dapat melindungi anda daripada kanser.

Anda tentu tidak mahu menyertai barisan pesakit kanser yang terlambat menyedari, bukan? Jadi, perhatikan perkara-perkara berikut. Mungkinkah ia merupakan penggera awal, notis pemberitahuan bahawa sel-sel kanser sedang mula bertapak dalam tubuh anda?

1. Sakit perut atau senak perut.
Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulangkali mendapat / mengalami sakit perut tanpa sebab.

2. Sakit yang seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas mungkin tanda kanser pankreas

3. Perut kejang dan sakit perut berterusan.
Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukimia kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan-nekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah.

Nampaknya, sakit perut bukan perkara yang boleh diambil ringan. Jadi, jika anda mengalami sakit perut dan ia bukan berpunca akibat tersalah makan atau bukan masalah pencernaan, jumpalah doktor anda, mintalah dia arahkan pemeriksaan menyeluruh dan buatlah 'ultrasound'

4. "Asid perut" kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit.
Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu.

Sakit yang tidak diketahui puncanya atau sakit di sebelah kanan yang lebih rendah boleh menjadi tanda awal kanser hati, yang dikenali sebagai salah satu "pembunuh senyap." Perasaan kenyang selepas hidangan yang kecil adalah tanda biasa kanser hati juga.

Jika anda mempunyai serangan kerap asid perut, sakit perut yang tidak dapat dijelaskan, atau perasaan penuh selepas makan walaupun anda makan kurang daripada biasa, hubungi doktor anda.

5. Kehilangan berat badan.
Anda seorang yang tidak aktif, nak bergerakpun malas tetapi tetiba berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan, ketahuilah bahawa inilah petanda awal kanser kolon. Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan boleh juga menjadi tanda kanser yang merebak ke hati, memberi kesan kepada selera anda dan keupayaan badan anda untuk membersihkan sendiri sisa.

4. Jaundis / demam kuning.
Barah pankreas, satu lagi salah satu "pembunuh senyap," sering ditemui apabila seseorang mengidap jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata, tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah. Sesetengah orang yang mengidap barah pankreas mengatakan, mereka perasan kulit mereka rasa gatal sebelum mereka menyedari bahawa mereka mengidap jaundis.

5. Berdehit atau sesak nafas.
Sesak nafas, sakit dada, atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru.

6. Batuk yang kronik atau sakit dada.
Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru, boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronkitis yang teruk.

Satu cara untuk memastikan apakah anda mengidap kanser atau tidak.
Gejala-gejala itu berterusan, atau tanda-tanda itu hilang sekejap kemudian datang semula berulang-ulang. Sesetengah pesakit kanser paru-paru memberitahu yang sakit dada dialami itu menjalar hingga ke bahu atau ke bawah lengan.

7. Kerap demam atau terkena jangkitan.
Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal, yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan / keupayaan melawan jangkitan kuman. Doktor kadang-kadang mengesan leukemia di kalangan orang dewasa yang lebih tua hanya selepas pesakit telah beberapa kali mengadu demam, sakit, dan simptom seperti selesema dalam tempoh masa yang panjang.

8. Kesukaran menelan.
Yang sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak, kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga. Lelaki yang didiagnosis dengan kanser esophageal mengalami rasa sakit ketika menelan makanan/minuman. Kadang-kadang anda rasa ada sesuatu tersekat di kerongkong. Dapatkan nasihat doktor kerana pada saat ini mungkin esofagus anda sudah menjadi sempit atau ada tumor dalam kerongkong.

9. Gastroesophageal penyakit refluks (GERD) - satu keadaan di mana asid perut naik ke dalam esofagus, menyebabkan pedih hulu hati dan rasa berasid di tekak - boleh mencetuskan satu keadaan yang dikenali sebagai esofagus Barrett, yang boleh menjadi penyebab kanser esophageal.

10. Bengkak muka.
Sesetengah pesakit dengan kanser paru-paru lmengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.

11. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan leher, ketiak, atau pangkal paha (ketulan).
Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada leher, ketiak, atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.

12. Lebam Teruk atau pendarahan yang tidak berhenti.
Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah, boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan. Ini kerana sel-sel leukimia mengerumuni sel-sel darah merah dan platelet lalu merosakkan keupayaan darah untuk membawa oksigen dan beku.

13. Lemah dan letih.
Sering merasa lemah, tak larat, letih adalah gejala bagi kebanyakan penyakit kanser yang tidak disedari sama sekali. Jadi jika anda berasa letih tanpa sebab sehingga susah hendak tidur, segeralah berjumpa doktor.

14. Pendarahan rektum atau darah dalam najis.
"Saya fikir ia buasir" adalah satu kenyataan yang paling biasa doktor mendengar apabila mendiagnosis kanser kolorektal.

15. Sembelit, cirit-birit, dan perubahan dalam najis semua boleh menjadi tanda-tanda kanser.
Seperti dengan banyak gejala kanser lain, cara untuk memberitahu jika ini adalah perkara yang membimbangkan ialah jika ia berlaku pada lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas, seperti flu atau keracunan makanan.

Orang yang didiagnosis mengidap kanser kolon sering memberitahu bahawa mereka lebih kerap membuang air besar dan masih tidak merasa lawas.

Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti sepatutnya.

16. Sukar membuang air kecil.
Tanda-tanda awal kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing .Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti.

17. Rasa sakit atau pedih semasa membuang air kecil.
Gejala ini juga boleh menunjukkan jangkitan saluran kencing atau penyakit kelamin, sudah tentu, tetapi dalam hal mana-mana waran perjalanan serta-merta kepada doktor. Gejala ini sering digabungkan dengan perasaan bahawa anda perlu pergi lebih kerap, terutamanya pada waktu malam. Gejala-gejala ini yang sama juga boleh menunjukkan keradangan atau jangkitan pada prostat atau hiperplasia benign prostatic, nama apa yang berlaku apabila prostat membesar lebih besar dan menyekat aliran air kencing. Walau bagaimanapun, anda perlu mendaftar keluar untuk memberitahu perbezaan.

18. Kencing berdarah dan darah dalam air mani. Adalah tanda bahaya kanser prostat.

19. Masalah ereksi.
Sukar mendapat atau mengekalkan ereksi adalah juga tanda anda mengidap kanser prostat.

20. Sakit pada pangkal paha, pinggul, atau abdomen.
Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, peha, atau bahagian paling rendah di belakang.

Kanser prostat yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di kaki.

21. Bengkak buah zakar.
Ketulan yang menunjukkan kanser testis tidak langsung menyakitkan. Ia juga biasa bagi testis membesar atau membengkak.

22. Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya.
Sakit belakang boleh bermakna segala macam perkara. Sakit di belakang pinggang dan lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen atas dan belakang adalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser pankreas.

23. Puting tetek yang bersisik atau dan mengeluarkan cairan.
Lelaki juga boleh mendapat kanser payudara, ya! Merekamengalami satu keadaan yang dipanggil gynecomastia, ada ketulan benigna di kawasan puting. Kanser payudara biasanya dikesan sebagai ketulan, tetapi jika ia merebak ke dalam, ia juga boleh menyebabkan sakit dada.

Tanda-tanda lain kanser payudara termasuk tompok-tompok merah, bersisik, atau kulit lekuk atau perubahan pada puting seperti membelok masuk atau kebocoran bendalir.

24. Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, menjadi berkerak, atau berdarah dengan mudah. Kebanyakan kita tahu bagaimana tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tetapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik kering.

Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit - melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus - dan berhati-hati memeriksa kulit di seluruh tubuh untuk pertumbuhan yang kelihatan ganjil atau bintik.

25. Perubahan pada kuku.
Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada kuku boleh menjadi tanda beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan kanser kulit.

Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah boleh menjadi tanda kanser paru-paru.

JIKA ADA MANA-MANA TANDA DIATAS, SEGERALAH BERJUMPA PAKAR PERUBATAN. JANGAN TUNGGU LAGI!

Germanium (Organic) Cancer Treatment

Rumah serangga angkut-angkut


Ubat Sapu:

Abil daun pokok semalu ditumbuk halus, ditambah dengan rumah angkut2 (sejenis serangga yg membuat rumah dari tanah), + dengan air zam-zam.
Selepas itu bacakan ayat2 berikut. Sapukan pada breast, Insya Allah sembuh jadi lembut dengan izin Allah jua.


1- Baca Al-Fatihah 1X.

2-الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْ‌ضَ فِرَ‌اشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَ‌جَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَ‌اتِ رِ‌زْقًا لَّكُمْ ۖ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّـهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
٢٢ Al-Baqarah.

3- Baca ayat Kursyi 1X
اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْ‌ضِ ۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْ‌سِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ ﴿٢٥٥
4- Al-Anbiya' : 83
وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَ‌بَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ‌ وَأَنتَ أَرْ‌حَمُ الرَّ‌احِمِينَ ﴿٨٣

5-Baca ayat surah Al Hasyr: 22

هُوَ اللَّـهُ الَّذِي لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ۖ هُوَ الرَّ‌حْمَـٰنُ الرَّ‌حِيمُ ﴿٢٢

6- Baca selawat Syifa' semasa mahu menyapu ke breast yang sakit. serta basmalah.

Selamat Mencuba.......




This product is ONLY rated as being effective on newly diagnosed cancer patients who do not have a fast-growing cancer and their cancer has not spread significantly!! If you are an advanced cancer patient who has had a lot of chemotherapy, radiation or surgery or you have a potentially fast-growing cancer, do not use this treatment as your primary cancer treatment.