Ada empangan di utara Bangkok, Thailand yang jauh dari laut. Disebabkan kekuatiran pada masa itu, kemarau akan berlaku pada masa akan datang, empangan di sana telah menyimpan terlalu banyak air. Mana tau kemarau akan tiba. Tau-tau lain pula jadinya, banjir di Thailand. Apabila hujan lebat di Bangkok, air melimpah di empangan. Jadi terpaksa dilepaskan dan akhirnya keadaan menjadi lebih buruk.
- Dianggarkan 8 juta hingga 10 juta meter padu jumlah air yang mengalir daripada utara melepasi Bangkok setiap hari
Boleh dikatakan teruk keadaan di sana, BANGKOK dah jadi macam KOLAM AIR. Ada yang melaporkan kejadian banjir di Thailand ini memerlukan lebih sebulan untuk banjir di sana beransur pulih.
- 28 daripada 77 wilayah telah terjejas
- 2.45 juta penduduk Thailand terjejas
- 800,000 buah rumah dianggarkan musnah
- 720,000 penduduk dirawat ekoran jangkitan kuman air dan tekanan
- 7 kawasan perindustrian besar di utara Bangkok dihentikan operasinya
- 640,547 terutamanya yang bekerja di sektor industri paling terjejas teruk dan tidak bekerja sementara waktu disebabkan banjir di Thailand ini
Menyentuh operasi perindustrian di Thailand, operasi telah dihentikan sehinggakan beberapa kilang di Malaysia yang setakat kami ketahui termasuklah kilang pemasangannya CKD Honda di Pagoh, Melaka memberhentikan operasi akibat kilang Honda di Ayuthaya (utara bangkok) yang merupakan pembekal komponen utama iaitu komponen press metal telah ditenggelami air.
- 4 juta ekar tanah yang dah dilanda banjir
- 12.5 peratus tanaman padi musnah
- Dianggarkan juga 7 juta tan tanaman padi mungkin musnah, sekaligus pengeluaran hasil padi dijangka jatuh kepada 18 juta tan.
Sepatutnya musim tuai bermula bulan Oktober ini. Dalam pada masa yang sama berlakunya banjir di Thailand. Sekarang Malaysia boleh dikatakan hampir separuh bekalan beras dari Thailand. Jadi, apabila terjadinya banjir di Thailand, kesannya turut melibatkan Malaysia. Jadi akan ada kemungkinan bekalan beras akan jadi berkurang kepada stok penimbalkan beras negara dan harga akan mula dinaikkan. Mungkin?
No comments:
Post a Comment