Thursday, January 19, 2012

Penjagaan kesihatan selepas rawatan

Langkah-langkah menjaga kesihatan diri

SELEPAS RAWATAN

Walaupun tiada seorang pun boleh menjangkakan apa kesudahannya bagi penyakit mana-mana individu, namun banyak penyakit kanser boleh disembuhkan. Bagi yang lain, rawatan boleh diberikan yang dapat mengawal kanser dan memanjangkan hayat, mungkin banyak tahun.

Dalam kes-kes lain pula, rawatan tidak akan memanjangkan hayat tetapi dapat mengurangkan simptom yang didapati amat berkesan bagi kebanyakan pesakit.

Apabila penyakit kanser dikesani banyak perkara yang tidak pasti akan timbul dalam semua aspek kehidupan. Apa yang akan terjadi selepas rawatan membangkitkan pelbagai emosi. Anda mungkin berasa anda tidak dapat mengawal hidup anda. Maklumat yang diberikan di sini mungkin dapat membantu anda mengambil cara yang difikirkan paling sesuai untuk anda.

1. Pemakanan
Badan memerlukan zat makanan dan kalori yang lebih ketika menjalani
rawatan atau selepas rawatan kanser. Oleh itu, berusahalah untuk makan
dengan sempurna walaupun anda mungkin tidak berapa berselera. Makanlah sedikit-sedikit dengan kerap. Makan sebaik mungkin makanan yang disediakan oleh keluarga anda ketika anda tiada selera atau tidak berdaya untuk memasak sendiri.

2. Rehat dan aktviti
Rehat dan aktiviti diperlukan untuk kesihatan dan perlulah diimbangkan dengan baik antara kedua-duanya. Lazimnya badan anda akan memberitahu anda bila anda harus rehat, tetapi apa yang penting ialah janganlah tidak aktif langsung atau terlalu aktif. Apabila anda tidak sihat atau menjalani rawatan, badan anda menggunakan lebih
banyak tenaga daripada biasa. Oleh itu, anda perlu rehat untuk memberikan masa
untuk badan anda pulih.

3. Tetapkan matlamat yang hendak dicapai
Mulakan secara kecil-kecilan – mungkin berjalan di sekeliling taman atau pergi bekerja beberapa jam seminggu. Cuba tumpukan pada apa yang anda boleh buat.

4. Dapatkan bantuan yang diperlukan
Setiap orang pulih daripada rawatan mengikut kadar masing-masing. Ada rawatan yang memerlukan pesakit masuk hospital. Badan yang tidak aktif semasa berada di hospital malah untuk beberapa hari sahaja pun boleh menyebabkan anda berasabertambah lemah dan mungkin bimbang tentang bagaimana hendak mengatasinyaapabila anda pulang ke rumah nanti. Dalam hal seperti ini lebih baik bagi andamendapat bantuan ahli fisioterapi dan ahli terapi pekerjaan di hospital untukmerancang cara supaya anda boleh berdikari dan bergerak.

Sebelum pulang ke rumah, anda dan anggota keluarga mungkin ingin bercakap dengan jururawat atau pekerja sosial di hospital. Doktor di hospital boleh menghubungi
doktor yang anda akan pergi buat susulan dengannya bagi memberitahu bahawa anda akan pulang dan memberi maklumat terkini tentang keadaan anda dan apa-apa
rawatan yang anda perlu teruskan setelah pulang ke rumah nanti.


5. Belajarlah untuk relaks
Relaksasi merupakan kemahiran yang boleh dipelajari dan digunakan untuk melega-kan ketegangan otot; menghilangkan stres, letih dan sakit;menenangkan fikiran dan membuatkan anda tidur dengan nyenyak ; dan dapat mengawal balik emosi. Relaks bukanlah hanya sekadar ‘bersenang-senang’ tetapi digunakan untuk mewujudkan masa bila seseorang boleh memikirkan tentang masalah dan, diharapkan, akan wujud fikiran yang berpandangan positif.

6. Siapakah yang boleh membantu di rumah?
Selepas menjalani rawatan anda perlukan masa untuk pulih. Anda mungkin banyak menghabiskan masa di rumah untuk pulih daripada rawatan. Anda mungkin seorang yang amat suka berdikari dan tidak mahu orang menjaga anda, tetapi pada masa yang sama, untuk beberapa waktu anda mungkin tidak dapat melakukan semua kerja yang anda biasa lakukan di rumah.

Bagi kebanyakan pesakit, orang yang banyak membantu ialah anggota keluarga, kawan dan jiran. Kehadiran mereka bukan sahaja dapat membantu melakukan kerja anda malah dapat memberi galakan dan mengelakkan anda daripada megelamun dengan fikiran yang sedih dan ini akan dapat membantu anda supaya cepat pulih.

Walaubagaimanapun, berehat di rumah, boleh menimbukan kesukaran terutamanya jika anda ada anak-anak kecil yang tidak faham tentang keadaan anda. Sesetengah wanita mendapati sukar untuk tidak membuat kerja-kerja di rumah.

Janganlah malu untuk menerima tawaran orang yang hendak menolong atau malah untuk meminta pertolongan. Kadangkala kawan dan jiran lebih suka jika anda meminta pertolongan yang khusus seperti membeli barangan keperluan dapur atau meyapu/memvakum rumah.

Jika anda tinggal bersendirian, bantuan di rumah dan makanan yang dihantar boleh membantu anda. Ini boleh diuruskan. Jika anda berkemampuan, elok sekali kalau mengupah sesorang beberapa jam seminggu untuk membantu anda melakukan kerja yang berat seperti membersih rumah dan membeli-belah.

7. Kembali bertugas
Agak sukar untuk menentukan bilakah masa yang paling sesuai untuk kembali bekerja. Keputusan anda berkenaan hal ini bergantung terutamanya pada jenis kerja anda dan sama ada pendapatan anda terjejas. Yang paling penting ialah anda harus lakukan apa yang terbaik untuk diri anda.
Kembali melakukan apa yang anda lazim lakukan amat membantu dan anda mungkin ingin kembali bekerja secepat mungkin. Banyak orang mendapati kembali bekerja se-baik-baik sahaja mereka cukup kuat mebuatkan mereka lupa tentang kerungsingan mereka apabila mereka sibuk dengan kerja dan rakan kerja mereka semula. Berbin-canglah dengan majikan anda tentang kemungkinan anda bekerja separuh masa atau berkongsi tugas.

Ada sesetengah rawatan mungkin memerlukan masa yang panjang untuk anda pulih
sepenuhnya dan mungkin anda akan mengambil masa banyak bulan sebelum bersedia
untuk kembali bekerja. Janganlah rasa terpaksa untuk melakukan banyak kerja,
dengan segera pula.
Doktor dapat membantu anda menentukan bila anda boleh kembali bekerja.
Minta nasihat doktor atau jururawat jika:
 Anda ingin bercakap dengan kaunselor tentang masalah yang dihadapi.
 Anda ingin menyertai kumpulan sokongan atau menghadiri program pendidikan.
3
Projek Usahasama CaEd, Malaysia dan
Peter MacCallum Cancer Centre, Australia
03-8947 2706
KanWork
http://www.cancereducation.org.my/ http://www.ipsas.upm.edu.my/kanwork/
Cancer Resource Centre
Aras G, Bersebelahan Pusat Sumber Diabetes,
Hospital Putrajaya,
Putrajaya,
Malaysia.
+603-8312 4200 ext 1105
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi KanHelp Line di 03-8947 2706.
Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan sulit yang dikendalikan oleh jururawat
kanser.

No comments:

Post a Comment