Wednesday, May 23, 2012

Kisah Benar : Suami yang Menyesal
Assalamualaikum sahabat ku..baca dan fahami.

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?.....Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya

Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya... ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan...Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.

Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.

Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….

Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright....tajuknya now and forever...
by richard marx

Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. (HR Bukhari dan Muslim)
— with MoHd ZaiNi Ab Rashid.
Komen Ummi:
1- Isteri ini telah memenuhi janji Allah sebagai isteri yang solehah. Dia sudah menyediakan dirinya untuk mendapat kemuliaan Allah dengan status menjadi seorang ISTERI. Lantas dia amat mempertahankan kemuliaanya itu dgn sabar, redha dan syukur yang hebat...walaupun bukan sehebat Asiah..
2-Isteri ini hanya mengharapkan kemuliaan dan ganjaran akhirat lebih dari di dunia. Sesungguhnya segala kegembiraan, kesedihan, kepayahan dan penat lelahnya menjadi lautan ganjaran pahala yang insya allah menempatkan dirinya di syurga, sebagai ganti apa yang tidak dapat dikecapinya di dunia.

3- Sekalipun si isteri telah memaafkan suaminya, namun hakikat kemurkaan Allah kepada suami yang TIDAK MEMELIHARA AMANAH hanya Allahlah yang mengampunkannya jika ia benar2 bertaubat nasuha dan diterima pula taubatnya. Keadilan Allah, memastikan setiap hamba Allah yang dizalimi tetap akan mendapat keadilan di akhirat nanti. Ini kerana apabila berlaku kezaliman di dalam rumahtangga ia bukan hanya melibatkan hak suami dan isteri sahaja, apatah lagi jika ada anak anak. 

4- Keluarga ini  ditakdirkan tiada zuriat ketika kedua suami isteri seolahnya tidak bersedia memelihara zuriat sebagaimana yang sepatutnya....Mungkinkah ini juga satu pemeliharaan Allah kepada suami, isteri dalam kesah ini...?? Allahu A'alam.  
Seruanku buat para isteri,
Sekali dianugerahkan menjadi isteri genggam dan peliharalah anugerah Allah  ini sebaik2nya untuk mendapat pahala yg banyak di sisi Allah sekalipun terpaksa menanggung cabaran yang hebat selagi mampu dengan Sabar & Tawakkal. Sungguhnya dunia ini hanya " Dewan Ujian Sepanjang Hayat " yg akan menentukan siapakah di antara mereka yg Menang & Terbaik di sisi Allah.
Kenangilah Ummul Mukminin Saodah yg mengatakan pada Rasulullah, tidak apa jika dia tidak mendapat apa yang sepatutnya di dunia tetapi aku ingin dibangkitkan nanti dengan status isteri Rasullullah...rupanya ada perbezaan kebangkitan seorang isteri yang solehah yg akan dibangkitkan dengan kemuliaan di Hari Kebangkitan nanti. Ini ganjaran Allah kerana Kemenangannya.....
Begitulah hebatnya Visi Ummul Mukminin seorang isteri yg jelas matlamat kehidupan, Pandangan hidup seorang ahli syurga...wajar sekali dicontohi...
Lagi...berkahwin ini sunnah Rasulullah. Tak usahlah kita membandingkan diri kita sebagai suami atau isteri sehebat Rasul dan isteri2nya, tetapi tidak mustahil kerana mengikut sunnahnya kita berhak mendapat kemuliaan terbaik di sisi Allah. Bukankah Allah mengatakan Rasulullah dan semua isteri isterinya contoh tauladan terbaik yang perlu dicontohi....??? 

Ummi Wardah.

Monday, May 21, 2012

salam macam nilah yag jadi budaya kami bila bertemu sahabat...
Malam balik PATWA Ummi semput sampai pukul 2 pagi tak dapat tidor ... agaknya banyak na salam & cium..































Bersama sebahagian team JKPW IKRAM Pusat sesi 2010-2014 seusai PATWA 2012
Barisan belakang kiri ke kanan: Hjh Faridah SUK, Dr Hjh Hafidzah, Hjh Kamariah, Ustazah Maznah KW, Prof. Madya Dr Anisah, Ust. Arfah dan Ust Nabiroh.
Barisan kiri ke kanan: Ummi,PM Dr Roslainy, Datin Paduka Ir Chik Asmah TKW, Ust Sala wahiyu, Dr Azizah dan Hjh Rawiyah PSUK.
Alhamdulillah Ummi dapat menghadirkan diri di perhimpunan ini sebagai memenuhi tanggung jawab berorganisasi. Moga2 Allah menambahkan kebijaksanaan kami mengurus amanah yang digalas walaupun dengan qudrat yang kecil...

Walaupun hakikatnya Ummi baru sahaja 2 hari rasa sembuh sikit dari " berasa bisa2 dan sakit2 badan" akibat penangan ubat Chemo Doxcy kali ke 2....

Ramai yang bertanya sihat....?

Inilah soalan yang Ummi susah  dan penat nak menjawabnya setiap kali bertemu sahabat.....

Apa tidaknya . Berapa ramai yg bertanya dan berapa kali kena explain...dgn jawapan yg sesuai...Boleh penat maa....hanya menjawab soalan sahaja...dan juga boleh jadi satu tekanan pula...

Satu lagi pesakit seperti Ummi ni, tidak digalakkan berhampiran dgn orang yang batuk2 , demam dan seumpama, atau kurang sihat lah gitu...kerana ketahanan badan yang rendah..Untuk mengelakkan salam cara arab ( siap cium pipi kanan kiri) Ummi akan minta cukupla ye salam jer...tapi juga hampir tak mampu control sbb dah jadi kebiasaan sahabat bersalam cium2 ni...Ummi pun akhirnya tak larat nak beri syarat...dan Tawakkaltu Ilallah...dan berdoa dengan doa ini, moga2 dilindungi Allah dari keburukan dan musibah...

بسم الله الذى لايضر مع اسمه شيء و هو السميع العليم .

Kadang2 Ummi rasa nak duduk di suatu sudut yg tak perlu ditanya banyak soalan, dan ummi boleh berzikir atau  membaca buku...

Tapi bila keluar kerana keperluan Ummi bertawakkal pada Allah..Dia lah Yang Maha Melindungi dari sesuatu...

Rasa kuat/sihat yg diberi amat terasa ianya perlu dimanfaatkan utk meraih amal dan pahala, moga Allah terus memberi kekuatan dan kesihatan sepenuhnya...nanti..i.Allah.

Bahkan kadanf2 ia menjadi motivasi kendiri untuk terus aktif dan bangun tanpa ragu2, bahawa selagi ada qudrat tuntutan beramal masih wajib ditunaikan sedaya upaya terutama perkara yg fardhu seperti solat dll....

Ada yang cadangkan pakailah mask (tutup hidung) tp pada ummi lagi menyusahkan dan mengundang pelbagai soalan..dari tak tahu ummi sakit jadi semua tahu..

Jadi lebih baiklah tak pakai, lantaran Ummi pon tak suka promosi yg tk sihat....
Ummi Wardah

Wednesday, May 9, 2012

متى تصلى صلاة الضحى ؟جزاكم الله خيرا
رفقا بالقوارير 2
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد:

فإن وقت الضحى يبدأ من طلوع الشمس وارتفاعها قيد رمح، -ويحصل ذلك بعد خمس عشرة دقيقة تقريباً بعد بزوغها- إلى أن يقوم قائم الظهيرة، وهو قُبيل زوال الشمس بزمن قليل، وقدَّره بعض العلماء بعشر دقائق تقريباً قبل دخول وقت الظهر،.
فيمكن أن تؤدى في أي ساعة من هذا الوقت.
أما الصلاة التي تكون قبل الظهر فإن كنت تقصد قبل وقته وبعد انتهاء وقت الضحى فهذا وقت قد نهى النبي صلى الله عليه وسلم عن الصلاة فيه؛ كما ثبت في الحديث الذي أخرجه مسلم وأصحاب السنن عن عقبة بن عامر رضي الله عنه قال: "ثلاث ساعات كان رسول الله صلى الله عليه وسلم ينهانا أن نصلي فيهنَّ أو أن نقبر فيهن موتانا: حين تطلع الشمس بازغة حتى ترتفع، وحين يقوم قائم الظهيرة حتى تميل الشمس، وحين تضيف الشمس للغروب حتى تغرب".
أما إن كنت تقصد قبل الصلاة بعد دخول الوقت فهذه من السنن الرواتب التي حث عليها الشرع ودام عليها النبي صلى الله عليه وسلم. والله أعلم.

 
  ، ان شاء الله حوبا دترجمة
                          ياسمين /Shery Ahmed

Tuesday, May 1, 2012

Ini cucu.. Yaya....Ulya.
 
 Ini Sofiah Kauthar
Kanak-kanak setulus kertas putih tanpa dosa......

Alhamdulillah...Dia Amat Dekat &Hampir; Maha Mendengar Lagi Menyayangi

Setelah masuk minggu ke 3 chemo with Doxy...I'll feel find...Alhamdulillah... All and alls after doing many prayers, drank much water, fruits juice and eaten what I can &love to eat..............Allah give me my soul and happiness..
May Allah bless me....
and I'll  be a happiness muslimah one day without cancer i. Allah. ....
Lakal Hamd.

Ummu sofiah