salam macam nilah yag jadi budaya kami bila bertemu sahabat... Malam balik PATWA Ummi semput sampai pukul 2 pagi tak dapat tidor ... agaknya banyak na salam & cium.. |
Alhamdulillah Ummi dapat menghadirkan diri di perhimpunan ini sebagai memenuhi tanggung jawab berorganisasi. Moga2 Allah menambahkan kebijaksanaan kami mengurus amanah yang digalas walaupun dengan qudrat yang kecil...
Walaupun hakikatnya Ummi baru sahaja 2 hari rasa sembuh sikit dari " berasa bisa2 dan sakit2 badan" akibat penangan ubat Chemo Doxcy kali ke 2....
Ramai yang bertanya sihat....?
Inilah soalan yang Ummi susah dan penat nak menjawabnya setiap kali bertemu sahabat.....
Apa tidaknya . Berapa ramai yg bertanya dan berapa kali kena explain...dgn jawapan yg sesuai...Boleh penat maa....hanya menjawab soalan sahaja...dan juga boleh jadi satu tekanan pula...
Satu lagi pesakit seperti Ummi ni, tidak digalakkan berhampiran dgn orang yang batuk2 , demam dan seumpama, atau kurang sihat lah gitu...kerana ketahanan badan yang rendah..Untuk mengelakkan salam cara arab ( siap cium pipi kanan kiri) Ummi akan minta cukupla ye salam jer...tapi juga hampir tak mampu control sbb dah jadi kebiasaan sahabat bersalam cium2 ni...Ummi pun akhirnya tak larat nak beri syarat...dan Tawakkaltu Ilallah...dan berdoa dengan doa ini, moga2 dilindungi Allah dari keburukan dan musibah...
بسم الله الذى لايضر مع اسمه شيء و هو السميع العليم .
Kadang2 Ummi rasa nak duduk di suatu sudut yg tak perlu ditanya banyak soalan, dan ummi boleh berzikir atau membaca buku...
Tapi bila keluar kerana keperluan Ummi bertawakkal pada Allah..Dia lah Yang Maha Melindungi dari sesuatu...
Rasa kuat/sihat yg diberi amat terasa ianya perlu dimanfaatkan utk meraih amal dan pahala, moga Allah terus memberi kekuatan dan kesihatan sepenuhnya...nanti..i.Allah.
Bahkan kadanf2 ia menjadi motivasi kendiri untuk terus aktif dan bangun tanpa ragu2, bahawa selagi ada qudrat tuntutan beramal masih wajib ditunaikan sedaya upaya terutama perkara yg fardhu seperti solat dll....
Ada yang cadangkan pakailah mask (tutup hidung) tp pada ummi lagi menyusahkan dan mengundang pelbagai soalan..dari tak tahu ummi sakit jadi semua tahu..
Jadi lebih baiklah tak pakai, lantaran Ummi pon tak suka promosi yg tk sihat....
Ummi Wardah
No comments:
Post a Comment