Sunday, August 5, 2012

Ditangguhkan lagi....

1 Ogos 2012......

Hari ini Ummi lebih awal sampai di HKL...sebelum pukul 9 pagi.tujuannya agar jika diteruskan rawatan ia akan selesai sebelum 4 petang...

Sambil menunggu giliran kami berbual sesama pesakit...yang datang dari semua negeri..Ada dari N9, Perak,Kuala Terengganu, Pahang dll...

Amat mengujakan teman pesakit, seorang surirumah datang rawatan day care setiap kali dari Sungai Siput Perak. Beliau akan menaiki motorsikalnya seawal 4.30 pagi sendiri dari rumah ke setesyen keretapi Ipoh untuk memastikan dapat menaiki keretapi pertama ke KL Central jam 5.30 pagi. Dari Kl Central beliau akan menaiki pula, teksi ke HKL...begitulah yang dilakukan setiap kali...di bimbit topi kledarnya hingga ke HKL...Ummi tepuk belakang badanya tanda bangga dgn sikap nya dan kecekalannya...beliau seorang ibu muda dengan 4 orang anak berusia  awal 40 an .

Seorang nyonya berumur 60an....amat tabah. Bila ditanya sudah berapa kali pn menjalani rawtan.." 12 kali sudah..". sekarang rawatan berkala. Tampak masih sihat dan rambutnya juga sudah tumbuh kembali lebat....Masya Allah.

Seorang anak muda berusia 20an..anak sulung satu keluarga dari Terengganu. " Kami datang dari K.Terengganu pagi tadi lepas sahur...". beritahu adik perempuan pemuda yang sakit cancer di dalam perut..
" Dr kata abang tidak boleh menjalani rawatan yg lain2 selain chemo teraphy sahaja....". Si adik dan ibu menitis air mata sambil bercerita kepada Ummi...

Bila si pemuda keluar dari bilik rawatan Ummi mengucapkan salam kepadanya...dan bertanya namanya. " Ahmad.." katanya (bukan nama sebenar). " Takpa Ahmad , sakit di dunia sedikit sahaja tiada taranya dengan sakit di akhirat. Jika kita sabar Allah lagi sayang kepada kita...". Ahmad hanya tersenyum dan mengangguk kepala. Agaknya tanda setuju. " Ia tadi saya  nampak kamu membaca buku Allah Sayang Kamu, sama buku tu . anak saya juga diberi oleh kawannya buku tu..". terang si ibu yang agaknya sedari tadi memerhatikan Ummi membaca buku yang dihadiahkan oleh teman Ummi Dr Azizah. Rupanya buku itu sama dengan buku anaknya...namun Ummi tidak pula berkenalan lebih lanjut dengan keluarga ini, kerana mereka akan pulang semula ke Kuala Terengganu petang itu juga..

" Puan Dr Pakar ingin bertemu puan sekarang di bilik depan..". beritahu nurse kepada Ummi. Ummi bergegas bangun dan mendapatkan Dr Pakar ....

" Rawatan kamu hari ini ditangguhkan sbb kita kena tengok laporan Ct Scan tu dahulu...samada perlu diteruskan atau kena diberi ubat yang baharu pula...".

Setelah perbincangan dengan dr Ummi pun pergi mengambil ubat vitamin yang dicadangkan sementara menunggu tempoh perbincangan lanjut pada 15/8 pula...Dr mencadangkan jikapun rawatan akan diteruskan ia hanya akan dijalankan selepas hari raya...
Tghri itu, teman abah Hj Kamaruzaman dan isteri menemani ummi pulang ke Klang. Jzkk akh dan ukt moga Allah memudahkan urusan antum...

Ya Rabb Engkaulah sahaja Yang Maha Tahu akan penyakit yang ada dan Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan. Berilah aku kekuatan dan kesabaran..

Jadikanlah aku orang yang menang dengan Ujian....
Moga di bulan penuh keberkatan ini Allah memberiku petunjukNya apakah yang terbaik yang aku perlu ambil dalam situasi ini..samada meneruskan rawatan atau ada pilihan yang lain...

Ya Allah aku mendambakan hidayah dan petunjuk serta rahmatMu Ya Allah...
Terimalah amalku, hidup dan matiku keranaMu ya Allah..
Ampunilah dosa2ku ya Allah...

Dari perkongsian teman2 pesakit,
Aku mengerti erti sabar, redha, tawakkal dan kasih Allah buat hambaNya yg ditakdirkan...

Ummu Wardah.
17 Ramadhan 1433.

Rawatan Ct Scan......

31/7.....
" Pagi ni along antar Ummi kan..?". Tanya Ummi selepas selesai bersahur...pagi itu. " Kita gi sebelum pukul 8 pagi ye..sebab perlu sampai sebelum 10 pagi..manalah tahu jam di jalan ke...". Beritahu Ummi kepada Along dan Acik yang akan meneman Ummi hari ini. Along siap mengambil cuti untuk tujuan meneman dam mengahntar Ummi hari ini. Tak pernah gi hantar Ummi katanya..sebelum ini kalau ada yang meneman di hospital pun Acik sahajalah yang berkesempatan.

Sebenar jika tak ditemani pun OK sahaja..kerana Ummi masih boleh berjalan dan bergerak sendiri. Namun naluri kasih anak2 ingin meneman Umminyer..maka Ummi raikan mereka..kebetulan pula dijangka rawatan hari ini tidak lama, jadi memudahkan juga abah supaya tak perlu menghantar ummi pergi dan balik seperti selalu..lagipun hari esok rabu abah juga akan menhantar dan mengambil Ummi juga sekali lagi....

hampir 10 pagi kami dah sampai di HKL di jabatan pengemejan ( Xray )...

selepas ummi menyerahkan kad rawatan, proses menunggu giliran untuk Ct Scan....giliran Ummi 2019. No yang tertera sedang dalam rawatan 2017...Emm..Alhamdulillah i. Allah tak lamalah menunggu ni...
Namun seperti biasa proses awal memerlukan beberapa proses lagi , masukkan tiub ubat, meminum ubat air dan menjawab beberapa soalan dr.....barulah rawatan Ct Scan dijalankan sekitar 12 tengahari...

Rawatan mengambil masa 20 hingga 25 minit sahaja bagi setiap pesakit...Ini merupakan pertama kali Ummi melaluinya...dulu 2009 Ummi telah menjalani beberapa ujian mamogram, biopsi, scan buah pinggang, lang scan dan bone scan...seperti biasa Ummi terasa alangkah banyaknya bahan radiasi yang akan berada ditubuh Ummi ini akibat rawatan2 yang dijalankan. Baru bulan lepas Ummi melalui proses Xray dada bagi mengenal pasti punca asma/semput yang tetiba menyerang...
Dr hanya memaklumkan bukan komplikasi cancer tetapi jangkitan kuman selsema/batuk sahaj...akhirnya dr memberikan Ummi pil antibiotik. Alhamdulillah beberpa ketika sembuhlah semput Ummi yang tak pernah pula dirasai sebelum ini...
Akhirnya Tawakkaltu alallah atas segala ikhtiar yang dipilih ini...

Seusai rawatan lebih kurang 12.30 tghri, kami terus balik ke rumah....keinginan untuk shopping di KL/ Chow Kit Road mmg ada tetapi bila dah tengahari dengan kesibukan di jalan TAR tu menyebabkan keinginan shopping selalunya terencat...
Namun jika sengaja untuk shopping pula taklah pula rajin ...akhirnya belilah di tempat yang lebih dekat dan mudah...itu lebih berbaloi di bulan barakah ini. Lagipun dah masuk 3 tahun kami telah mengubah cara menyambut syawal...dengan mengutamakan menyambut Ramadhan dari Syawal. Tak perlu menempah kueh mueh..cukup beli sahaja apa yang teringin nak di makan di pasar minggu minggu akhir menjelang syawal.

.Tetapi setiap tahun kueh yang mesti dibeli atau dibuat ialah tart nenas...Ummi akan hidangkan kepada tetamu untuk dimakan dengan sebiji kek...yang biasanya dibuat oleh anak2. Habis sebiji buat lagi...begitulah....

Hari raya pertama masak juadah hari raya seperti biasa....tengok mood anak2 apa yang mereka suka nak makan....tahun lepas Ummi masak nasi minyak sahaja...

Tahun ini tak tahu lagi...ada merancang nak bersedekah kepada jiran2 sebelum syawal{ masih di bulan Ramadhan} mengedarkan ' punjungan' ( bungkusan makanan menu hari raya pertama spt: Nasi empet, rendang dan kuah lodeh dll mengikut apa yg diingini)  ...Bila tiba syawal nanti dah tak perlu lagi memberi juadah kepada jiran2 memada menjamu tetamu yang datang....

Kalau ikut resam biasa rumah di mana ibu ada bersama di situlah yang keluaraga ramai akan berkumpul...

Allahu yuqawwina..

Ummi Wardah



Kesilapan kecil Yg Besar kesannya...

30,31 dan 1 Ogos 2012

Kali ini tiga hari berturut2 Ummi ke HKL utk temu janji dr. Hari pertama seperti biasa hubby menghantar Ummi utk ambil darah dan menunggu keputusan samada rawatan chemo pada lusa dapat diteruskan lagi atau tidak.

Hampir 10 pagi baru Ummi sampai di HKL. Hari ini sengaja lewat sedikit ke hospital kerana abah hanya boleh ambil Ummi selepas jam 2 ptg. jika datang awal Ummi pasti akan menunggu lama di HKL sementara ke pukul 2 ptg itu.

Hampir 1 tengahri laporan belum lagi diperolehi. Ini luar biasa. Sebab selalunya pemeriksaan darah tidak mengambil masa melebihi 2 jam. Selepas beberapa ketika petugas memaklumkan tiada rekod pula utk darah Ummi..bertambahlah hairan Ummi sebab bukankah baru pagi tadi sahaja Ummi diambil darah untuk ujian seperti biasa..?? Nurse yang bertugas merungut didepan Ummi, " Tu lah U datang lewat..kalau datang awal pukul 8 selalunya takda masalah..tau, mesin takda masalah...". Apa kaitannya dgn Ummi lewat ni, gumam Ummi di dalam hati. Malas nak berhujjah dgn nurse yang mmg akan terpaksa meminta khidmatnya tiap kali ke HKL ni...No giliran Ummi ketika diambil darah tadi no 8, sedangkan ada bebrbelas lagi no selepas Ummi yg tidak bermasalah pun laporan darah yg diambil mereka...

" Puan, harap puan tunggu selepas pukul 2 ptg, sbb ada masalah di makmal...". Ummi tiada pilihan lain kecuali menunggu dengan sabar. Amat tidak berbaloi untuk pulang ke rumah semata2 kerana menangguhkan keputusan laporan darah ini. Klang Kl bukanlah dekat.....dengan keadaan trafic di bulan Ramadhan pula..

Akhirnya Ummi ke masjid di kawasan HKL untuk solat zohor. Seusai solat Ummi kembali lagi ke Kaunter menunggu laporan yang diperlukan. 2.30 petang masih belum juga ada berita. 2.45 petang barulah pembantu hospital yang mengambil darah Ummi sendiri memaklumkan sebenar ujian darah telah pun selesai jam 11 pagi tadi lagi . tetapi kesilapan nusre yang bertugas menulis no ic ummi menyebabkan laporan Ummi tidak dipulangkan ke klinik Onkology....Baru Ummi teringat semasa menyemak muka depan borang rawatan , juga sudah didapati kesilapan nurse menulis jantina . Ditulis di ruangan jantina pada borang Ummi Lelaki...rupanya ruang no ic dibelakang juga ada kesilapan di mana no terakhir berbeza dari no ic ummi...

.Itulah sebenar punca kelewatan /tiada rekod yang dimaklumkan..yang tak pernah berlaku selama ini selepas 8 kali rawatan yang sama.

Pengajarannya Ummi perlu lebih berhati2 dan teliti sebelum menyerah/menerima borang yang telah di isi butir diri oleh orang lain.....

3.30 barulah hubby datang mengambil Ummi dan terus pulang ke rumah. Rawatan Chemo akan diteruskan pada 1 Ogos setelah semua keputusan darah di dapati OK....

esok bermulalah fasa makan ubat yang banyak tu....

Allahummajalni soobiran ala haza...

Ummi Wardah.