1 Ogos 2012......
Hari ini Ummi lebih awal sampai di HKL...sebelum pukul 9 pagi.tujuannya agar jika diteruskan rawatan ia akan selesai sebelum 4 petang...
Sambil menunggu giliran kami berbual sesama pesakit...yang datang dari semua negeri..Ada dari N9, Perak,Kuala Terengganu, Pahang dll...
Amat mengujakan teman pesakit, seorang surirumah datang rawatan day care setiap kali dari Sungai Siput Perak. Beliau akan menaiki motorsikalnya seawal 4.30 pagi sendiri dari rumah ke setesyen keretapi Ipoh untuk memastikan dapat menaiki keretapi pertama ke KL Central jam 5.30 pagi. Dari Kl Central beliau akan menaiki pula, teksi ke HKL...begitulah yang dilakukan setiap kali...di bimbit topi kledarnya hingga ke HKL...Ummi tepuk belakang badanya tanda bangga dgn sikap nya dan kecekalannya...beliau seorang ibu muda dengan 4 orang anak berusia awal 40 an .
Seorang nyonya berumur 60an....amat tabah. Bila ditanya sudah berapa kali pn menjalani rawtan.." 12 kali sudah..". sekarang rawatan berkala. Tampak masih sihat dan rambutnya juga sudah tumbuh kembali lebat....Masya Allah.
Seorang anak muda berusia 20an..anak sulung satu keluarga dari Terengganu. " Kami datang dari K.Terengganu pagi tadi lepas sahur...". beritahu adik perempuan pemuda yang sakit cancer di dalam perut..
" Dr kata abang tidak boleh menjalani rawatan yg lain2 selain chemo teraphy sahaja....". Si adik dan ibu menitis air mata sambil bercerita kepada Ummi...
Bila si pemuda keluar dari bilik rawatan Ummi mengucapkan salam kepadanya...dan bertanya namanya. " Ahmad.." katanya (bukan nama sebenar). " Takpa Ahmad , sakit di dunia sedikit sahaja tiada taranya dengan sakit di akhirat. Jika kita sabar Allah lagi sayang kepada kita...". Ahmad hanya tersenyum dan mengangguk kepala. Agaknya tanda setuju. " Ia tadi saya nampak kamu membaca buku Allah Sayang Kamu, sama buku tu . anak saya juga diberi oleh kawannya buku tu..". terang si ibu yang agaknya sedari tadi memerhatikan Ummi membaca buku yang dihadiahkan oleh teman Ummi Dr Azizah. Rupanya buku itu sama dengan buku anaknya...namun Ummi tidak pula berkenalan lebih lanjut dengan keluarga ini, kerana mereka akan pulang semula ke Kuala Terengganu petang itu juga..
" Puan Dr Pakar ingin bertemu puan sekarang di bilik depan..". beritahu nurse kepada Ummi. Ummi bergegas bangun dan mendapatkan Dr Pakar ....
" Rawatan kamu hari ini ditangguhkan sbb kita kena tengok laporan Ct Scan tu dahulu...samada perlu diteruskan atau kena diberi ubat yang baharu pula...".
Setelah perbincangan dengan dr Ummi pun pergi mengambil ubat vitamin yang dicadangkan sementara menunggu tempoh perbincangan lanjut pada 15/8 pula...Dr mencadangkan jikapun rawatan akan diteruskan ia hanya akan dijalankan selepas hari raya...
Tghri itu, teman abah Hj Kamaruzaman dan isteri menemani ummi pulang ke Klang. Jzkk akh dan ukt moga Allah memudahkan urusan antum...
Ya Rabb Engkaulah sahaja Yang Maha Tahu akan penyakit yang ada dan Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan. Berilah aku kekuatan dan kesabaran..
Jadikanlah aku orang yang menang dengan Ujian....
Moga di bulan penuh keberkatan ini Allah memberiku petunjukNya apakah yang terbaik yang aku perlu ambil dalam situasi ini..samada meneruskan rawatan atau ada pilihan yang lain...
Ya Allah aku mendambakan hidayah dan petunjuk serta rahmatMu Ya Allah...
Terimalah amalku, hidup dan matiku keranaMu ya Allah..
Ampunilah dosa2ku ya Allah...
Dari perkongsian teman2 pesakit,
Aku mengerti erti sabar, redha, tawakkal dan kasih Allah buat hambaNya yg ditakdirkan...
Ummu Wardah.
17 Ramadhan 1433.
No comments:
Post a Comment