Wednesday, October 24, 2012

Puasa Hari Arafah 1433

Esok ...Hari Arafah....
di sunatkan kita berpuasa pada hari tersebut kerana kelebihannya..


Memetik kata2 sahabat yang mengesani hati dan sanubari...

Syukran..ya Ukhti:

1) " Mari kita sama2 puasa Hari Arafah. Moga2Allah ampunkan dosa2 kita setahun lalu dan setahun akan datang. Siapa yang tidak merebut keampunan Allah bereti dia tidak takut kepada api neraka. Siapa yang tidak takut kepada api neraka bererti dia tidak sayang kepda dirinya. Siapa yang tidak sayang kepad.a dirinya bererti dia tidak hargai nikmat hidup yang Allah beri. Siapa yang tidak hargai nikmat hidup yang Allah beri, alangkah malang dan kasihannya. Takut2 termasuk dalam golongan orang yang buta hati. Kalau sudah buta hati tiada guna cahaya walau seterang matahari..".
Ust Maznah Daud
2) 
اللهم بلغنا يوم عرفه وأجعل لنا فيه دعوة مستجآبه                                                                    

terbayang hari kita akan dibangkitkan semula dan berhimpun, "
Ukhti Sumayyah Abdul Aziz
 3)           Ia datang setahun sekali untuk kita membuat refleksi...bonus dan kesempatan Allah tawarkan kepada kita untuk memohon keampunan kepadaNya...seiring dengan para hujjaj di Makkah...jom mereka yang saya kasihi...usah lepaskan peluang ini, semoga Allah perkenankan segala doa kita, ameen " 
Ukht Norhayati Siddik.

JOM KITA PUASA ESOK......

 
 

Tuesday, October 23, 2012

Muhayyam laagi....Rimba Tamu Camp, Batang Kali.

Pada 19 - 20 Oktober 2012 sekali lagi Ummi menyertai Muhayyam yang diadakan di Kem Rimba Tamu di Batang Kali Selangor. Program yang diadakan atas inisiatif 4 daerah : Ikram Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat. Peserta dan fasi seramai hampir 40 orang telah berkampung selama 2 hari 2 malam.....dengan tema : Ukhuwwah Teras Kegemilangan telah dipilih sebagai tema Muhayyam kali ini. Seramai 7 orang peserta dari Ikram Daerah Kuala Langat telah menyertai muhayyam kali ini.

" Ummi ...Sofiah ikut ya....nak mandi sungai..boleh kan Mi..". rayu Sofiah pada Ummi bila dilihat Ummi berkemas pakaian dan beg untuk ke program Muhayyam...

Belas pula Ummi dan tak sampai hati nak meninggalkan dia di rumah kali ini. Permusafiran sebelum ini Sofiah juga di tinggal di rumah.

" Bawa jer lah Ummi Sofiah tu...naik bas . mesti dia happy..". Ujar Baba melalui telefon, menggalakkan Ummi membawa Sofiah. Akhirnya setelah difikirkan banyak perkara Sofiah telah menyertai perkemahan kali ini. Punyalah semangat, dengan tangkas sekali Sofiah mengemas dan menyiapkan barang2nya dibantu oleh Kak Long....

Setelah bersiap, hampir 9.30 malam kami pun pegi ke pejabat Ikram Klang dihantar oleh kak Long dan menginap di situ . Sebenarnya semua peserta di minta bermalam di situ kerana besoknya kami akan ke tempat perkemahan seawal 7.00 pagi dengan bas.

Setelah semua peserta diberi sedikit taklimat, serta pembahagian kumpulan, program dimulai dengan ucapan oleh Pengarah Program dan bermula slot 1: Program Tautan kasih yang dikendalikan oleh Ukht Siti Khadijah Abd Manan. Seusai penerangan bagi aktiviti 1...kami pun bersiap untuk tidur kerana pukul 4.30 pagi para peserta diminta qiam seterusnya solat subuh dan membaca makthurat dan terus berkemas untuk menaiki bas...
" Semua peserta diminta membawa semua barang tepat pukul 6.45 pagi ke bawah siap sedia dengan pakaian yang sesuai untuk aktiviti Muhayyam...". Demikian Ketua Camp Comanden memaklumkan kepada semua peserta sebelum kami tidur malam itu...


 Aktiviti Mandi sungai dalam Evening work....Tercapailah hajat Sofiah nak mandi sungai...dengan puas hati..

 Berendam kaki di Kolam Air Panas Hulu Tamu...dengan penerangan rengkas kebaikannya oleh Ust. osman pemilik Rimba Tamu camp.


Salah satu hasil kreativiti kumpulan...Kolaj Cintai Alam...dalam slot: Evening Work..



Restoren Kalimantan....di Cimanis...

Ikan Patin masak Dalam Bambu....yang special.

Deretan ikan dalam bambu yang sedang disalai/bakar atas bara api....

 Kolam ikan patin.........

 Minuman special...Air kelapa + air jeruk ( limau tempatan ) satu lagi minuman kreatif Indonesian jus ..selain Jus Avocad dan Jus Sirsak....Minuman yg sesuai diminum selepas makan ikan patin dalam bambo tu...Emm..Yummy..


Jus Kelapa muda + Jeruk...pertama kali jumpa...

Kenderaan Special ke kg2 yang padat dan melalui jalan2 yg kecil dan sempit di Jakarta..


Deretan panjang keenderaan ini..lupa namanya..mcm dalam filem bolywood..


Jalan2 cari makan..

Restoran Bali.....Smarapura, Jakarta.







Pelbagai gaya duduk boleh dipilih...makan sambail sila, berbaring atau duduk di bawah pondok gazebo, bawah pokok rimbun atau berdua bagai memadu kasih...dengan bercahayakan lilin...dan deburan kecil tasik buatan di tengah restoren...diringi muzik gamelan sayup2....Emmm...bagai di syurga .....(dunia).





Nasi Bali dengan Cili manuk....semua masakan Bali pedas-pedas belaka.

Sunday, October 21, 2012

Jalan2 di Tanah Abang...

  

Di depan Kedai Batik. Amat banyak batik yang menawan hati. Cadangan di hati tak mahu membeli nampaknya kantoi...kerana nampaknya rambang mata melihat batik yang beraneka corak....

Batik jawa............
.

 Kg di pinggir Jakarta..                       

Sawah padi ..seperti gi kg kami ..........

Ibu Desty.....peneman kami memilih batik di Tanah Abang...perkenalan dan persahabatan...terima kasih tidak terhingga buat Ibu Ani dan Ibu Desty...

Jakarta .....oh Jakarta..

Jaulah ke Jakarta 
Lapangan terbang soekarno Hatta...

Wednesday, October 17, 2012

Sejarah : Syahidnya Tok Janggut........

Begitu sadis tindakan British lakukan terhadap Tok Janggut. Mayatnya digantung dan diarak dengan tujuan hendak memalukan pejuang Muslim yang pertahankan hak rakyat muslim yg majoritinya berbangsa melayu ketika itu.. tiba2, yg terlibat sama dalam melakukan penghinaan terhadap jenazah Tok Janggut ini adalah orang melayu yang menjadi barua British....

Lihat polis British dari kalangan orang Melayu, jadi barua, pengkhianat kepada sebuah perjuangan suci.

Monday, October 8, 2012