Tuesday, October 23, 2012

Muhayyam laagi....Rimba Tamu Camp, Batang Kali.

Pada 19 - 20 Oktober 2012 sekali lagi Ummi menyertai Muhayyam yang diadakan di Kem Rimba Tamu di Batang Kali Selangor. Program yang diadakan atas inisiatif 4 daerah : Ikram Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat. Peserta dan fasi seramai hampir 40 orang telah berkampung selama 2 hari 2 malam.....dengan tema : Ukhuwwah Teras Kegemilangan telah dipilih sebagai tema Muhayyam kali ini. Seramai 7 orang peserta dari Ikram Daerah Kuala Langat telah menyertai muhayyam kali ini.

" Ummi ...Sofiah ikut ya....nak mandi sungai..boleh kan Mi..". rayu Sofiah pada Ummi bila dilihat Ummi berkemas pakaian dan beg untuk ke program Muhayyam...

Belas pula Ummi dan tak sampai hati nak meninggalkan dia di rumah kali ini. Permusafiran sebelum ini Sofiah juga di tinggal di rumah.

" Bawa jer lah Ummi Sofiah tu...naik bas . mesti dia happy..". Ujar Baba melalui telefon, menggalakkan Ummi membawa Sofiah. Akhirnya setelah difikirkan banyak perkara Sofiah telah menyertai perkemahan kali ini. Punyalah semangat, dengan tangkas sekali Sofiah mengemas dan menyiapkan barang2nya dibantu oleh Kak Long....

Setelah bersiap, hampir 9.30 malam kami pun pegi ke pejabat Ikram Klang dihantar oleh kak Long dan menginap di situ . Sebenarnya semua peserta di minta bermalam di situ kerana besoknya kami akan ke tempat perkemahan seawal 7.00 pagi dengan bas.

Setelah semua peserta diberi sedikit taklimat, serta pembahagian kumpulan, program dimulai dengan ucapan oleh Pengarah Program dan bermula slot 1: Program Tautan kasih yang dikendalikan oleh Ukht Siti Khadijah Abd Manan. Seusai penerangan bagi aktiviti 1...kami pun bersiap untuk tidur kerana pukul 4.30 pagi para peserta diminta qiam seterusnya solat subuh dan membaca makthurat dan terus berkemas untuk menaiki bas...
" Semua peserta diminta membawa semua barang tepat pukul 6.45 pagi ke bawah siap sedia dengan pakaian yang sesuai untuk aktiviti Muhayyam...". Demikian Ketua Camp Comanden memaklumkan kepada semua peserta sebelum kami tidur malam itu...


 Aktiviti Mandi sungai dalam Evening work....Tercapailah hajat Sofiah nak mandi sungai...dengan puas hati..

 Berendam kaki di Kolam Air Panas Hulu Tamu...dengan penerangan rengkas kebaikannya oleh Ust. osman pemilik Rimba Tamu camp.


Salah satu hasil kreativiti kumpulan...Kolaj Cintai Alam...dalam slot: Evening Work..



No comments:

Post a Comment