Tarikh 25/9 hingga 4/10 merupakan tarikh2 yang Ummi amat kerap ke hospital.....
Bermula dgn tarikh 25/9...Ummi dgn abah ke HKL yg pertama menemuai Miss Aina Pakr bedah di klinik Payudara. Berbincang agak panjang dgn dr Pakar Pembedahan ini juga merupakan Ketua Unit Pembedahan di sini.
Selepas itu menemui pula Pakar Bius di klinik Anestesia.....setelah diamabil darah dan check jantung terus berbincang dengan dr pakar....dr tidak dapat memberikan jawapan positif prosedur seterusnya kerana jantung tidak begitu memeuaskan...lalu ummi dirujuk ke bahagian rawatan jantung di klinik Am di tingkat 1.
Selepas solat zohor , Ummi dan abah ke klinik Am menyerahakan laporan yang diberikan dr serta mengambil tarikh rawatan lanjut dgn pakar antung pula..
Jika jadi dan Allah kehendaki dr telah memberikan tarikh2 berikut buat Ummi:
27/9 ke klinik Kesihatan Kecil Bandar Botanik monitor BP,jantung dan Urin Test.
1/10 ke Kelinik Kesihatan Kecil Bandar Botanik lg...just ambil bacaan BP shj.
2/10 Ambil darah di Lab Darah HKL, untuk ujian jantung
3/10 ke tempat yg sama ambil bacaan BP dan jumpa dr dan diminta mkn ubat rawatan darah tinggi pula...
4/10 Temu janji dgn pakar jantung dan sesi Kaunseling
9/10 Temu janji dgn Miss Aina dan Dr Bius lagi...
10/10 akan masuk wad dalam proses surgery
12/10 tarikh surgery jika Dr Pakar jantung memberikan jawapan yang positif..
Mengenang tarikh2 ini Ummi membayangkan adakah dapat Ummi menghadirkan diri ke program Muhayyam/Perkemahan DPN yang akan berlangsung 5-7/10...??? Hati Ummi memang berbunga ingin menyertainya, apatah lagi kerana ia akan di adakan di sebuah pulau. Ada pulak aktiviti memancing yg Ummi minati semasa kecil dulu2 di kampung....Wlpn Ummi tahu pasti Ummi tidak dapat menyertai semua acara yang diadakan..Pada Ummi dapat turut serta pun dah amat syukur, kerana arif kemampuan diri...
" Takpalah tak dapat trecking dan berkayak..dulu2 kan dah lalui semua itu...". Hati ummi berdailog sendirian bagi menenangkan diri sendiri...aaaggrh...Alhamdulillah. Team kami pula akan bertolak pd 4/10 mlm....
Ummi hanya berserah pada Allah , jika ada kebaikan maka berilah peluang menghadirinya .
Sungguh Ummi yakin jika Allah kehendaki Ia akan memberikannya menurut apa yang dikehendakiNya..berlaku....
Kini Ummi benar2 pasrah segalanya pada ketentuannya..baik penyertaan ke Muhayyam ini dan juga proses rawatan yang akan dilalui selanjutnya...
Ummi mendapat rasa "amat tenang" dan " Tidak Keluh Kesah" " Happy utk menikmati hidup dgn masa dan peluang beramal yg ber Q yg masih diberi Allah ini" bila segalanya ummi rasakan Allah Maha melihat, Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana dalam mengatur kehidupan manusia dan alam ini segalanya...Ooohhh...Syukur Alhamdulillah...!!!
Ayuh para pembaca yang diberi situasi yang sama atau serupa ...mari kita terus tingkatkan amal terbaik yang kita mampu, walau apapun keadaan kita selagi Allah masih memberi nyawa, masa dan peluang....
Ingat para pembaca maksud hadis Rasullah," Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara....antaranya Hidup sebelum Mati....". Selagi ada hidup berusahalah..
Moga Allah ridhai serta ganjari amal ikhlas kita...
Ingat para pembaca maksud hadis Rasullah," Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara....antaranya Hidup sebelum Mati....". Selagi ada hidup berusahalah..
Moga Allah ridhai serta ganjari amal ikhlas kita...
Ummi Wardah.
Bdr Puteri
8/10
No comments:
Post a Comment