" Nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan.."
Diberi semula nikmat sihat, sukar selepas melalui fasa sakit dan susah, amat2 dirasai hanya bagi yang melalui. Sungguh orang kata yg ditakdirkan perlu redha dan sabar. Namun hakikatnya ridha dan sabar itu suatu anugerah Allah yg juga diberi bagi mereka yang dikehendakiNya.
Sekalipun sakit adalah satu ujian dan tarbiah diri tetapi yang berjaya melaluinya dengan jayanya jika kita berpegang teguh dengan keimanan kepada Allah. Kerana iman itu menjadi asas kekuatan utuk terus sabar menanggung segala kesusahan dan kepayahan ketika diuji. Jika Iman tidak menjadi asas diri benar.....sakit boleh menyebabkan seorang itu kufur dan bertambah ingkar.
Berapa ramai yg diuji dengan ujian; sakit, susah, sukar, miskin ia mudah meninggalkan perintah Allah bahkan bersangka buruk pula dgnNya. Ramai yang diuji dengan sakit dan kesusahan mudah melanggar etika dan norma yang menjadi pegangan dan panduan...bahkan menjadi lambang akhlak mulia seseorang. Waliyazubillah..
Justeru mohonlah selalu agar Allah tetap menjadikan diri kita thabat dan istiqamah dengan keimanan yg sempurna ( salimatul iman ) ugaa yang kukuh, keyakinan yang benar.
Syukur padaMu ya Allah atas segala kurniaanMu. Kupohon padaMu agar hidup terus diberkati......
Assalamualaikum WTB, sekiranya puan terbaca. Saya ingin bantuan puan untuk mengesan Pn. Marhamah Hj. Rosli. Saya percaya puan kenal beliau.
ReplyDeleteTolong email saya di echamyda@hotmail.com.
Assalamualaikum WTB, sekiranya puan terbaca. Saya ingin bantuan puan untuk mengesan Pn. Marhamah Hj. Rosli. Saya percaya puan kenal beliau.
ReplyDeleteTolong email saya di echamyda@hotmail.com.