Monday, January 10, 2011
Tuesday, January 4, 2011
Terima Kasih Israel...????
"Terima Kasih Israel"

Assalamualaikum
Bersama kita memuji Allah S.W.T dengan menyebut Alhamdulillah. Bersama kita berselawat untuk Nabi S.A.W dengan menyebut Sallahu ala Muhammad Sallahu alaihi wassalam. Bersama kita mendoa untuk para sahabat baginda dan ahli keluarga baginda dan doa yang beterusan untuk pengikut-pengikut baginda hingga hari Qiamat.
Berlalunya 2010 dan munculnya 2011, menandakan kita semakin hampir dengan hari dibangkitkan dan hari pembalasan. Sudahkah kita bermuhasabah apa yang kita kerjakan sepanjang tahun lepas. Dan sudahkah kita merancang apa yang akan dikerjakan sepanjang tahun hadapan pula. Tanpa rahmat Allah, amal kita yang sedikit ini tidak bermakna di hadapanNya.
Belum sampai setahun usia pendaftaran Aqsa Syarif. 4 Febuari 2011 baru genap setahun. Namun saya bagi pihak BoT Aqsa Syarif mengucapkan tahniah dan terima kasih JZKK kepada seluruh sekretariat Negeri & Daerah, seluruh sukarelawan, pendokong dan penyokong amal Palestin seluruh negara mahupun di luar.
Tahun 2010 menyaksikan anjakan besar Aqsa Syarif mengambil tempat sewajarnya dalam perjuangan Palestin. Walau dilaporkan beberapa kejayaannya, namun kami BoT Aqsa Syarif sentiasa merasa bersalah di hadapan Allah S.W.T kerana masih banyak kerja yang ditagih belum tercapai.

Saya teringat satu tazkirah ringkas yang dibuat selepas solat Asar di masjid Abd Rahman Auf, Suweileh, Amman, ketika saya masih belajar di Universiti Jordan. Dr Hamam Said dalam tazkirah itu mengucapkan “terima kasih” kepada kerajaan Penjajah Israel. Kami terpinga-pinga.
Apakah balaghah yang digunakan oleh Dr Hamam Said di sebalik ucapan sebegitu. Sejak 1948 Israel menjajah, isu Palestin semakin sejuk. Namun bila Israel melakukan beberapa kesilapan, dunia semakin celik tentang isu Palestin.
“terima kasih” seumpama yang disebut oleh Dr Hamam Said membawa maksud kekejaman Israel itu sendiri telah membuka jalan untuk kita mengerjakan mereka pula.
“terima kasih” kepada Israel yang dimaksudkan oleh Dr Hamam Said adalah penghinaan untuk mereka, dengan bahasa balaghah yang tinggi. Kita gunakan bahasa balaghah ini pula untuk menyaksikan apa yang sedang berlaku kini.
Kita sukarelawan Palestin hampir putus idea untuk menjulang isu Palestin ke mata dunia antarabangsa malah nasional. Namun Allah S.W.T aturkan kesilapan Israel menyerang Gaza akhir tahu 2008 dan awal tahun 2009, dinamakan perang 22 hari itu. Ia telah mengejutkan semua.
Perang Gaza tempoh hari menyaksikan statistik: Seramai 1,440 orang mati syahid. Mangsa yang cedera seramai 5,450 orang. Mangsa yang hilang tempat tinggal seramai 9,000 orang. Sebanyak 27 masjid telah dimusnahkan. Sebanyak 67 buah sekolah telah rosak atau musnah. Sebanyak 34 buah pusat kesihatan dimusnahkan.

Seluruh dunia Islam bangkit membuktikan simpati dengan menghantar pelbagai bantuan. Seluruh dunia bukan Islam tertanya-tanya kezalaiman apa yang sedang berlaku. Namun mereka kaku tidak membantu. Kalau ada pun terlalu sedikit.
Gabungan Aqsa Syarif bersama Haluan Palestin, Yayasan Amal, Muslim Care, Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) di bawah payung IHH Turki, melalui bahtera terkenalnya Marvi Marmara dan gabungan Aqsa Syarif dalam Konvoi Daratnya bersama Viva Palestina Malaysia di bawah Viva Palestina UK telah menggoncangkan isu Palestin di peringkat antarabangsa.

Kini Israel semakin cemas menghitung hari-hari kemusnahannya. Telah mencecah lebih 100 negara cuba mengiktiraf Negara Palestin di atas muka bumi ini. Gelombang kebangkitan ini tidak boleh ditiup padam dengan mulut pemimpin Israel atau sekutu besarnya Amerika Syarikat.
Tersusunnya kebangkitan Islam melalui isu Palestin ini sangat halus dan sangat unik. Kita yakin ia adalah perancangan Allah S.W.T. Kita manfaatkan semangat kemanusiaan atau semangat keadilan. Kita manfaatkan gerakan Islam mahupun NGO-NGO pelbagai. Kita manfaatkan pemerintah dari masyarakat Islam mahupun pemerintah bukan Islam. Semuanya mengheret untuk membantu Palestin.
Membantu Palestin bererti memerangi Israel. Memerangi Israel menepati surah al-Fatihah, “Bukan jalan yang dibenci”. Saya hampir menitiskan air mata bila melihat seorang bukan Islam melemparkan botol coca colanya dengan mengatakan “saya kini boikot minuman ini”.
Aqsa Syarif menanyakan kepada anda, apa perasaan anda apabila melihat wanita yang belum bertudung memegang bahan jenama Loreal, sambil berdiri di pasar lambak, di khalayak ramai melaungkan boikot barangan yang menguntungkan Israel.
Ini adalah kebangkitan besar yang rugi kalau kita tidak secara serius bangkit untuk memimpin bersama dalam arus perdana ini.

Aqsa Syarif kini menaja 430 orang anak yatim samada di Tebing Barat mahupun di Gaza. Agak renyah menyantuni urusan anak yatim tersebut samada mengingatkan amanah bulanan para penaja, menghantar wang, resit dan sebagainya. Namun, semuanya dapat dibaiki dari masa ke semasa. Kami berbangga dengan sikap pemurah ibubapa penaja angkat kepada anak yatim tersebut. Kami sentiasa mendoakan penaja-penaja tersebut.
Tahun 2011 ini, kita ingin mencapai sasaran tajaan 1,000 anak yatim. Saya percaya ramai lagi warga Malaysia yang bersedia untuk menjadi keluarga angkat mereka. Peluang ini terbuka luas. Kami juga yakin ramai juga yang tidak mampu untuk menaja tetapi ingin mendapat pahala sebagaimana pahala penaja. Maka teruskan berkempen untuk mendapatkan penaja-penaja baru.
Hujung tahun 2010, kita mampu menghantar RM180 ribu untuk kemudahan saudara-saudara pelarian Palestin kita di Lubnan melalui bantuan Wisma Putra. Bantuan Aqsa Syarif ke sana juga dilaksanakan melalui kerjasama Bersamamu Palestin. Ia satu projek mulia TV3 dan Media Prima. Bersama kita ketika itu penyanyi Faizal Tahir.

Ya! 2011 kita tidak boleh mengabaikan keperitan hidup yang mereka hadapi. Mereka terus “terpenjara” di bangunan-bangunan sempit. Melarat di perkhemahan Lubnan itu. Ada sedikit berita gembira dari Parlimen Beirut. Mereka telah meluluskan sedikit kelonggaran untuk mereka nikmati hidup yang lebih selesa. Tetapi ia belum mencapai taraf yang sewajarnya.
Peluang pekerjaan terbatas. Mereka tidak boleh ceburi 70 jenis pekerjaan. Malah, mereka tidak boleh memiliki permis hartanah, perniagaan mahupun berkongsi hidup dengan rakyat tempatan. Aqsa Syarif bersama anda tidak boleh pandang remeh penderitaan itu. Kita akan hamparkan projek-projeknya di Lubnan lebih rancak dari 2010.
Di Gaza pula, Aqsa Syarif telah menceburi beberapa projek untuk hospital kanser dan sekolah. Tidak ketinggalan juga kita menaja projek besar kandang lembu yang menelan belanja hampir Euro 100 ribu. Membolehkan ia terus beroperasi setelah terbengkalai sebelumnya. Syukur kepada Allah S.W.T.
Tahun 2011, terdapat 6 projek besar yang melambaikan tangan kepada rakyat Malaysia melakukan sesuatu. Aqsa syarif sedang bertungkus lumus untuk menjayakan projek kilang roti rakyat Malaysia. Selepas terbinanya kilang roti rakyat Bahrain, ia akan menjadi kilang roti kedua di seluruh Gaza.

Rakyat Palestin dihujani dengan peluru pada bila-bila masa. Pada masa yang sama mereka terpaksa membina generasinya dan membina fizikal pembangunannya serentak. Malangnya, segala-galanya terbatas. Aqsa Syarif dan rakyat Malaysia tidak mampu ke sana untuk membantu mereka. Namun, dengan adanya kandang lembu dan kilang roti, kita telah menyelesaikan masalah besar mereka iaitu makanan. Alangkah baiknya jika kita membantu mengurangkan kesibukkan mereka mengurus makanan. Supaya, dapatlah mereka menumpukan perhatian kepada urusan lain yang lebih penting.
Aqsa Syarif mensasarkan projek kilang roti yang menelan belanja RM 650 ribu itu siap urusannya pada 9 Mac 2011. Semoga ia menjadi mercu tanda kejayaan rakyat Malaysia di sana.

Aqsa Syarif percaya Israel yang kelihatan tersepit itu akan mengganas untuk tahun-tahun mendatang. Namun, kita berpegang kepada hadis Nabi S.A.W untuk tidak bercita-cita membunuh dan dibunuh. Kita sentiasa mencari “a’fiah” . Aqsa Syarif bersedia memimpin mencari kesejahteraan dan keamanan.
Tekanan media, politik dan ekonomi adalah bukti kita berhadapan dengan musuh Allah dan musuh dunia itu dengan kematangan yang tinggi. Namun, kalau mereka yang mencetus peperangan, kita serahkan mereka kepada Allah S.W.T . Kita serahkan juga kepada seluruh penduduk dunia untuk mengerjakan si Yahudi yang dilaknat Allah itu. Ya syurga Allah berada di bawah bayangan pedang hamba-hambanya.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahi Alhamd!!
USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS
Pengerusi AQSA SYARIF
Ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia
Ahli Persatuan Perubatan Darussyifa’ Malaysia
Thursday, December 30, 2010
Nila pokok Gharqad...
yang org Yahudi tanam utk bersembunyi seperti dinyatakan dlm hadis...berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum
Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu
berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Dan
bunuhlah ia!”, kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana
sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)”.
- (Riwayat Bukhari & Muslim)
4 Dari 6 Jenis Makanan Yg Menjadi Punca OBES di US....
Eemmm...agaknya mampukah kita mengubah cara pemakanan kita dan keluarga kita hari ini..??? Sekurang2nya mengikut yang teradisi pun memada..adat makan dalam budaya kita hakikatnya ia yang memang amat sesuai dan paling serasi dengan kesihatan kita..
Amat malang ya, bila anak-anak generasi muda hari ini sudah ramai yang tidak kenal makanan tradisi bangsa mereka lagi, apatah lagi memakannya........namun mereka amat tahu dan suka dgn makanan dari western yang cormfirm tidak sihat pun.......
Ummi Wardah.
Monday, December 27, 2010
Merry Krismas......Happy Kufur, Happy Syirik..???
Di petik dari Blog.SaifulIslam.com:
Entri ini mengingatkan Ummi suatu ketika dulu ketika Ummi menjejaki bumi europe ..juga hingga ke Dublin.....
Dalam perspektif yang berbeza..namun hati tetap tertanya2....sepanjang permusafiran ketika hari natal disambut di sana..rupanya amat banyak lagi yg tersembunyi di sebalik putih salji yang melatari Disember di serata benua Eropah.....
Moga dipanjangkan pengamatan ustaz di sini agar pembaca turut berfikir dan bermuhasabah diri..utk terus thabat dan kembali dgn JATI DIRI HAKIKI...
Ummi Wardah.
DISEMBER DI BARAT

Sepi di pagi Krismas di Belfast, boleh membunuh insan yang hidup dalam putus asa
Berada di Ireland pada bulan Disember, menjadikan kita keliru.
Sambutan Krismas bukan sebarangan. Kalau di Belfast, Galway dan Dublin, seawal 1 Disember, jalan-jalan utama sudah cantik dihias. Jualan murah di semua pasar raya. Santa Claus dan rusa-rusanya berada di mana-mana. Siapa yang tidak teruja?
Semuanya Krismas. Santa Claus, hadiah, membeli belah dan kad kredit!
MERRY KUFUR!
Tetapi saya tidak rasa ada iman di sebalik perayaan Krismas. Tidak ada unsur-unsur yang mengajak penganut Kristian, baik Katholik mahu pun Protestan, untuk mendekatkan diri kepada ‘tuhan’ mereka, kepada Jesus Christ. Krismas adalah pesta, kegembiraan dan keseronokan, serta kekecewaan dan kemurungan untuk homeless community.
Erti Krismas bagi orang Kristian, adalah terlalu jauh dari Tuhan, Isa dan Bible. Unsur pesta dan kewajipan berkumpul bersama keluarga, mendominasi suasana yang menyelubungi Krismas.
Kerana itulah, Sheikh Abd Rahim Green semasa berceramah di Masjid Dublin, kecewa dengan sikap umat Islam yang sibuk mahu mengucapkan Happy Christmas kepada orang Kristian.
“Kamu tahu apa ertinya ia kepada kami, para revert yang dahulu Kristian kini Islam? Apabila kamu mengucapkan Happy Christmas kepada mereka, yang kami dengar hanyalah Happy Kufur, Happy Syirik!” kata beliau.
TERBALIK
“Hairan ana, kalau kat Malaysia orang muda penuh berkumpul di stesyen bas dan keretapi untuk balik kampung. Tapi di sini, orang tua-tua pula yang penuh di stesyen untuk ke rumah anak-anak” saya mengadu kepada Nasreel, rakan serumah di London.
Kaget dengan pemandangan orang tua-tua beratur menaiki keretapi di stesyen Paddington menuju ke barat England.
“Biasa la ustaz. Londoners la katakan!” jawabnya sambil tersenyum.
Pemandangan di Heathrow juga tidak banyak berbeza. Ibu bapa mendamba diri ke rumah anak-anak.
KESYAHDUAN BUKAN KERANA AGAMA
Krismas juga menjadi hari derita bagi mereka yang tidak berkeluarga. Kadang-kadang saya sedih melihat keadaan diri mereka yang merayau dan merempat di lorong-lorong Belfast. Tidur entah ke mana, makan tak tahu cerita. Kebanyakkan melepaskan masalah hidup dengan ketagihan. Ketagih arak, atau dadah, atau seks… entahlah.

Namun ramai golongan homeless yang membunuh diri di musim Kristmas. Christmas Carol yang didendangkan, seperti irama neraka yang membunuh jiwa. Mereka tiada keluarga untuk dituju. Sepi dan keseorangan menghabiskan sisa-sisa hidup yang tiada makna. Perasaan mereka mungkin seperti perasaan sesetengah kita ketika mendengar Takbir di Hari Raya. Sedih… dengan kesedihan yang tidak datang dari iman.
KRISMAS DAN RAYA
Kadang-kadang saya terfikir, nasib Krismas dan Hari Raya tidak banyak berbeza. Kedua-duanya ditunggu oleh penganut agama masing-masing, tetapi bukan untuk membesarkan Tuhan. Krismas dan Hari Raya hanyalah sebuah pesta tahunan. Krismas dan Hari Raya adalah hari syahdu bukan pada muhasabah diri yang berdosa atau perpisahan dengan Ramadan yang meragut hari-hari keampunan. Krismas dan Hari Raya hanyalah hari rindu warga kota menebus dosa meninggalkan kekeluargaan dan persaudaraan selama ini.
Tangisan bukan tangisan iman. Senyum ketawa tiada kena mengena dengan Tuhan. Sama ada Kristian dengan Krismasnya, atau Muslim dengan Hari Rayanya, agama sudah diadatkan.
KRISMAS DI MALAYSIA
Saya jelek melihat warga kota di KL menyibukkan diri dengan Krismas. Wajah cekodok pisang bertopi Santa. Mata kecil Timur ber’ho ho ho’ di pasar-pasar raya. Apa yang diimport ke masyarakat kita sempena Krismas..??? bukanlah kesedaran untuk menghayati agama, tetapi kemiskinan jati diri warga kita yang terlalu kemaruk untuk menjadi Barat.
Apabila menonton NTV7 dan 8TV, saya semakin jelek dengan gelagat ‘orang-orang urban‘ yang terdesak untuk menjadi Barat. Desperado!
Inilah hasil didikan Barat, seperti yang dimahukan oleh Thomas Babington Macaulay, pegawai pendidikan British yang merangka sistem pendidikan untuk negara-negara jajahan seperti India. Apa yang beliau mahukan ialah “Indian in blood and colour, with English in taste“.
Di Malaysia, kita ada ramai Melayu yang berdarah dan warna Melayu, Cina yang berdarah cina dan warna Cina, serta India yang berdarah India dan berwarna India, tetapi mempunyai selera pemikiran dan perasaan Barat. Golongan ini, sama ada yang mem’perang’kan rambut atau tidak, tidak pernah diterima sebagai Barat oleh Barat. Hanya mereka sahaja yang tergila-gilakan Barat. Membodohkan diri seolah-olah malu dirujuk sebagai Timur, sebagai Islam.
Malah saya fikir, keghairahan orang Malaysia hari ini untuk meninggalkan Islam dan beralih kepada agama Kristian, bukanlah kerana yakin dan penuh iman kepada syariat Bible. Tetapi gejala murtad yang berlaku adalah berpunca daripada usaha melepaskan diri dari ikatan agama, agar tidak dihukum dosa ketika menjamah arak dan zina.
Mengapa? Kerana agama Kristian didakyahkan sebagai agama accomodative yang menawarkan pengampunan, yang memberikan ‘harapan’, sedangkan pelaku dosa itu, misalnya penzina, di mata Islam, adalah sasaran lontaran rejam batu dan sebatan.
Pada saya, gejala murtad dan pesta Krismas, adalah rentetan pseudo-religion dan bukannya agama sebenar. Gejala Muslim murtad adalah gelombang pemergian kelompok ini kepada pseudo-religion. Ia tidak meninggikan syiar Kristian, tetapi hanya alasan untuk bebas dari agama dan Tuhan.
Malaysian dan perangainya melahirkan hamba hiburan dan pesta. Orang-orangnya mahu memalsukan semua agama dari soal iman dan pencarian terhadap hakikat kebenaran, kepada adat resam dan budaya semata-mata, adat resam yang tiada kena mengena dengan Timur, tiada kena mengena dengan Islam.

Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Sesungguhnya kamu akan menurut langkah orang terdahulu dari kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah bila mereka masuk lubang biawak sekali pun kamu turut menurutnya. Para sahabat bertanya: Adakah yang dituruti itu Yahudi dan Nasrani? Rasulullah lantas menjawab, siapa lagi kalau tidak mereka itu. [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Laporan akhbar METRO Ramadhan 1429 ini, mencapai kemuncak apabila anak Muslim berbangsa Melayu, berpuasa dan berbuka puasa dengan arak! [Laporan 1] [Laporan 2]
Inilah beban derita, berfikir tentang agama manusia di akhir zaman era Dajjal...
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
Friday, December 24, 2010
Fried Fish May Explain 'Stroke Belt' Mystery



Too much fried fish may contribute to the high rate of stroke in America's "stroke belt," according to a new study.
The results showed that people living in the stroke belt - including residents of North Carolina, South Carolina, Georgia, Alabama, Mississippi, Tennessee, Arkansas and Louisiana - were about 30 percent more likely to eat two or more servings of fried fish every week than those living in the rest of the country, the researchers said.
Eating fish can be healthy - fish are key sources of omega-3 fatty acids, which previous studies have shown to be associated with reduced risk of heart attack and stroke. The American Heart Association recommends people consume at least two meals containing fish per week.
However, there is evidence that frying fish reduces their amount of omega-3 fatty acids. Frying is also associated with an increase in the food's fat and calorie content.
"The differences in dietary fish consumption, and specific cooking methods - frying - may contribute to the higher rates of stroke among those who live in the stroke belt and among African-Americans," Nahab told MyHealthNewsDaily. Fadi Nahab is a study researcher of Emory University in Atlanta.






