E'idul Adha datang lagi...
Setiap tahun kita semua menyambut Aidul Adha. Popularnya kerana sambutannya dimeriahkan dengan ibadah korban. Setiap surau-surau atau masjid pasti ada sembelihan korban. Jika di bandar-bandar seperti Lembah Klang ini..setiap masjid pasti lebih 10 ekor lembu tumbang sebagai menunaikan korban oleh penduduk setempat. Banyak daging korban diagihkan untuk penduduk sekitarnya.
Kebanyakan masjid atau surau mengadakan ibadah korban ini selepas solat sunat E'id. Tetapi tahun ini banyak surau dan masjid yang menangguhkannya di hari kedua kerana E'idul 1430 jatuh pada hari Jumaat. Oleh kerana bimbang mengganggu jamaah untuk menunaikan solat Jumaat berjamaah maka ibadah korban ditangguhkan.
Keharusan membuat pilihan samaada memada solat sunat Eid sahaja atau menunaikan juga solat jumaat berjemaah, menjadi perbincangan. Wujud dua pendapat yang boleh difikirkan. Sesungguhnya mencari suatu yang lebih jelas berdasarkan ilmu menjadi kewajipan muslim.
Pendapat pertama mengatakan harus solat keduanya. Pendapat kedua pula mengatakan harus memilih salah satu. Hujjah yang diberi memada memilih salah satu kerana sudah terlaksana maksud 'berhimpun' dengan solat eid itu. Jadi tidak perlu menunaikan dua perhimpunan dalam hari yang sama.
Namun kenyataan sedemikian perlu dicari hujjah dan dalilnya. Ini bagi mengurangkan perselisihan antara umat Islam yang bersaudara...
Kesimpulannya, jika kita nak beramal pastikan ada sumber dalil Qateiynya. Pastikan kita beramal mengikut sunnah sekalipun amalan/ibadah yang kecil-kecil sahaja. Namun Allah memandang amalan kita bukan mengikut saiznya sahaja. Jika ikhlas insyaAllah sekalipun kecil ia menjadi amat besar di sisi Allah...!!
Seterusnya kita berusaha memenuhi tuntutan amanah dan tanggungjawab sebagai 'khalifah ' di atas muka bumi dengan sebaik mungkin.
Bandar Puteri
28 Nov 2009
No comments:
Post a Comment