Tuesday, December 8, 2009

Ulasan UD Presiden 09

Hari ini dlm sejarah....!
Buat pertama kalinya Ummi dipilih mengulas ucapan dasar Presiden ..bukan sekadar seorang pemimpin tertinggi tp dia adalah Naqib ummi suatu ketika dulu. Bicaranya mengenai kajiannya berkaitan ideologi'sesat' pelbagai 'isme' juga bukan pertama kali..bahkan seingat ummi antara pengisian yg diberinya dlm usrah ummi sekitar 86-89 dulu, tajuk yg sama.

Lalu hari ini, eemm ummi mengulas apa yg Naqib fikirkan dimindanya.....hati ummi memang ...agak risau apa mampukah ummi memahami dan berkongsi dgn perwakilan apa yang tersurat dan tersirat di minda periseden .......!!

Bila diumumkan jadi pemenang ke 2 kat;pengulas terbaik...Alhamdulillah rupanya ummi masih mampu memikir secara konstruktif pemikiran pimpinan.......
Moga Allah memberi dan memelihara kekuatan minda untuk ummi terus memanfaatkannya di jalan dakwah ini. Moga dgnnya kalimah Allah akan kembali di kedudukannya sewajarnya......!!

Ummi perturunkan petikan dari ulasan ummi itu. Moga ada manfaat buat anak2 ummi dlm meniti jalan membina jati diri muslim sejati.


Perbahasan Ucapan Dasar Presiden 2009

تبارك الذى بيده الملك وهو على كل شىء قديرْ. الذى خلق الموت والحياة ليبلوكم ايكم أحسن عملا.

MUKADDIMAH

1.0 Tazkirah/Ingatan semula ‘hakikat kita’. Silibus lama tapi diulang-ulang kerana agaknya suatu yang sentiasa relevan. Memastikan duaat JIM ini terus gagah perkasa. Tapi bahasa yang digunakan presiden bahasa cikgu yang suara ‘perlahan’. “ Speak softly and carry a big stick”. Presiden menunjuk qudwah………….?

FOKUS

2.0 Usaha/Langkah ke hadapan merealisasikan RJIM2,3-4. Seperti yg diketengahkan dlm majmuaah Rasail : Usul عشرين: Al-Fahmu الفهـم

Bil

Usaha/Langkah

Intisari

2.1

Memahami sejarah

- Sejarah Kita: Pengasas2 JIM/As-Sabiquun nal Awwalun

- 3 Perkasa asas yg dibina:

- Kenal Islam yg Syumul & way of life

- Mencintai Ilmu-ilmu Turath Islami dari sumber yang lebih meyakinkan dan mendalam. Membudayakan penggalian ilmu Islam.

- Ukhuwwah yg merentas benua dan etnik berasaskan sumber AQ “ Yg paling Mulia disisi Allah ialah Yg paling bertaqwa “.

- Meyakini kewajipan/ keperluan berdakwah BEORGANISASI dan mengenali rakan-rakan yg senada di seluruh dunia yang universal ini.

Seterusnya dlm hantaran berikutnya...i.Allah.

Moga kita semua terus berjaya..akhirnya.

Ummi Mar
Bdr Puteri

No comments:

Post a Comment