Cinta & Remaja...!!
Benarkah Cinta itu Indah..?
Perlukah setiap remaja melalui Alam Bercinta..?
"Dialog murid & guru GBKSM"
Ahmad (bukan nama sebenar) seorang murid yang lampai. Berkulit putih cerah.Baru di tingkatan dua. Antara murid di kelas cemerlang. Wajahnya handsome. Mudah tersenyum. Ringan tulang membantu cikgu. Berbudi bahasa orangnya. Anak sulung lelaki di dalam keluarganya. Memang 'pantas' peribadinya sebagai ahli "Rakan Membantu" di sekolah Ummi.
Suatu hari dia bertemu ummi di bilik UBK sekolah.
" Ust sebok ..? jika ust lapang saya ingin nak berbincang sesuatu". Ahmad meminta izin pada Ummi hari itu. Setelah Ummi memberi keizinan Ahmad terus melabuhkan punggungnya di sofa panjang di ruang tamu Bilik Ummi bertugas. Duduk di sofa sisi sambil menunggu Ummi menghabiskan sedikit tugasan yang sedang dilakukan. Setelah itu, Ummi menutup notebook dengan kemas. Tujuan Ummi untuk memberi perhatian yang sewajarnya ketika bercakap dengan Ahmad nanti. Memberi perhatian kepada klien sepenuhnya merupakan antara teknik yang wajib seorang kaunselor memahami dan menggunakannya ketika mengadakan sesi terapi.
Setelah bertanya Ahmad apa yang ingin dibincang , inilah antara dialog antara Ummi danAhmad. Moga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan panduan.
Ahmad, "Apa pandangan ustazah. Saya rasa.. saya sedang bercinta".
Ummi, "Ooo...Ahmad dah besar...!". Sampuk Ummi memahami perubahan dirinya. " Betul...Ahmad sedang bercinta..?".Soal ummi ingin kepastian.
" Eeh..saya rasalah..". jwb Ahmad sambil tersenyum malu-malu.
"Macam mana Ahmad yakin Ahmad dah jatuh cinta..?". Soal Ummi menduga.
" Sebab rasa ingin nak jumpa,bercakap dll". Terang Ahmad lanjut. " Oooh..rasa rindu..?" Ummi terus meneroka perasaan Ahmad. Ahmad mengangguk tanda setuju. Matanya berkaca-kaca. Senyum simpul pula. Fikirannya jauh, seolah-olah mengenangkan sesuatu.
Ummi," OK sejak bila Ahmad mula bercinta...?". " Tahun lepas lagi. Tapi agak serius awal tahun ini. 2009 ni lah". Terang Ahmad lagi dengan ramah.
" Dengan siapa gerangan gadis tu Ahmad..". soal Ummi lanjut. " Pelajar di sekolah lain. Di sebuah SMK di Pulau Pinang ". " Oo..jauhnya ...macam mana ahmad boleh kenal dia..?" Soal Ummi lagi. "Dulu dia dan keluarganya pernah tinggal di Lembah Kelang. Ada satu program tu kami jumpa di situlah.". Terang Ahmad terus terang. "Sekarang masih berhubung lagi..?" Ummi menduga lagi. "Sekarang dah tak. Sebab saya putuskan. Diapun dah tak hubungi saya lagi". Jawab Ahmad bersahaja.
"Ahmad Kecewa..?". Soal ummi menyelami perasaan Ahmad akibat tindakannya. " Eeerr..Entah lah..". Jawab Ahmad sambil merenung jauh, selepas itu tersenyum dan memandang tepat wajah Ummi. Tampak wajahnya bersahaja semasa menberi jawapan itu. Pada pandangan Ummi tidaklah Ahmad menunjukkan rasa kecewa. Tapi mungkin ragu-ragu.
"OK..sebab apa Ahmad putuskan..?". Ummi terus ingin tahu. " Sebab saya rasa payah la ustazah. Tak baik kot.Entahh..."." Ooo..... Dulu kenapa Ahmad bercinta ya..?".Soal Ummi lagi ingin tahu.
" Dulu tu..suka-suka. sebab terikut kawan-kawan.". Ramai juga kawan-kawan yang ada special ustazah" So saya pun rasa mcm ingin nak ada juga...". Jawab Ahmad sambil tersenyum memanjang. Tangannya sekejap digenggam dan dibuka. Tampak wajahnya riang semasa bercerita. Agaknya mengenang bagaimana saat dia berkenalan sehinggalah 'jatuh cinta' . Itu agak Ummilah.
Namun Inilah realiti remaja yang sedang merasai perubahan diri. Perubahan fizikal,emosi dan rohani. Segalanya berubah. Rakan sosial juga berbeza dengan semasa kanak-kanak. Jika semasa kanak-kanak dulu bergaul berlainan jantina hanyalah rakan bermain, bila remaja sudah malu-malu bila bertemu. Jika dulu rakan berkongsi di kalangan sama jantina, bila dah remaja ingin atau suka perhatian dari berlawanan jantina pula.
Banyak perubahan yang mula disedari di peringkat umur ini. Dikata juga, zaman ini zaman mencari dan membina identiti kendiri. Jika betul bimbingan, panduan dan pembelajaran yang diperolehi mudahlah ia menjadi remaja yang baik budi pekerti. Kebijaksanaanlah yang dapat dilihat. Ditambah pula perhatian dan bantuan ibubapa yang sentiasa berjaya menjadi rakan remaja, pasti anak remaja tetap ingat pesan dan nasihat.
Namun, tidak semua bagai yang dihajati. Lantaran pelbagai faktor mengelilingi diri. Ledakan maklumat ,rakan dan sahabat, persekitaran dan budaya yang juga berubah. Semuanya menjadi bukan mudah bagi "seorang remaja Soleh/solehah". Ia bagai adunan yang susah untuk mengasingkan diri dari terbelenggu.
Lihat..!! Betapa Ahmad. Bagaimana akhirnya "terasa bercinta" hanyalah kerana keinginan suka-suka dan terikut rakan-rakan yang juga bercinta. Ianya dianggap aktiviti yang menyeronokkan. Itu.....hanyalah permulaan yang terjadi. Betapa ramai remaja yang selalu dipapar dalam majalah dan medi. Terjebak dalam 'cinta' akhirnya buta mata dan hati. Ramai juga yang binasa maruah, akhlak dan diri. Bahkan sejauh binasa nasab keturunan, keluarga, budaya dan agama juga. Segalanya kerana 'mengikut kata hati". Waliyazubillah hi min zalik.
Untuk seterusnya Ummi akan sambung lagi dialog Ummi dan Ahmad. Ummi selongkari Apa yang Ahmad tahu tetang cinta dan.... Apa kata Ummi mengenai Cinta..!!!
Di sini dulu..
Ummi Wardah
Bdr Puteri
* Memikir kenapa betapa ramainya insan yg 'sesat' dlm cinta.
No comments:
Post a Comment