Tuesday, November 24, 2009

Selamat Hari Lahir...anakku..!!



















Selamat Hari lahir Sofiah

Moga panjang Umur....!!


19 November 2009 genaplah usia Sofiah Kauthar anak bongsu Ummi 6 tahun. Kali ini kami sepakat ingin meraikannya dengan sedikit jamuan. Kawan-kawan adik, anak-anak jiran tetangga , kawan sepermainan Sofiah dijemput meraikannya. Sofiah tampak sangat gembira. Inilah kali pertama kami menyambutnya dengan majlis begini. Selalunya memada kami ingatkan dengan kad ucapan, beli kek atau bawa makan-makan di tempat makan kegemaran keluarga.

Ruang tamu dihias biar tampak ceria. Along dan Angah siapkan sedikit hiasan. Untuk jamuan,Ummi belikan sebiji kek coklat yang agak besar. Abah pula belikan lilin bertulis "Happy Birthday" berwana warni....untuk hiasan kek itu..!

Kakak-kakak siap balutkan hadiah2 untuk tampak lebih meriah. Selain kek disediakan juga tambahan juadah. Nenek turut sama duduk meraikan tetamu yang hadir. Tetamu2 kecil teman-teman Sofiah....!

Happy Birthday To Sofiah, Happy Birthday to You...!
Begitu semangat Arif dan Husni teman permainan rapat Sofiah menyanyikannya. Bagaikan ketua pula dengan suara bersemangatnya itu..!! Arif dan Husni dua beradik anak jiran kami Cikgu Kamal. Keduanya amat rapat dengan Sofiah Kauthar. Setiap petang ditemani bibik pembantu pasti ketiganya akan ke padang permainan sekali. Kalau lama tak bertemu pasti sebok minta dihantar ke rumah mereka.

Kawan-kawan Sofiah ramai juga yang datang . Jiran sebelah rumah juga turut hadir. Bagi ummi, majlis begini bukanlah sangat nak meraikan hari lahir tu. Ummi pun beranggapan tidaklah ia amalan sunnah. Cuma ia menjadi satu ruang yang boleh dimanfaatkan untuk berkumpul dan bertanya khabar dengan jiran2 dan teman2. Kerana amalan ziarah jiran ni bukanlah budaya di bandar hari ini. Selalunya ziarah jika ada undangan majlis-majlis tertentu sahaja.

Moga Sofiah akan terus diberi kesejahteraan. Diberi teman-teman yang baik untuk membina diri jadi insan cemerlang di hari muka. Ummi, Abah, Kakandamu sentiasa bersamamu.
We love U.....!!

Ummi..
25 Nov. 2009
Bdr Puteri

No comments:

Post a Comment