Wednesday, November 25, 2009

Kenangan Indah di Kg...

Perhimpunan Keluarga..Eemm..bestnyer..


Antara memori indah yang ingin ummi tulis hari ini...

Mengimbau kenangan di desa kelahiran. Sawah padi luas terbentang. Panorama desa indah menawan...Aaargh...seribu kenangan tak mungkin akan ummi lupakan...!!


Cahaya purnama menerangi alam

Kicauan burung pagi hari

Kokok ayam bersahutan di subuh nan bening

Sinar mentari pagi nan nyaman

Bayu pagi menyapa dedauan padi nan menghijau

Tetesan embun pagi di ats dedaun

Sejuk air di kali

Ikan-ikan berlarian di kolam dan perparitan

Bunyi ikan di kali bagai nyanyian....

Makhluk-makhluk Allah bernama

Alam semula jadi

Pastinya mengajar

Erti kehidupan

Begitu sinonimnya manusia dan Alam

Di desa kelahiran

Saling bergantungan

Alam dan manusia

Keduanya hamba Allah jua....!

Tugas dua serupa

hanya berbeza cara.



Ummi dilahirkan dalam keluarga besar....

adik-beradik bonda semua punya anak-anak yang ramai. Wak Saerah sahaja anaknya cuma dua. Kenangan berhimpun semua sepupu sepapat juga antara memori indah..pasti ummi takkan lupa...

Antara abang sepupu yang masih segar dalam ingatan, Abang Aziz...Abang Masloro , Abang Masdar, Kak Jumanah, Kak Joha, Abang Hamzah,Kak Mus dll...


Tapi yang ingat sekali siapa tau...!

Abang Aziz anak kakak Bonda yang sulong. Umur nya hampir sebaya dengan bonda. Sebenarnya mereka rakan sepermainan dari kecil. Masa bonda belum berkeluarga lagi.


Ummi masih ingat Abang Aziz bersuara merdu. Bila dia bernasyid atau berqasidah memang sedap didengar...

Seingat ummi dulu bila dah selesai musim menuai padi..nanti Atok akan panggil cucu-cucunya datang menolong 'mengangin padi' sebelum disimpan di dalam kepok padi. 'Mengangin padi' adalah kata istilah yang digunakan bagi membersihkan padi dari sekam dan sampah dedaun padi sebelum disimpan di dalam kepok padi dengan menggunakan kipas angin khas. Kipas ini dipusingkan dengan kayuhan seperti basikal. Jika takada kipas angin khas ini, mereka akan menggunakan tenaga angin semula jadi.

Bila sudah selesai kerja,biasanya hampir tengah malam, masa tulah Abang Aziz akan mengalunkan nasyid atau qasidah dengan suara merdunya itu. Apa lagi..eemm.. kami adik-adik sepupunya amat gembira sekali. Wak Saerah pula... bonda Abang Aziz yang tinggal serumah dengan Atok,akan menyediakan hidangan istimewa untuk kami semua. Wak Saerah memang terkenal pandai memasak. Dia biasa menjadi ketua tukang masak di kampung jika ada kenduri kendara.
EEmm... indah sungguh kenangan ummi masa itu. Seperti satu perhimpunan keluarga. Waktu semua adik beradik, saudara mara yang dekat berkumpul di rumah Atok...!!


Masih terbayang Atok akan duduk di satu sudut memerhatikan kami semua membuat kerja. Atok sudah uzur. Bila berjalan bongkok tiga. Tetapi ingatannya amat kuat. Atok meninggal ketika umurnya 121 tahun. Tapi MasyaAllah atok tak nyanyok. Masih solat pada hari terakhirnya. Siap mengkhabarkan wak Saerah harinya sudah tiba. Berpesan lagi jangan tinggalkannya sendirian. Minta dibantu solat dan bacaan apa-apa yang masih diingatnya.


Aaahh...MasyaAllah .. Atok bukan graduate mana-mana institusi ...cuma kata bonda atok orang yang cukup berpegang kuat apa yang dia faham. dan amat istiqamah dalam amalan. Amat menjaga kebersihan khasnya dalam ibadah solat. Amalan sunnat jarang ditinggalkannya hatta amalan memakai pakaian mula kanan dulu, pun tidak dicuaikannya. Teringat ummi,atok menyuruh ditanggal semula baju yang dipakaikan kepadanya kerana yang membantu memasukkan tangan kirinya dahulu...


Matanya masih 'awas' . bila membaca tanpa kaca mata. Masih terbayang atok membesarkan sumbu lampu pelita sampai pernah terbakar. Masa tu atok tengah mengaji Al-Quran tengah malam semasa qiamullail. Apa lagi diapun menlaung2 di tengah malam buta. Wak Saerah terkejut sambil kelamkabut memadamkan api. Alhamdulillah dapat dibantu , jika tidak tak terbayang apa akan jadi....


Semua orang kampung ummi dahulu ada kepok padi. Kepuk padi inilah tempat simpanan padi sehingga musim menuai yang akan datang.


Rumah atok selalu jadi tempat persinggahan . Juga tempat perhimpunan kaum kerabat , sahabat handai Atok dari dulu-dulu lagi. Itu cerita bonda. Saudara mara dari Perak pasti akan datang rumah atok bila tiba musim menuai padi. Tujuan mereka ambil upah menuai padi. Ya..pasti upahnya ialah bekalan padi/beras. Kadang-kadang teman2 atok yang baru datang dari Pulau Jawa juga singgah di rumah atok.


Jadi rumah atok sudah biasa ada tetamu yang ramai. Jika masak pasti banyak. Macam kenduri, kata emak. Tu yang Wak Saerah jd pandai masak. Kerana di rumah pasti selalu atok buat jamuan.


Itulah kenangan indah di desa kelahiran...

Kini segalanya telah berubah..

Tiada lagi perjumpaan seperti itu...

Ramai keluarga ummi menjadi penghuni bandar

kehidupan lebih terasing

Budaya kejiranan, persaudaraan dikampung

segalanya tinggal kenangan............!


Ummi Wardah

Bdr Puteri, Klang

9 zulhijjah.

No comments:

Post a Comment