Sunday, November 15, 2009

Sofiah Kauthar tamat Tadika


Hari ini..

Anakda Sofiah Kauthar telah menerima sijil konvokesyen Tadikanya. Telah tamatlah persekolahannya sepanjang tahun 2009. Tahun depan insyaAllah Sofiah akan masuk darjah satu/Tahun satu di sekolah rendah.


Teringat Sofiah, Ummi mengucap tasbih dan tahmid panjang2. Sbb tahun depan juga genaplah umur Ummi setengah abad. Eemm.. masuk ketegori 'warga emas'. Anakda Sofiah baru nak masuk darjah satu......! Alhamdulillah...moga Sofiah kan jadi anak yang pintar dan cemerlang dalam pelajaran dan pendidikan keperibadiannya....

Moga Ummi terus berjaya menyantuni dan membimbingnya...kerana di usia ini Ummi amat terasa besarnya cabaran mendidik anak kecil yang julat umur ibubapanya sangat besar....Pengalaman yang amat menguja diri...adik beradiknya yang lain pula sudah di hujung umur remaja..

Moga Allah memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada Ummi,Abah dan semua Kekandamu . Doa ummi , Ummi akan berjaya melihatnya sebagai Mujahidah di suatu hari nanti...!!
Ummi
Bdr Puteri.
28 z.q

No comments:

Post a Comment