Salam,
Nak juga berkongsi catatan sendiri moga kalau ada manfaat dapat juga saham akhirat. An attachkan terus apa yg dicatat dlm hp semalam. Jadi guna bahasa pantas sebagaiman yang terlintas semalam, tanpa ulasan hanya catatan. Mungkin berulang dgn yg lain tapi dalam bahsa berbeza, biar lebih mengukuhkan J.
Dr Yusuf Qardawi
Masjid Negeri 19/12/09
- Harapan supaya tahun ini Al-Aqsa akan dibebaskan
- Kisah burung merpati & labah2 tiada sandaran kukuh dari hadith. Yg sahih adalah bantuan dari malaikat.
- Hijrah adalah satu kemenangan walau pun terpaksa meninggalkan kampung halaman kerana berjaya pertahankan prinsip dan aqidah walau pun diancam.
- Hijrah diizinkan selepas ummah diuji dgn hebat termasuk syahidnya beberapa sahabat spt Sumayyah dan Yassir. Pemulauan menyebabkan penderitaan sehingga terpaksa memakan daun berduri.
- Kenapa tidak mahu menyokong perjuangan Rasul sedangkan Allah sendiri menyokongnya?
- Ibrah/Pengajaran:
o Kesabaran Rasul adalah kemenangan
o Perancangan/Strategic Planning -Penyusunan hijrah serta pemilihan individu spt Saidina Abu Bakr, Ali, penunjuk jalan yg mahir, Asma' sbg pembawa berita.
o Yakini bantuan Allah - Dlm keadaan genting dlm Gua Tsur, Rasul menegaskan bhw Allah menjadi yg ke3 dlm misi hijrah ini.
o Umat Islam wajib buat perancangan dlm semua tindakan.
o Hijrah/Berubah/Perubahan, adalah permulaan kpd pembinaan masyarakat berasaskan Islam.
o Rasul mencari rakan utk bersama berjuang secara berjamaah; menunjukkan Islam bukan agama individu. Seruan disambut oleh bani Aus dan Khazraj. Krn itu Madinah dipilih.
7. Ayat yg bermula dgn "wahai orang2 yg beriman.." diturunkan di Madinah. Mekah ketika itu hanya ada individu beriman sedangkan masyarakat beriman hanya ujud di Madinah.
Pembinaan Madinah
o Baginda memulakan dgn pembinaan masjid sebagai pusat aktiviti masyarakat
o Kemudian Baginda membina pasar yg sebelumnya dikuasai yahudi. Pasar ini lengkap dgn bahagian2 binatang mengikut jenis, tanaman dan sebagainya.
o Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar antaranya bagi urusan bantuan awal yg akhirnya telah melahirkan jutawan dari kalangan Muhajirin.
9. Membina Masyarakat ;Masyarakat Madinah adalah masyarakat contoh yg pernah cuba dibina oleh ahli falsafah lalu tetapi gagal - masyarakat beriman, merdeka, sama rata, berasaskan keluhuran budi dan jati diri, pentingkan org lain berbanding diri sendiri, masyarakat yg cepat menyesali kesilapan (kisah Abu Dzar dgn Bilal), yg memberi lebih dari yg diminta dan kemampuan (kisah wanita berikan unta kecil yg satu2 miliknya)
Cabaran Daulah Madinah; Musuh dalaman:
- Surah Al-Taubah banyak dedahkan keburukan golongan munafik termasuk fitnah mrk terhadap Saidatina Aisyah.
- Golongan munafik pergi solat dgn malas dan memberi dgn amat berat sekali. Golongan munafik kini lebih dahsyat lagi.
Itu antara catatannya, tetapi semangat dan kecintaan terhadap Islam dan para ulama ikhlas yang terzahir dari pertemuan ini tidak dapat dinukilkan dengan kata-kata.
RH
No comments:
Post a Comment