Wednesday, December 23, 2009

Ust...saya sedang bercinta...Apa komen ust (2)

Lagi ....Apa ummi kata mengenai isu Cinta Remaja...

"Ok Ahmad,...Ahmad sebut tadi Ahmad bercinta sebab ikut kawan. Kawan ada special Ahmad rasa ingin juga ada rakan berlainan jantina yang special. .Begitu". Ummi merumus dan meminta penjelasan apa yang Ahmad telah nyatakan mengenai sebab 'dia jatuh cinta'.

Ummi tahu, zaman remaja memang menjadi resam remaja, pengaruh rakan sebaya membawa suatu perubahan ke atas nilai yang menjadi pegangan hidupnya selama ini. Jika semasa kanak-kanak sistem moral diikuti bulat-bulat dari ibubapanya tetapi diperingkat ini mereka mula mengubahsuai atau melupakan ajaran yang ditanamkan oleh ibubapanya sebelum ini.

Kadang-kadang mereka mula menokok tambah dan mengadun nilai lama dan yang baru dipelajarinya. Ada juga yang berani memperkecilkan nilai yang diasuh oleh orang tua semata-mata merasakan diri mereka lebih faham dan matang dengan persekitaran baru...

Inilah antara punca yang menyebabkan ibu bapa selalu risau dan bimbang dengan perkembangan anak remaja mereka..semakin lama semakin merasa anak remaja mereka semakin jauh dari kuasa pengaruh ibu bapa. Bahkan ramai yang tidak dapat dikawal langsung lantaran mereka merasa ingin menikmati kebebasan........dan itu hak mereka ! kata remaja...?

" Ya....saya ingin mencuba. Lepas tu rasa seronok dan gembira bila ada seseorang memberi perhatian yang berbeza dari sebelumnya...ialah sebelum ni kita budak-budakkan..". Jelas Ahmad memberi pengesahan.

"Ooo.....Nampakna Ahmad rasa gembira bila dapat berhubung dengan teman wanita tu ya..?". Ummi terus membuat refleksi perasaan Ahmad. " Ya...ya....gitulah...". jawab Ahmad lagi sambil tersenyum..
Kenapa pula tiba-tiba selepas itu Ahmad putuskan..?". Soal Ummi lagi ingin kepastian. "Oooh..entah... sebab saya rasa lama tu mcm tak baik kot..rasa bersalah,..apa tu berdosa..".Ahmad menjawab. Namun nyata ragu-ragu atas apa yang telah dilakukannya. Tangannya digenggam dan dibuka, dipicit-picit jari jemarinya.
" Ahmad tahu berhubung dengan bukan muhrim berlainan jantina haram dan berdosa..?". Ummi ingin menguji kefahaman Ahmad mengenai agama.
" Heeh...salah ..tahu, tapi...entahlah ust..kenapa saya buat. Terikut kawan la agaknya.". Jawab Ahmad sambil tersenyum semula..

Ahmad seperti ramai remaja lain, sebenarnya tidak memahami kenapa harus bercinta. Tindakan dan tingkahlakunya sering kerana ikutan dan dorongan rakan sebaya. Namun oleh kerana memahami apa yang dipelajarinya di sekolah agama, agaknya memikir semula tindakannya. Ingin pula mencari kaunselor untuk mengadu sesuatu. Alhamdulillah Ahmad seorang dari murid yang memahami fungsi Unit Bimb. & Kaunseling di sekolah. Betapa ramai di sekolah yang begitu negatif dgn UBK dan bimbang untuk menemui kaunselor kerana rasa seperti orang bersalah.

"Boleh ust tanya, Ahmad kata bercinta tu betul2 ke? Maksud ust bercinta ni perasaan suka yang amat mendalam dan ingin selalu memenuhi keperluan pasangan dan sanggup berkorban dan membuat tingkahlaku atau tindakan bagi memenuhi keperluan cinta tu. Adakah Ahmad macam tu....?" . Soal Ummi lagi . Ahmad kelihatan ragu-ragu dengan apa yang telah dilakukannya.
:Eerr...entahlah..tak rasa .".

" Iya lah ...dalam kes Ahmad ni macam mana...setakat mana tujuan cinta Ahmad kepda teman wanita tu..?". Soal ummi lagi ingin tahu setakat mana kefahaman Ahmad berkaitan cinta.

"Ooo...takda la sampai gitu ust..cinta monyet kot..takda la sampai nak kahwin tu..jauhla...". Ahmad menjawab sambil ketawa besar..

" Ok..Ahmad. Jadi Ahmad sebenarnya jatuh daalam situasi 'Cinta Monyet" tidak pun berniat nak kahwin!". Ummi cuba membuat parafrasa apa yang telah dinyatakan Ahmad.Tujuannya supaya Ahmad dapat berfikir dengan lebih fokus kepada situasi yang sedang dialaminya.
" Ahmad ....suka pada seseorang hatta berlainan jantina suatu yang normal/fitrah. Cuma perlu ada kawalan diri yang beradab dan dlm batas-batas /norma agama dan budaya kita. Apatah lagi jika orang tu banyak kebaikan atau kelebihannya..bukan..contohnya orangnya cantik/handsome,berbudi bahasa dll...betul tak..?". " Betul...". Akui Ahmad.

"Ok..sekarang ni pandangan ust la...meh kita renung dan fikir..kot nak bercinta dgn that's girl pun Ahmad kata tak la sampai nak berkahwin...tak sampai masa lagi.So apa yang penting untuk Ahmad fikirkan untuk kebaikan Ahmad..sekarang...?" Ummi ingin memendekkan perbincangan.

" Eemm....ya la ni yang nak tanya ust nih..".

" Ok Ahmad tadi kata rasa bersalah dan berdosa kan...". Jika dah rasa berdosa apa nak buat..". Umi menduga kefahaman agama Ahmad sekali lagi. " Bertaubat...dan tak nak buat lagi...". jawab Ahmad . " Ok ..nampaknya Ahmad tahu apa yang perlu dibuat..!". Ummi mengiyakan langkah yang perlu dilakukannya.

Seterusnya ummi menambah lagi, "Ahmad Cinta/sayang ni tabii setiap orang. Orang beriman kena ada perasaan kasih/sayang. Khasnya kepada saudaranya seagama kan. Cinta/suka tu perlu tapi mestilah atas dasar iman, bukan kerana nafsu...". Terang Ummi. Ummi perhatikan Ahmad yang memandang Ummi sambil berfikir jauh. Ummi menambah lagi,

".Cintailah diri sendiri dulu, maksud ust cari,kenali apa kelebihan diri dan kekurangan kita. Bajai ia dengan menambah ilmu bagaimana nak membangun diri menjadi terbaik. Cintailah Allah & Rasulnya dengan mendalami AlQuran dan Hadis serta sirah Rasulullah untuk dijadikan panduan dan contoh tauladan. Lepas tu cintailah ibu bapa, cintailaah kecemerlangan membina jati diri dulu...bila dah rasa diri dilengkapi dengan cinta2 ni dahulu dan rasa dah cukup bersedia untuk mencintai yang berlainan jantina....ok la..kan masa tu memang dah cukup bersedia untuk bertanggung jawab....". Terang Ummi panjang lebar. Ummi perhatikan Ahmad mengangguk-anggukkan kepala seperti faham.

"Yang ust tahu bercinta dengan erti kata kepada seorang wanita/lelaki yang bukan muhrim tu untuk bertanggung jawab bersama-sama menyempurnakan tuntutan ibadah kan..yang halalnya dengan berkahwin..bercintalah tu.... menyebabkan ketenangan dan mampu untuk memikul amanah yang lagi banyak dan besar....ialah amanah sebagai suami/isteri, ibu/ayah, pemimpin kepada keluarga, masyarakat dan negara kan....!! Kalau tak niat itu,untuk apa bercinta ya Ahmad..? Lagi-lagi kalau belum cukup bekalan agak2 bagaimana jadinya orang tu ya..". Sekali lagi Ummi menduga kefahaman Ahmad mengenai fikrahnya mengenai cinta. Ummi lihat Ahmad tersenyum-senyum..tanpa menjawab sepatah perkataan.

Ummi terus menambah lagi,"Cinta untuk penuhi nafsu shaja, tanpa peduli halal dan haram dlm agama..lupa dgn yang Maha Melihatnya dan mengira semua amalan kita...kan. Terbuai oleh dorongan nafsu yang dihiasi amalannya oleh Syaitan...Itulah cinta yang buta dan sia-sia tu kan...!!". Sambung ummi .." Ahmad tahu apa tugas syaitan ni..?". " Ya menganggu manusia....". Jawab Ahmad spontan.
" Ya..mengacau dan menganggu supaya manusia tidak dapat membina diri untuk memahami perkara-perkara yang membolehkannya menunaikan tanggung jawabnya kepada diri sendiri, kepada Allah dan RasulNya, kepada ibu bapanya dan orang lain....! nak dijadikannya teman yang sama-sama melakukan dosa dan masuk neraka...gitu kan Ahmad..". " Ya...he..eh...". Angguk Ahmad.

Ummi menunggu reaksi Ahmad selanjutnya. Ummi perhatikan Ahmad mengangguk2kan kepala..tanda faham atau sebaliknya Ummi tak tahulah....Tapi seolah-olahnya Ahmad seperti baru tahu dan sedar diri....
Agaknya selama ini siapalah yang dibawa berkongsi masalah dan perasaannya itu. Adakah ibu bapanya....adakah rakan sebayanya....Sebenarnya ramai remaja yang seperti Ahmad ini. Walaupun pelajar yang baik,bersekolah di sekolah agama, tetapi kerana dorongan rakan-rakan yang lebih banyak merubah norma dan sistem nilai remaja yang akhirnya menyebabkan anak remaja terjebak dalam masalah sosial negatif yang membinasakan diri. Ditambah pula ibu bapa sudah tidak dijadikan rujukan dan tempat mengadu atau meminta nasihat lagi....
" Eerrr...baru saya faham ustazah. Eemm terima kasihlah ust. selama ini takda orang beri nasihat saya macam ini...". jawab Ahmad lurus..."OK Ahmad, selepas ni ,Ahmad nak buat apa...?". " InsyaAllah lepas dah taubat saya nak tumpukan kepada pelajaran saya. Saya nak memastikan impian dan cita-cita saya tercapai dulu....saya nak jauhi dirilah dari melakukan seperti perkara yang sama tu...saya cuba hindari diri terjebak dengan mengikut kawan2 lagi...".
" Ahmad pasti , Ahmad kuat ke..?".Ummi menduga keazamannya.. "InsyaAllah...jika perlu nanti ust boleh nasihat saya lagi kan ust....! " . Jawab Ahmad sambil tersenyum puas..dan meminta diri untuk berlalu .....

Itulah catatan ummi dengan remaja sekolah...
Semenjak ummi berada di bilik UBK ini, ini kali kedua pelajar lelaki berjumpa ummi mengadu prasaan" suka/cinta' dengan rakan sebaya berlainan jantina ini. Kedua2nya menyatakan perasaan yang sama bila dah rasa rindu tu rasa ingin selalu bertemu/bercakap/bertemu. Dah tak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran dengan baik. Asyik terkenang sidia. Ingin selalu bertemu dan berjumpa. Fikiran selalu terganggu. Memikirkan yang bukan-bukan termasuk aktiviti yangmembangkitkan nafsu seks dll. Semuanya menjadi"duri-duri' yang menggangu perjalanan insan membina jatidiri di tengah perjalanan mencari jalan kebenaran sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah..... bagi memenuhi visi dan misi kehidupan seorang INSAN/KHALIFAH...!!!

Aaahh...betullah agaknya Ummi selalu terfikir agaknya bila seseorang itu terkena api "cinta" di sana ada seekor syaitan CINTA yg kerjanya menjurus orang melakukan maksiat, sehingga buta mata dan hati. Jika yang masih bujang akan didorongnya sehingga melakukan 'zina' . Zina mata,fikiran, telinga dan sentuhan....

Jika sudah berkahwin pula didorong bukan sahaja berzina bahkan bercerai berai....yang akhirnya membawa kehancuran kepada insan yang bercinta kerana nafsu ini...Betullah pepatah melayu mengatakan " Cinta itu buta.." Dan yang lebih parah lagi sehingga di kata "Makan tak kenyang, Tidur tak lena, Mandi tak basah". Gambaran menunjukkan betapa jika "api Syaitan CINTA" sudah mengena, pesakitnya akan "hilang akal budi, norma dan etika, bahkan agama dan budaya..". Hilang perasaan kemanusiaan... yang ada nafsu serakah, dendam kesumat sehinggalah tercapai maksud kehaiwanannya....Insan adalah haiwan yang bertutur..
الإنسان حيوان ناطق" Itu antara ungkapan yang Ummi ingat lagi dalam pelajaran falsafah/mantiq semasa di universiti dulu..!!
Waliyazubillahi min zalik. justeru remaja amat2 wajar memohon Allah melindunginya dari menjadi mangsa cinta yang sia-sia ini. Sesungguhnya di zaman ini bukan mudah bagi remaja soleh dan solehah untuk istiqamah mempertahankan syariat, iltizam dlm kebenaran dan kebaikan, lantaran banyaknya gangguan dan dorongan yang membelenggu diri dan persekitarannya.............!!!

Ummi Mar.
Bandar Puteri 24 Dis 2009..

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Terima kasih atas post Ustazah yang berguna kali ni, lagi2 untuk budak2 baru habis SPM ni. Hehe. Kat rumah memang tak buat apa sangat. Mentang2 dah tak buat apa skang, so sibuk nak bercinta. Saya pun takut2 juga termasuk golongan yang bercinta atas nama nafsu ni. Moga2 dijauhkan dari segala kemungkaran. Amin. Naqib.

    ReplyDelete