Wednesday, December 30, 2009

Sedutan Surah At-Taubah

Petikan dari surah At-Taubah. Surah yang Ummi uliti ketika di perpustakaan ini.


Alhamdulillah Ummi telah membaca & memahami ringkasan keseluruhan surah Yg ke 9 ini dan mengandungi 129 ayat.

Ada 3 watak yang dijadikan pokok cerita surah ini. i)Watak seorang mukmin sebagaimana dilakarkan oleh Ar-Rasul & para sahabat Ridwanullahi alihim, ii) Watak Kuffar yang memang jelas memerangi Islam iii) Watak Munafikin; golongan yang hidup bersama masyarakat muslim, bertingkah laku seperti muslim yang lain bahkan turut serta dalam ibadah. Namun Allah menjelaskan hakikat mereka dari tingkah laku zahir mereka. Antaranya mereka : a) menentang/menjadi penentang agama Islam. b) Malas melakukan ibadah, malas/berat untuk berjuang menegakkan kalimah Allah dan menghasut orang lain untuk tidak bersama dlm perjuangan kebenaran.


Cerita paling panjang bagaimana Allah memberitahu sikap dan keperibadian munafikin. Jelas menunjukkan bahawa orang munafik ini bermula memiliki hati yang tidak bersih/ikhlas bahkan penuh hasad dengki serta permusuhan kepada orang-orang yang beriman.

Sebahagian huraian surah ini yang menyentuh hati Ummi dan gementar di jiwa:


Selepas itu, datang pula ayat yang menggambarkan situasi masyarakat dan keadaan manusia dalam berhadapan dengan isu semasa. Keadaan yang membawa kepada perpecahan ataupun kesatuan. Samada mereka memberi pertolongan atau berpaling dari perjuangan menegakkan Islam. Menjadi penyokong dan pendokong atau sekadar menjadi pemerhati yang bersikap tunggu dan lihat. Sehinggalah datang ayat pembeza yang menjadi paksi kepada surah ini.


“ Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa Dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)"…………………”

(at-Taubah: 61)

Mereka cuba untuk menyakiti Rasulullah Sollahu’alaihiwasallam. Allah Taala mengajar manusia bahawa sesungguhnya Baginda Sollahu’alaihiwasallam tidak sesekali bersifat dengan sifat yang berada dalam fikiran mereka. Rasulullah Sollahu’alaihiwasallam adalah rahmat kepada kamu semua.

“ Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa Dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)". katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya”

(at-Taubah: 61)


Sesungguhnya banyak kesilapan dan kesesatan manusia itu berpunca dari kejahilannya mengenai hakikat sebenar dirinya, matlamat kejadiannya dan alam. Ditambah pula jahil dengan Kandungan Al-Quran dan buta serta pekak dan bisu dari mengambil ilmu dan pengajaran dari sirah Ar-Rasul s.a.w.

Moga Ummi & keluarga serta anak-anak Ummi dijauhi dari sifat2 tercela kaum munafikin dan Kafirin atau Musyrikin.

Ummi Wardah

31/12/2010

No comments:

Post a Comment