Saturday, January 16, 2010

Buku dan Hadiah ...............

Setiap bulan pasti ade buku baru...!!
Itu..jadi kelaziman abah..

Hari minggu ini Abah tiada lagi....
lantaran tugasnya maka Abah bermusafir lagi....

Hari ini Ummi pula menghadiri mesyuarat seperti biasa. Memandu hingga ke Gombak juga jadi rutin bila ke pejabat di Melawati. Memandu sendirian perjalanan satu jam dari Kelang, Alhamdulillah moga Allah terus memberi kekuatan. Inilah antara pengorbanan Ummi di jalan yang dipilih ini. Namun hati rasa bahagia kerana Ummi bertemu,berbincang dengan sahabat yang ikhlas..mendambakan seluruh kehidupan di jalan dakwah ini.

Moga berkekalan dan iltizam serta istiqamah bepanjangan....

Semalam tika abah balik ketika tengah malam sudah pun berlalu , abah sempat menghadiahkan ummi sebuah buku....
Moga Ummi terus membaca, perihatin dan siap sdia dengan ilmu dan maklumat. Jikapun amal perlu digarap, kesihatan dan penjagaan diri perlu sentiasa di perhati....di sedari..Ialah orang kata bekerja mengikut qudrat...yg kekadang Ummi mudah terlupa bila tgh begitu asyik bekerja....

Moga dapat dihabiskan membacanya.
Ummi Wardah
Bdr Puteri.

No comments:

Post a Comment