Saturday, January 23, 2010

Jadi Fesilaitator/Motivator....

Sepanjang Januari 2010...ini Ummi bersama rakan setugas sebok mengendalikan latihan untuk murid2 sekolah dari tingkatan 1-6 STAM.

Hari jumaat 22/1 pula Ummi bersama beberapa orang PRS mengemas bilik operasi UBK yg amat2 berabuk....
Habis sebahagian kertas2 lama kami buang...planningnya Ummi ingin UBK membudayakan 5S dalam bilik operasi Unit Bimbingan di sekolah...

Antara azam dan harapan Ummi untuk tahun 2010 ingin melihat UBK memaparkan imej positif berpandukan:

  • UBK Mesra- dgn 4 langkah strategik:
  • - i) Bilik UBK lebih Kondusif & Teraputik- memohon ditingkatkan keadaan bilik UBK supaya lebih mesra pelanggan dari aspek keceriaan,keselesaan (teraputik,kondusif). Cuba untuk memastikan diketahui apa & di mana semua barang yg ada di bilik UBK. Sistem 5S (Sisih,Sapu,Susun,Sistem, Sentiasa Amal) cuba diamalkan dgn perkongsian semua rakan setugas dan PRS. Ini bukanlah suatu yg mudah, tp perlu usaha dan azam yg kuat untuk merialisasikannya...Pada Ummi jika tempat kerja kita selesa...kitalah yg akan rasa bahagia...

  • -ii) Siri Pengenalan UBK kpd semua warga sekolah. Pengenalan pertama telah dibuat dalam perhimpunan Mingguan 22/1 yg lalu. Ummi perkenalkan semua Kaunselor dan warna tema UBK 'ungu' dan PRS.
  • iii) UBK mengamalkan-Tadbir Urus yang baik(Good governmance)- memastikan UBK membudayakan: a) Kerja berdasarkan perancangan strategik. b) Sistem fail yg dikemaskini. Moto UBK: Plan Your work & Do Your Plan- cuba diamalkan.
  • iv) UBK Dekat di hati- i)Memberi khidmat sedia dan ceria. ii) Mengaktifkan Unit PRS,Kelab Kerjaya, SLAD,PROSTAR & Skuad Denggi. Ada target kejayaan dlm pertandingan yg disertai di peringkat sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan. iii) Berkongsi maklumat dan berita. sebaran aktiviti melalui laman web sekolah,buletin dan iklan.
  • Bersambung....

No comments:

Post a Comment