Thursday, January 7, 2010

Orientasi.....Silaturrahim.....






Orientasi...Orientasi pelajar....regging mcm sinonim...!! vs taaruf & silaturrahim.

Dulu-dulu biasa kita dengar...
Freshsie@pelajar/siswa baru dibuli oleh pelajar/siswa senior. Ia berlaku di institusi pendidikan; universiti, Kolej,Maktab, Sekolah menengah juga.....Bukan sekali dua kita dengar kes-kes buli yang mengakibatkan kes-kes jenayah berat spt pergaduhan bersenjata& kecederaan fizikal & mental, ugutan, deraan bahkan pembunuhan.

Isu buli bahkan sinonim di sekolah terutama sekolah berasrama. Mengikut pelajar "Aalah ust buli ni memang ade tiap2 tahun. cuma tak dilaporkan je" . Itu antara cerita benar pelajar lelaki yang telah lama tinggal menghuni asrama putera di sebuah sekolah menengah. Bila ditanya kenapa tak lapor?. Jawapan rengkasnya," Takut ustazah..diaorang ugut. Kalau bagitau lagi teruk kena...".

Sudah 3 hari Ummi mengendalikan program orientasi pelajar baru tingkatan 1. Hari pertama dihabiskan dgn proses pendaftaran yang panjang..Wajah-wajah anak-anak yang baru membuat perubahan . Berpindah dari rumah yang telah sebati dalam kehidupan mereka berpuluh tahun, bukan suatu yang mudah....!

Seperti biasa Ummi perhatikan ramai wajah2 yang sugul,ragu-ragu, takut2 berani dll lagi....wajah yg membayangkan 'susahnya tinggal di asrama..jauh dari emak, ayah, adik beradik, ahli keluarga...dan rumah tempat kediaman keluarga tercinta. Bakal menghuni asrama yang segala2nya berkongsi. Peraturan & aktiviti yang diatur memang menjurus kepada pembinaan sikap berdikari & membina jati diri spt sabar,cekal, ikhlas, bertolong2an serta berkongsi banyak perkara...dgn rakan sebaya.

Lalu, Program Minngu Orientasi diperkenalkan dan disusun atur untuk membantu...Moga pelajar baru yang datang tidak berhati walang....dapat bersahabat dan berkongsi dgn teman-teman sepejuangan.....Belajar membina komunikasi dan bertanggung jawab. Semuanya bagi memastikan tempat yang bakal menjadi rumah kedua selesa dan membahagiakan semua warga...

Selalu ummi terbayang.....kenapa dulu kita dengar akibat di 'regging' ada pelajar yang terus berdendam pd senior...apa sebenarnya yang berlaku...! setelah diamati, dapat difahami rupanya mungkinkah ada senior yang merasakan orientasi adalah satu peluang 'membalas dendam'. Mereka... adik2 baru. Jika tak ikut cakap senior..haah siap.."Ketuk ketampi 10 kali".....dan lain-lain lagi..!!

Masih di minggu pertama..... dipaparkan senior yang garang dan suka mendera. Mesti ikut cakap jika tak ikut didera/didenda. Diperdengarkan 'jeritan nyaring' kakak/abang senior yg membuat arahan itu ini.....wlpn kadang-kadang arahannya tidak jelas. Arahan tidak sesuai atau tidak tepat masanya, amat malang lagi jika ia suka-suka atau ikut suka........tanpa meraikan realiti . Mungkin juga tidak mengikut objektif yang ingin dicapai dalam program....kerana cikgu/pengurusan yang membuat dan mengarang kertas kerja....!! Tiada pula perbincangan dgn pembantu pelaksana...

Mungkinkah ini antara punca, dendan kesumat yang berpanjangan......!!

Ummi membayangkan orientasi adalah hari perkenalan,taaruf penuh santunan dan kasih sayang. Meraikan perubahan diri alam kanak2 kepada seorang Mukallaf yang perlu belajar menjadi 'matang' dalam tindakan, bijak dalam berfikir dan membuat keputusan. Beradap sopan dalam pertuturan dan tingkah laku.

Lalu dirangsang fitrah yang disediakan Allah selaku 'insan yang mulia,memiliki kemahuan dan kesediaan menjadi bijaksana, dikembalikan segalanya kepada fitrah insan ini......hanya semata2 mahu membantu akhirnya mereka jadi hamba-hamba yang muttaqin.........kukuh iman,gagah fizikal,cerdas minda,tangkas bicara,pantas dan amat perihatin , suka bantu membantu..demi cita-cita sebuah kejayaan...menjadi insan...!!

Justeru,Ummi & rakan sekerja memperkenalkan modul latihan.....hajat dan target anak2 baru jd ahli baru yg dirai,dialu-alukan dan disayangi....mereka yg termuda di sekolah. Perlukan banyak bantuan dan pertolongan.....namun mereka perlu membina jatidiri sendiri. Belajar merubah diri dan menerima perubahan. Pastinya UBK besedia memberi bimbingan dan latihan.....

Namun Ummi perlu menerima hakikat. Lain padang lain belalang.....Selaku orang baru langkah terbaik di awal2 ini membaca dan memahami realiti dan apa yang ada.....Merancang sambil membuat pemerhatian....mempelajari untuk belajar menangani kepelbagaian . dan bagaimana cuba melakar satu perubahan untuk kebaikan yang lebih baik di masa akan datang....

Ya Allah berilah ummi kekuatan untuk melaksanakan amal 'membina dan membimbing generasi. Mereka bakal pimpinan suatu hari nanti. Mereka akan melakar sejarahnya sendiri.
Para pebantu Ummi pula....majoritinya mereka remaja dan orang muda..!! Alhamdulillah.

Namun, fitrah remaja & orang muda .Kadang-kadang lebih semangat tanpa ilmu. Gopoh dalam tindakan. Mudah merajuk dan berubah muka bila ditegur kata. Seolah2nya mereka lagi tahu dan bijaksana . Kerana dulu mereka biasa diberi kepercayaan segala. Lantaran dulu....guru sendiri kurang yakin untuk melaksana. Justeru sekalipun remaja yg terbiasa. proaktif dan tergesa-gesa kadang kurang hormat dari gaya dan tingkah laku. Bila meminta tanpa permisi dan berbahasa yg sopan....justeru di sini...... hanya kerana Ummi dianggap orang baru.....

Aaah..banyaknya perubahan yang perlu diketengahkan. Belum lagi besar dan tingginya harapan dari rakan sekerja dan pengurusan....Walhal di sini bagi Ummi segalanya ...suatu yg baru...!! Namun moga pengalaman yg pernah dikutip dulu, boleh dijadikan panduan dan pegangan. Agar yang dirancang boleh dicapai.Ana-anak mendapat sesuatu...bimbingan,maklumat,pekhidmatan didikan dan persefahaman. Yang paling penting tahu dan faham erti 'hormat mengormati' sesama rakan sebaya, sekerja apatah lagi pada seseorang yang lebih berusia.........

Tugas yang masih baru bermula....

Ummi Wardah.
SAMT Sultan Hisamuddin.
7 Jan.2010

No comments:

Post a Comment