Sunday, January 3, 2010

Lagi Lagi ......isu penggunaan kalimah Allah oleh non muslim....

Jadilah orang yang perihatin,sedar faham dgn ILMU...
Bukan bertindak membabi buta...


Pesan Ummi buat anak-anak ummi;
Marilah kita jadi orang yg berfikir & bertindak dengan kebenaran. Agar benar2 jadi pejuang kebenaran, bukan taklid buta, jahil dgn realiti dan maklumat akhirnya membiar diri dalam kessesatan...

Diturunkan lagi pandangan sahabat ummi mengenai isu kalimah Allah oleh non-muslim...

Salam,

Inilah kesan psyche orang melayu. Dia cemburu dgn agama dia sebagai barang simpanan ekslusif. Sebab tu kita tengok yang paling emosional dalam isu ni puak-puak UMNO (yang buat bantahan dan menunjukkan rasa cemas yang amat sangat) dan mempersoal PAS kenapa mereka tak bangkit pertahan kelimah Allah. Sedang dari segi realiti hidupnya mereka tak pernah hargaipun apa yang diperjuang Islam.

Ana bersama dgn usaha untuk menghalang penggunaan kalimah allah oleh agama lain. tetapi kita jangan histeria pulak dan mengeluarkan kalimah-kalimah yang berbau ugutan kepada kaum lain kononnya telah menyentuh isu sensitif. Ditakdirkan jika keputusan mahkamah tak boleh reverse, maka kita mungkin berhadapan dengan satu peluang yang disediakan oleh Allah untuk bukan Islam mengenali dan mendekati siapa itu Allah sebenarnya.

Kadang-kadang kita tidak tahu bagaimana Allah melindungi agamanya. Bahkan kita lihat bagaimana Allah menggerakkan bukan Islam untuk mempelopori perjuangan membela rakyat Palestin pada hari ini. Lihat bagaimana orang-orang Peranchis di belasah oleh polis Mesir kerana berdemonstarsi membela penduduk Gaza di Kaherah.

Pada 1 Januari masyarakat antarabangsa sebahagian besar dari US, Kanada dan Eropah memashyurkan Dekalarasi Kaherah di mana antara lain mereka bertekad untuk menamatkan penjajahan Israel dan akan menyemarakkan usaha boikot Israel dengan kerjasama Kesatuan-kesatuan sekerja di seluruh dunia. Allah akan menolong agamanya dengan cara-cara yang di luar dari jangkaan kita.

Hafidzi MN

No comments:

Post a Comment