Friday, February 5, 2010

Motivasi SMA.......

Hari ini Ummi diminta pengetua untuk memberi sedikit "Tazkirah" berkaitan isu ada beberapa murid yang ingin berpindah sekolah dgn alasan takut dan tidak mahu mengambil SMA.

Ummi memulakan dgn sedikit sejarah SMA. Ummi merupakan generasi murid pertama yang mengambil peperiksaan SMA pada tahun 1976. Ketika Ummi berumur 16 tahun dan berada di Ula Thanawi...Tingkatan 4. Perubahan sistem pembelajaran dan peperiksaan ini diperkenalkan oleh JAIS bagi meningkatkan mutu dan pandangan masyarakat terhadap institusi pendidikan agama di Selangor. Ia juga mengubah satu paradigma besar kepada para pelajar. Di mana jika sebelum itu SAM Negeri selangor bagi yg telah lulus Rabi' Thanawi dan Darjah 9, pasti sudah boleh mengajar sebagai guru agama/ustaz,ustazah.

Dengan memperkenalkan sistem ini para pelajar lebih jelas hala tuju pendidikan selepas di peringkat menengah , mereka boleh menyambung pembelajaran di peringkat universiti pula dalam dan luar negara. Ada pula kemudahan biasiswa bagi pelajar yang akan ke luar negara. Ini membuka mata pelajar betapa luasnya peluang untuk menentukan hala tuju pendidikan dan membina kerjaya masa depan yang pelbagai.Oleh itu sambutan masyarakat amat menggalakkan terhadap perubahan ini. walaupun pertama kali pada tahun tersebut keputusan SMA pelajar cemerlang. Akhirnya Ummi juga berjaya menjadi salah seorang murid yang mendapat kejayaan cemerlang dalam SMA 1976 d sekolah Ummi.

Namun amat sedih kerana selepas lebih 30 tahun ia dijalankan di sekolah, penerimaan murid hari ini terhadap SMA amat mengejutkan...ada ibu bapa murid tidak menggalakkan anaknya mengambil SMA...dan ada murid yang memberi alasan tidak mahu mengambil SMA kerana takut dan tak mahu bahasa arab...

Ummi kemukakan persoalan untuk difikirkan sebagai penutup bicara...antaranya:
i- Kenapa takut tak lulus....SMA tahun ini bukan baru pertama kali ..sudah lebih 30 tahun...tanya yg telah melaluinya..Adakah susah peperiksaan SMA untuk cemerlang..? ( Semua murid tingkatan menengah atas menyatakan TIDAKKK! Jika tidak susah apa sebenarnya?

ii- Kenapa tidak suka/tidak mahu mempelajari B.Arab? Bukankah ia bahasa komunikasi harian dgn Allah? Tidak sah solat tanpa berbahasa Arab? bahasa yg boleh membina hubungan intim dgn Allah? Apakah tidak gembira memahami bahasa Pencipta?
Ummi ingatkan bahayanya alasan pertuturan ini...seolahnya yg ia juga tidak suka Allah kerana benci /tak suka bahasaNya...?

iii- Apalah ertinya segulung ijazah 'first class' jika ia tidak menjadikan pemiliknya ' kenal Allah'.
Apalah ertinya pangkat yang tinggi jika tidak dapat membawa manusia/pekerjanya terus beribadah kepada Allah? Apalah ertinya harta yang menimbun jika tidak menjamin menjadi ahli syurga...?

Semua hadirin diam membisu dgn pengakhiran motivasi ummi yang penuh cabaran di hujungnya....

Ummi Wardah.
SAMTH.

No comments:

Post a Comment