Friday, February 5, 2010

Muslim must be A Global Champion....Umatan Wasatha..

Tahniah buat sahabat Ummi Ukht Hjh. Noor Zaiton..!



SEORANG pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) dari Malaysia di University of Leeds dipilih sebagai penerima The Queen Anniversary Awards apabila kajiannya mengenai sistem pemantauan dan pengawalan pencemaran udara di kawasan bandar mendapat pengiktirafan Kerajaan United Kingdom.

Noor Zaiton Yahaya, 44, yang juga pensyarah Fakulti Sains Kejuruteraan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dipercayai menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah berprestij itu yang akan disampaikan Ratu Elizabeth di Istana Buckingham pada 19 Februari ini.

Noor Zaiton adalah antara dua pelajar PhD antarabangsa di Institut for Transport Studies (ITS) universiti berkenaan, yang layak menerima pengiktirafan berkenaan.ITS yang mempunyai 35 pelajar PhD dari seluruh dunia, adalah institusi penyelidikan sistem pengangkutan awam dan pengawalan pencemaran terbesar di Eropah serta menjadi pusat rujukan global.

Ummi Wardah,
Bandar Puteri,
Klang.

* Turut brkesempatan dgn beliau semasa kunjungan Ummi ke UK dulu...
Dah Chat dgn Noor zaiton ptg td dan ucapkan tahniah & nyatakan rasa gembira dan syukur atas anugerah yg diberikan kpd beliau...Moga kejayaannya menjadi qudwah hasanah kpd semua bahwa daie sepatutnya sentiasa berusaha menjadi Global Champion' Ummatan wasatha" /Org Cemerlang, dlm kemahiran dan apa2 tugas/kerja yg telah,sedang dan akan dilakukannya.

Ummi Wadah
up-dated 9/2/010.

No comments:

Post a Comment