Saturday, April 24, 2010

Bunga Bakawali.......?



Dulu-dulu masa sekolah rendah..dok ingat ada satu tajuk dalam buku Bacaan BM, Bunga Bakawali......
Tu buku sekolah rendah tahun 60an. Cerita macam cerita dongeng la....Salah satu ungkapan penulisan cerita 'dongeng lama' ni lagu ni,".....arakaian maka adalah putera raja itu teramat letih dan lesu.. kerana sebelum bertemu nenek kebayan baginda telah masuk dan keluar hutan belantara tujuh pernama lamanya...."

lepas baca cerita lagu tu kan dok mai fikiaq ," Luas sungguh no hutan zaman tu......! " . Zaman tu bila.. tak tau ..tp macam dlm 'kayangan'. Kayangan tu apa dia ..juga tak tau nak khabaq...
tu zaman Ummi kecik2 60an kan org kampung suka betui cerita2 lagu tu....pakat dengaq la drama bersyair di radio yg disiarkan bersiri....dok ingat2 lg berasa rugi jika tertinggal dengaq satu episod.....walhalnya semua cerita mcm karut belaka...sbb dok cerita ' kayangan tu lah...he he...
Alhamdulillah Allah temukan hidayahnya buat Ummi terus syukur dgn nikmat iman dan Islam...
Dah kenal Islam tak minat langsung la cerita2 lagu tu...kerana masa menyantuni buku dan khazanah ilmu juga tak cukup2...

Ummi Wardah,

1 comment:

  1. Tapi laa ni jd pelik..awat di tv dok tayang la.. cerita tahyul lagu tu..Mayang mengurai la...tah apa2 lagi la..cerita kayangan lagu tu..hai la...

    ReplyDelete