Tuesday, April 27, 2010

Watikah Undangan Raja Sehari ....

Salam kasih buat anak-anakUmmi,


Baiklah....just to share tulisan ni...moga menenang jiwa seketika...seperti yg Ummi tersentuh dgn membacanya.

Petang ni Ummi membaca satu jemputan walimah sedara yg akan berlangsung majlisnya pada Jun nanti.Terasa indah dan penuh kiasan pengajaran yang mendalam, akan kata-kata ucapan yang disisipkan di atas Watikah Undangan Raja sehari itu. Ingin berkongsi dengan semua yang membaca capaian ini.

Moga yang ditulis ada kebaikan yang boleh dikongsikan.

Watikah Undangan Raja Sehari;

Tak perlu mencari teman scantik Balqis, Andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof, jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim, Andai diri tak sekuat Siti Hajar.
Mengapa didambakan teman hidup bak siti Khadijah andai diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w.

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan.
Carilah kebaikan pada dirinya dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.
Tetaplah berdoa pada Allah, agar dia kan terus menjadi milikmu, teman dan rakan seperjuaganmu. ..

Maknanya ; Baca dan fahamkan sendiri.

Tp yg perlu dihayati, hidup menjadi suami isteri, kena sentiasa berusaha pastikan mindset kita sentiasa 'benar' dan siap siaga menghadapi 'ujian dan mehnah' yg lebih berbanding situasi sebelumnya.. .
Bahtera yg ditumpangi pasti ada laluan sukarnya di lautan luas.Perlu 'sabar dan berlaku adil', terhadap diri dan pasangan, serta tinggi ' bergantung harapnya' dengan Yang Maha Berkehendak memberi ujian itu.

Kadang2 terfikir bagi wanita antara ujian yg pasti dilaluinya ialah 'ujian sakit' dari mula mengandungkan anak hinggalah melahirkan seterusnya membesarkan anak2...kadang2 3 sbb ini menjadi punca kepada mengalami 'sakit2' yg lain-lain pula...Maha Suci Allah yang menjadikan wanita cukup persediaan awal kemungkinan untuk' fasa sakit2 ini' dgn diberinya kitaran haid bulanan. Namun benarkah wanita lbh kuat menahan sabar bila di uji dalam rumahtangganya. .? yg ni kita para wanita kena jawab sendiri.

Namun yang pasti menjadi suami/isteri ianya adalah memenuhi sunnatullah Yang Maha Bijaksana menjadikan setiap sesuatu itu berpasangan. Surah Yassin: 36

{36} سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنْبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنْفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ

Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

Justeru, tidaklah mulia menjadi SUAMI/ISTERI kecuali jika melaksanakan amanah mengikut yg ditentukan syarak. Begitulah ketentuan Allah hanyasanya tujuan pembinaan keluarga meyempurnakan dan melengkapkan salah satu amanah penciptaan dan kehidupan manusia iaitu UNTUK MENGABDIKAN DIRI HANYA KEPADA ALLAH.

Lantas ketaqwaan menjadi asas penilaian siapakah suami/isteri yang paling Mulia di sisiNya. Sayugia setiap suami dan isteri perlu menunaikan amanah memastikan dan membantu pasangan untuk terus istiqamah membina keupayaan agar dapat terus menunaikan amanah sebagai hamba Allah dengan ttugas sebagai suami,isteri, ibu dan ayah.

Ingatlah Asiah isteri kepada suami yang zalim Firaun. Dengan sifat taqwa yang ada di dalam diri dapat menjadi benteng dari terjerumus sama dengan kezaliman si suami, bahkan ia menyerah dan penuh harap dengan janji Allah di akhirat nanti...dengan doanya Ya Allah... binalah padaku syurga di sisimu di akhirat nanti....

Suami/isteri yang bertaqwasaling menjadi penasihat kepada pasangan atas kesilapan yang dilakukan. Bukan kerana ' cinta' maka turut terjerumus dalam dosa...

Inilah hakikat sunnah berkeluarga....




Tu sahaja.
Syukran.

2 comments: