Saturday, May 22, 2010

Budaya Bulanan Warga SAMTSH....


Barisan sof pelajar puteri bersama guru-guru wanita sedang berdoa selepas solat hajat di suaru Al-Khaliliy.


Gambar dari belakang sof pelajar putera. Imam solat hajat kali ini Us. Mohd Yusri Miskan sedang memberi peringatan sebelum berdoa selepas solat hajat bagi bulan Mei 2010.


Menjadi budaya positif SAMTSH setiap bulan mesti diadakan solat hajat perdana pada satu pagi dlm setiap bulan. Maknanya 1X 1 bulan akan diadakan solat hajat semua warga sekolah yang bertujuan salah satu langkah 'ruhiyyah' / spritual memohon kepada Yang Maha Memelihara Ya Hafeez, Yang Menghalang:Ya Mani' Yang Maha Membuka Jalan: Ya Fattah, Yang Maha Mengetahui Ya Aleem, memohon pada Allah agar sekolah dan ahlinya dilindungi dari sebarang malapetaka dan kebinasaan, cabaran,ujian yang tidak mampu dihadapi. Moga diampun segala dosa kami....diberi petunjuk segala tindakan kami ,diberkati segala amalan dan usaha kami...diberi kejayaan atas segala usaha,cita-cita dan harapan kami...

Bulan ini ia diadakan pada 21 Mei ia hanya disertai oleh pelajar T1,2,6Bawah & 6 Atas STPM shj. Kerana kelas-kelas lain telahpun menjalani peperiksaan penggal 1. Manakala T3 ada taklimat peperiksaan dan kerja kursus. Guru yang turut serta tak sampai sepuluh jari, kerana komitmen tugasan yg lain...

Moga dgn keyakinan usaha ini "Doa senjata Mukmin" Allah mampu memberkati kami selaku penerus Generasi Rabbani harapan ummat di hari muka, menjadi pewaris segala kabaikan, penghalang kemungkaran dan penjulang panji-panji Agama Allah ini. Menjiwai dan menghayati moto hidup yang mulia:

الرسول قدوتنا
القرأن دستورنا
الجهاد سبيلنا
الموت فى سبيل الله أسمى أمانينا

Mungkin tidak semuanya menjadi, tapi jika boleh melahirkan 1/4 dari jumlah zuriat ini , itu kejayaan yang membanggakan. Moga Allah terus berkati usaha ini....syabas kepada guru-guru , murabbi, muallim yang tidak jemu terus bersama-sama menyertai solat hajat ini. Moga kebajikan di sisiNya sahaja akan mengganjari antum...Yang belum atau selalu culas hadir moga bersama di lain kesempatan.

Tawakkalna ilallah...
Ummi Wardah
GBKSM SAMTSH 2010.

No comments:

Post a Comment