Saturday, May 22, 2010

Untuk anak-anak Ummi yang dah lama di luar negara..

Menara KLCC di ambang senja. Dari lebuhraya Akleh, laluan Ummi dari Klang jika ada meeting di KL


Pemandangan lebih hampir..

Menara KL juga kelihatan sayup dikejauhan...

Perjalanan Klang -Kuala Lumpur melalui pelbagai lebuhraya yang berlingkaran di selangor dan Kuala Lumpur adalah rutin Ummi dan Baba jika berurusan di KL dan sekitarnya. Kekerapan perjalanan memberikan pembelajaran tidak formal kepada kami memahami ,merasai,melihat perkembangan Bandaraya Cosmopolitan ini dari hari ke hari.

Buat anakda Ummi seantero dunia yang sudah lama bermusafiran di luar negara moga gambar seadanya ini boleh mengembalikan memory di bandar sendiri. Kerana Ummi tahu ada ramai juga anak-anak Ummi yang keluar negara setelah tamat begitu betah dan berat untuk kembali ke negeri sendiri..............wlpn ada pepatah : Hujan Emas di negara orang ,hujan batu d negeri sendiri...tapi ada kalanya seperti ia tidak relevan dgn perubahan yang berlaku pada setengah anak-anak Ummi...

EEmmm..selamat kembali untuk berbakti pada nusa pertiwi...

Di sini..!!
Ummi Wardah,

No comments:

Post a Comment