Monday, June 14, 2010

Peringatan Bagi anak2 Ummi......

Libasukum libasuttaqwa (Pakaian Kamu Adalah Pakaian Untuk Bertaqwa)

Jadikanlah ia pegangan. Berpakaian yang menepati 'SYARAK' bukan yang hanya mengikut fesyen semata tanpa mengambil kira petunjuk agama/dijadikan begitu menjadi tasabbuh dgn tabarruj. Ia.... berpakaian hanya dik kerana ingin kelihatan ANGGUN....lalu tujuan asal pemakaian ke arah ' ketaqwaan' sudah diambil mudah.

Pakaian juga menggambarkan iman...?

Berpakaian juga merupakan ujian khasnya kepada kita wanita /lelaki. Mahu mengikut fesyen terkini...?, mengikut jenama terkini..?Mengikut standard harga dgn ekonomi kita terkini...? Mengikut kesesuaian kedudukan terkini..?Semuanya ia gambaran IMAN.

Yang terbaik ialah yang digambarkan bahawa pakaian itu lambang ketaqwaan. Ia petanda minima dikenali sebagai muslim/muslimah yang soleh/solehah. Bagaimana ...Iya Al-Quran tidak meletakkan 'fesyen tertentu' tetapi garis panduan amnya tetap ada..Antaranya:

i- Al-Ahzab:33 Pesanan kpd isteri2 Ar-Rasul: Maksudnya,
" Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya". (dari segala perkara yang keji).

ii- Al-Ahzab: 59 Maksudnya:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

iii- An-Nur:31 Maksudnya;

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".


IV- Hadis riwayat Muslim :


Abi Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda,

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Ada dua golongan penduduk neraka yang belum aku lihat sekarang ini. Satu kaum yang bersama mereka cambuk-cambuk seperti ekor sapi yang dipakai untuk memukul orang. Wanita-wanita mereka berpakian namun telanjang, bergaya pundak mereka dan berpaling dari kebenaran. Kepala mereka seperti punuk unta kurus, mereka tidak masuk surga dan tidak mencium baunya. Padahal baunya tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Muslim)

Dalam Surah Al-Akhzab selepas turun ayat2 berkaitan tatacara tingkahlaku yang layak bagi para isteri Rasul & sudah tentunya wanita mukminah, Allah memberi peringatan TEGAS Tiada pilihan lain dari ketetapan itu kecuali perlu taat dan patuh akan perintahNya.

Al-Akhzab:36


" Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata".

Allahu A'alam..Moga kita tetap mendapat petunjuk dgn AlQuran.

Ummi Wardah

No comments:

Post a Comment