Semua kita ada nama..
Pasti kita juga amat gembira, bangga dengan nama yang indah yg telah diberikan oleh ibubapa kita...Betapa tidak...bayangkan tika ibubapakita menyambut kelahiran kita, pastinya hati keduanya amat gembira...
Jika pun takdir kita tidak sepeti yang Ummi nyatakan, ingatlah Allah dan para MalaikatNya dan alam seluruhnya pasti merestui kelahiran dan kewujudan kita...
Justeru....syukurilah apa adanya tanpa kita mempersalahkan sesiapa lagi...
Yang pasti terimalah kenyataannyya..
Kita telah hidup dan wujud di dunia ini..
pasti Allah yang mentakdirkannya...
Kita khalifahNya...
Pasti kewujudan dan kehidupan kita bukan percuma...
Tapi ia pastilah mengikut apa yang Allah kehendaki..
Oleh itu...
Marilah kita terus bersama-sama
menggali ilmu memahami diri dan tanggung jawab kita di DUNIA ini..!
Bercerita mengenai NAMA..ada cerita di sebalik nama kita sebenarnya...
Pernah bertanya ," Bapak kenapa bapa beri nama Ummi dan adik beradik yang perempuan ni ada Siti semua..?". Soal Ummi suatu hari ingin tahu.
"Dalam bahasa jawa Siti adalah ringkasan Syaiyidati. Sebab itu dalam kitab2 Agama yang di tulis dalam bahasa jawa membahasakan Syyidatina Khadijah , Syayidatina Fatimah dll dengan Siti Khadijah,Siti Fatimah dll. Bapak ingin nak-anak Bapak juga memiliki kemuliaan sebagaimana isteri Kanjeng Nabi Siti Khadijah dan anak-anaknya.. dll".Gitulah penerangan ayah panjang lebar bila Ummi bertanya. Lantas Ummi amat rasa bangga dengan nama yang diberi itu...
Namun agak melucukan Ummi kerana nama Ummi sebenarnya Emak dan ayah ingin memberi nama Maisarah tetapi ikut cerita ayah jadi Marhamah sbb ayah terlupa bila tiba di Balai Polis untuk membuat laporan daftar kelahiran. Namun semua ahli keluarga , juga orang kampung lebih mengenali Ummi dengan panggilan Maisarah/Sarah sahaja. Bahkan ramai teman sekampung amat terkejut bila di sekolah cikgu memanggil Ummi dengan panggilan sebenar seperti di dalam kad pengenalan....
Kini Ummi amat bersyukur setelah memahami Bahasa Arab rupanya Marhamah itu nama yang cukup INDAH! Dinukil di dalam surah Al-Balad....Selepas menghayati kandungan Al-Quran Ummi selalu berdoa moga Allah anugerahkan Ummi selebar mungkin bijana kasih sayang dan belas kasihan dalam diri sebagaimana indahnya nama Marhamah@ Kasih Sayang.
Moga Allah suburkan sifat mulia itu dalam diri Ummi selama hayat di dunia ini...Bukankah Ar-Rasul juga diutus kerana kasih sayang kepada Ummat ini....Nyata Baginda memang amat2 mengasihi umatnya...
Pengalaman indah Ummi kongsikan " Ada Apa Pada Nama" agar ada kebaikan darinya....Pasti kita juga amat gembira, bangga dengan nama yang indah yg telah diberikan oleh ibubapa kita...Betapa tidak...bayangkan tika ibubapakita menyambut kelahiran kita, pastinya hati keduanya amat gembira...
Jika pun takdir kita tidak sepeti yang Ummi nyatakan, ingatlah Allah dan para MalaikatNya dan alam seluruhnya pasti merestui kelahiran dan kewujudan kita...
Justeru....syukurilah apa adanya tanpa kita mempersalahkan sesiapa lagi...
Yang pasti terimalah kenyataannyya..
Kita telah hidup dan wujud di dunia ini..
pasti Allah yang mentakdirkannya...
Kita khalifahNya...
Pasti kewujudan dan kehidupan kita bukan percuma...
Tapi ia pastilah mengikut apa yang Allah kehendaki..
Oleh itu...
Marilah kita terus bersama-sama
menggali ilmu memahami diri dan tanggung jawab kita di DUNIA ini..!
Bercerita mengenai NAMA..ada cerita di sebalik nama kita sebenarnya...
Pernah bertanya ," Bapak kenapa bapa beri nama Ummi dan adik beradik yang perempuan ni ada Siti semua..?". Soal Ummi suatu hari ingin tahu.
"Dalam bahasa jawa Siti adalah ringkasan Syaiyidati. Sebab itu dalam kitab2 Agama yang di tulis dalam bahasa jawa membahasakan Syyidatina Khadijah , Syayidatina Fatimah dll dengan Siti Khadijah,Siti Fatimah dll. Bapak ingin nak-anak Bapak juga memiliki kemuliaan sebagaimana isteri Kanjeng Nabi Siti Khadijah dan anak-anaknya.. dll".Gitulah penerangan ayah panjang lebar bila Ummi bertanya. Lantas Ummi amat rasa bangga dengan nama yang diberi itu...
Namun agak melucukan Ummi kerana nama Ummi sebenarnya Emak dan ayah ingin memberi nama Maisarah tetapi ikut cerita ayah jadi Marhamah sbb ayah terlupa bila tiba di Balai Polis untuk membuat laporan daftar kelahiran. Namun semua ahli keluarga , juga orang kampung lebih mengenali Ummi dengan panggilan Maisarah/Sarah sahaja. Bahkan ramai teman sekampung amat terkejut bila di sekolah cikgu memanggil Ummi dengan panggilan sebenar seperti di dalam kad pengenalan....
Kini Ummi amat bersyukur setelah memahami Bahasa Arab rupanya Marhamah itu nama yang cukup INDAH! Dinukil di dalam surah Al-Balad....Selepas menghayati kandungan Al-Quran Ummi selalu berdoa moga Allah anugerahkan Ummi selebar mungkin bijana kasih sayang dan belas kasihan dalam diri sebagaimana indahnya nama Marhamah@ Kasih Sayang.
Moga Allah suburkan sifat mulia itu dalam diri Ummi selama hayat di dunia ini...Bukankah Ar-Rasul juga diutus kerana kasih sayang kepada Ummat ini....Nyata Baginda memang amat2 mengasihi umatnya...
1- Pengalaman 1
Tika Ummi selaku siswi di IPT,(1978-1981) Ummi seperti rakan-rakan yang lain pastinya ramai rakan. Kebetulan YPTIK Nilam Puri Kelantan menjadi tumpuan siswa siswi Nusantara. Antara rakan karib Ummi, rakan perbincangan ialah Kak Rogayah. Kak Gai, itulah panggilan mesra di kalangan kami. Siapa yang tak kenal Kak Gai ketika di YPTIK ...Antara Freshie yang berani dan bijaksana.
Beliau orang Sabahan. Orangnya amat berkarisma. Kak Gai ada menyatakan yang dia suka dengan Ummi. Entah apa.. kelebihan Ummi , Ummi pun taklah tahu. Apatah lagi dengan sifat pemalu Ummi dulu semasa gadis, pasti Ummi pendamkan sahaja perasaan diri bila dipuji..
Selepas beliau menamatkan pengajian langsung berumahtangga. Ketika Kak Gai telah selamat melahirkan anak sulungnya Ummi menerima surat yang 'amat mengejutkan' Ummi. " Mar ...Alhamdulillah Kak Gai selamat melahirkan anak sulung seorang puteri. Atas suka dengan kebaikan Mar Kak Gai namakan anak Kak Gai ini dengan nama Marhamah..!Moga dia bakal jadi anak yang baik seperti kamu..".
Ummi amat rasa terharu selepas membaca surat yang telah dikirimkannya. Masa itu Ummi baharu sahaja bekerjaya sebagai guru di SAMTH pada tahun 1985.....Itu kenangan lebih 30 tahun dahulu..
Jun 2010......tanpa disangka2, setelah berpisah lebih 30 tahun...dengan kehendak Allah jua Ummi ditemukan semula dengan Kak Gai dan anakda Marhamah yang sudah pun berada di tahun akhir di UIAM..!! Semasa bertemu baharu2 ini Kak Gai sempat berjenaka, " Kan persis kamu ketika gadis dulu ..". sambil menunjuk kepada anaknya Marhamah....Dalam hati Ummi berkata MasyaAllah Marhamah junior...bertemu Marhamah Seniour...sambil kami berpelukan antara satu sama lain..
2- Pengalaman Dua..
Sekitar tahun (1990-1991) setelah berkerjaya selama 5 tahun sekali lagi Ummi menjadi siswi di IPTA. Kali ini di Lembah kelang UIAM, kerana mengambil Diploma Pendidikan sepenuh masa selama satu tahun. Ketika itu usia Ummi sudahpun 30 tahun..
Seperti bakal siswa/siswi yang lain kami perlu melalui ujian temuduga Bahasa Arab pada tarikh dan masa yang telah ditentukan...Juga seperti rakan2 yang lain, Ummi cuba mengingat semula Qawaid Bahasa Arab, sejarah sastera dan para sasterawan Arab dari zaman Jahiliyyah hingga ke zaman modern. Ini semua sebagai persiapan menghadapi ujian lisan kemasukan...
Hati Ummi agak 'kecut' bila beberapa rakan yang telah melalui ujian menyatakan betapa susahnya mereka di soal subjek2 lama ketika ditingkatan enam dahulu...! Mendengar ini semua hati Ummi semakin 'kecut perut' dibuatnya. Namun tawakkal mengatasi bimbang yang ada..Alhamdulillah!
Lantaran itu bila Ummi di panggil Ummi agak cukup bersedia dengan soalan2 jika ditanya subjek2 di tingkatan 6 dahulu. Kebetulan pula Ummi pernah menjadi guru mata pelajaran Bahasa Arab STPM beberapa tahun.. .. Pengalaman ini....Ia amat membantu untuk lebih bersedia.....!
Namun Ummi 'amat terkejut' apabila di soal hanya berkaitan nama Ummi sahaja....Penyoal bertanya , " Nama kamu cukup indah..nama kamu ada di dalam Al-Quran kan..? Soal penanya...." Beliau, seorang pensyarah berbangsa Arab Mesir berusia awal 40an. Itu agakkan Ummi sahaja.. "Ya..". Jawab Ummi dengan pasti. Ini kerana Ummi kebetulan memang hafaz surah tersebut.
"Adakah kamu tahu surah apa? dan adakah kamu hafaz surah itu?". Soalnya lagi..
Ummi lantas mengiyakan semua soalan2 ....
Tambahnya lagi," Baiklah...kamu hafaz..kamu baca surah itu..". Ummi pun membaca sehinggalah ayat yang ada menyatakan lafaz Marhamah/kasih sayang itu...Selepas itu beliau mengatakan OK ..khalas anti! memberi isyarat selesai..! Ummi amat2 terkejut sehinggalah beberapa rakan bertanya apa kah yang ummi dapat/soalan yg dikemukakan. Ummi memaklumkan soalan saya amat mudah...
Hanya soalan itu lah sahaja Ummi disoal dan juga Ummi dimaklumkan berjaya mengikuti program pendidakan pula akhirnya....
Ternyata sepanjang tempoh Ummi menjadi siswi rupanya penyoal itu lah yang menjadi salah seorang pensyarah Ummi di kuliah. Ustaz Ahmad Hasyubah sudah agak berusia. Beliau seorang yang sangat tegas, berdisiplin dan amat dedikasi di dalam tugasnya. Itulah yang kami para pelajar amat hormat dengan beliau.
Entah bagaimana ia bermula sepanjang menjadi muridnya ternyata ustaz amat baik dengan Ummi. Ummi sering bertanya banyak perkara di kuliah dan kadang2 Ummi berkunjung ke bilik pejabatnya.
Pelbagai cerita yang diceritakannya kepada Ummi. Beliau telah berpisah dengan isterinya, juga sewarga negara di Mesir. Telah mempunyai 3 orang anak perempuan. semuanya berada di negara kelahirannya.
Beliau pernah dipenjarakan beberapa tahun kerana penglibatan dengan Ikhwan Muslimun. Ketika itulah beliau berpisah dengan isterinya. Tidaklah diceritakannya kenapa ..Selepas keluar beliau merantau ke Filipina dan bertugas beberapa tahun di sana. Akhirnya ke Malaysia dan menyambung pelajaran di peringkat PhD. Seterusnya bertugas di UIAM...
Ketika Ummi dalam latihan beliaulah juga menjadi penyelia. Entah kenapa Ummi tak pasti kenapa Ustaz amat baik sekali khasnya dengan Ummi.
Ummi amat senang bila berjumpa dengan beliau kerana beliau suka membahasakan dirinya, Ayah kepada Ummi. " Maza turid min abiki Ya Marhamah". Begitulah ustaz selalu bila Ummi ke bilik pejabatnya. Ummi pula pasti akan bersama teman jika ada apa2 keperluan untuk berjumpa dengan ustaz. Namun kerana kelebihan ' lebih lancar berbahasa arab' Ummi selalu menjadi juru bicara bagi pihak teman2.
Kebaikan ustaz jelas ditunjukkannya sehinggalah Ummi telah tamat mengikuti program diploma pendidikan. Pernah sekali ketika beliau menyelia 'guru praktikal junior UIAM' di sekolah Ummi, ia beriya2 membawa kek yang dimasaknya sendiri katanya. Disuruhnya Ummi makan kek yang dibuatnya itu..
Selang beberapa tahun ustaz berkunjung lagi ke sekolah Ummi bertugas. Kali ini Ustaz bersama isteri barunya seorang pensyarah di UIAM. Agaknya ingin memperkenalkan isteri barunya. Seorang wanita Melayu lingkungan usia 40an juga..
Ketika itu ustaz nampak amat gembira sambil memperkenalkan isteri barunya yang berasal dari negeri Perak.
Namun kini Ummi tidak pasti di mana ustaz berada...adakah beliau masih berada di Malaysia lagi atau telah ke negara asalnya...Ummi tetap berdoa moga Allah memberikan kebaikan kepada ustaz yang dihormati dan dikasihi atas segala kebaikannya kepada Ummi...Aminnn...!!
Catatan:
Ummi Wardah
No comments:
Post a Comment