Monday, July 5, 2010

Sepanjang Jalan Kenangan.......


Abah sedang memberi penyampaian dalam program MISI10. Sebenarnya sesi perkongsian ngan Ummi juga. Tapi takda di gambar. Antara soalan yang ditanyakan kpd kami dan Baba agak keberatan menjawabnya tapi Ummi jawab ialah:
" Apa pandangan Ust jika berhajat nak walimah semasa masih kuliah? Boleh kongsikan pengalaman ust dan PC dalam hal ini?...".

Sebenarnya bila Baba enggan merai soalan itu, Ummi dapat membaca raut wajah kecewa peserta yang bertanya. Ummi juga amat memahami kenapa Baba enggan menjawabnya, terutama bila diminta pengalaman peribadi. Babah memang seorang yang ' penyimpan rahsia'. Apatah lagi kesah2 peribadinya.

Namun selaku kaunselor sekolah Ummi sebenarnya amat memahami mengapa soalan demikian ditanyakan kepada kami...Berdasar pengalaman dengan remaja sekolah yang dikendalikan kes-kes disiplin dan kes-kes kaunseling di sekolah Ummi merasa terpanggil untuk menjawab atau memberi pandangan. Ini antara jawapan Ummi kepada mereka.

" Ya..betul Ummi ingin meraikan soalan yang dikemukakan. Kami juga dulu ketika berumahtangga Baba masih 'siswa' di IPT. Pada Ummi bila U dah ada keinginan dan tak dapat menahan diri apatah lagi jika bimbang melakukan dosa/zina tuntutan ' bernikah' boleh jadi jatuh kepada wajib.

Namun perlulah difahami dan disedari perkahwinan ini sebenarnya adalah proses bertanggung jawab dan amanah. Bahkan Islam menjamin jika niat berkahwin itu untuk memelihara iffah diri , menjunjung perintah Allah dan Sunnah Ar-Rasul, Allah pasti akan menganugerahkan 'rahmat' dan keluasan rezeki dengan izin Allah.

Namun isu ini selalu menjadi 'dilema' yang menghantui siswa/siswi yang terlibat dlm kes 'bercinta Di IPT'. Sebenarnya umur awal matang/dewasa (18 - 25 ) memang marhalah yang amat2 mencabar minda dan emosi mengawal keinginan mengasihi dan dikasihi oleh berlainan jantina. Itu...fitrah insan.

Petunjuk sunnah dalam perkara ini amat jelas.

792 - Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a: Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya: Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a. Kami bertemu dengan Othman r.a yang kemudian menghampiri Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman r.a bertanya: Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah.
Mendengar tawaran itu Abdullah r.a menjawab: Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami: Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu.

(Sahih Muslim dgn syarah Imam Nawawi )

حدثنا ‏ ‏يحيى بن يحيى التميمي ‏ ‏وأبو بكر بن أبي شيبة ‏ ‏ومحمد بن العلاء الهمداني ‏ ‏جميعا ‏ ‏عن ‏ ‏أبي معاوية ‏ ‏واللفظ ‏ ‏ليحيى ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏أبو معاوية ‏ ‏عن ‏ ‏الأعمش ‏ ‏عن ‏ ‏إبراهيم ‏ ‏عن ‏ ‏علقمة ‏ ‏قال ‏
‏كنت أمشي مع ‏ ‏عبد الله ‏ ‏بمنى ‏ ‏فلقيه ‏ ‏عثمان ‏ ‏فقام معه يحدثه فقال له ‏ ‏عثمان ‏ ‏يا ‏ ‏أبا عبد الرحمن ‏ ‏ألا نزوجك ‏ ‏جارية ‏ ‏شابة لعلها تذكرك بعض ما مضى من زمانك قال فقال ‏ ‏عبد الله ‏ ‏لئن قلت ذاك لقد قال لنا رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يا ‏ ‏معشر ‏ ‏الشباب من استطاع منكم ‏ ‏الباءة ‏ ‏فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له ‏ ‏وجاء ‏
‏حدثنا ‏ ‏عثمان بن أبي شيبة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏جرير ‏ ‏عن ‏ ‏الأعمش ‏ ‏عن ‏ ‏إبراهيم ‏ ‏عن ‏ ‏علقمة ‏ ‏قال ‏ ‏إني ‏ ‏لأمشي مع ‏ ‏عبد الله بن مسعود ‏ ‏بمنى ‏ ‏إذ لقيه ‏ ‏عثمان بن عفان ‏ ‏فقال ‏ ‏هلم ‏ ‏يا ‏ ‏أبا عبد الرحمن ‏ ‏قال ‏ ‏فاستخلاه ‏ ‏فلما رأى ‏ ‏عبد الله ‏ ‏أن ليست له حاجة قال قال لي تعال يا ‏ ‏علقمة ‏ ‏قال فجئت فقال له ‏ ‏عثمان ‏ ‏ألا نزوجك يا ‏ ‏أبا عبد الرحمن ‏ ‏جارية ‏ ‏بكرا لعله يرجع إليك من نفسك ما كنت تعهد فقال ‏ ‏عبد الله ‏ ‏لئن قلت ذاك ‏ ‏فذكر بمثل حديث ‏ ‏أبي معاوية ‏

صحيح مسلم بشرح النووي


Jadi jika U dah termasuk golongan yg Ummi nyatakan berbincanglah sebaik mungkin dengan ibubapa anda. Yakinlah JIKA ayah/ibu anda di kalangan yang menghayati sunnah Rasul cinta Hukum Allah pasti ada jalan penyelesaian yg terbaik bagi memenuhi fitrah anda....!!

Isu yang berlaku kebanyakan ibubapa bimbang anak2 tidak mampu bertanggung jawab memikul amanah 'menyara hidup' keluarga bila berumahtangga. Lantaran kedua2 pasangan juga masih disara nafakah hariannya oleh ibubapa/keluarga. Mungkin ada yang mempunyai pinjaman/biasiswa tetapi itu sebenarnya merupakan hanya mencukupi untuk keperluan dirinya sahaja. Ditambah jika sudah mendapat zuriat maka bertambah pula bebanan saraan itu. Atas kebimbangan inilah ramai ibubapa 'tidak bersetuju/bahkan menghalang ' sianak berhikah ketika masih siswa/siswi.

Setengahnya keluarga bukanlah orang tidak berada, tetapi kerana menjaga maruah keluarga dan status di kalangan rakan taulan , kerana bakal menantu 'belum bekerjaya' hanya 'siswa' maka Hukum Allah dikesampingkan, sunnah Rasul diabaikan. Si anak dibiar /tidak dibantu bahkan 'terdedah kepada dorongan2 yg menjurus kpd dosa...Ibu ayah tak mungkin boleh menghalang persekitan si anak hakikatnya...

Namun sianak yang sudah 'kemaruk cinta' sebenarnya mampu melakukan apa shj demi yang bernama ' cinta dan kasih'.Hanyalah kerana iman yang kukuh si anak mampu bertahan dan menangguhkan hajat di hati. Tetapi alangkah ramainya anak2 yang melanggar hukum dan tatasusila bahkan maruah diri serta agama melakukan dosa semahunya tanpa rasa kesal dan berdosa......Dimana ibu-bapa yg sepatutnya menbantu si anak menunaikan fitrahnya secara terhormat...!!!

Kenapa tidak dibantu ketika si anak ternyata memang sudah sampai masa memenuhi keperluannya bila dia meminta izin.....

Inilah hakikat gejala sosial di kalangan siswa/siswi yang berlaku hari ini...Masyarakat amat bimbang kerana tidak mampu diukur berdasarkan 'meterial' namun mampukah kita menutup mata jika gejala sosial ini berpunca dari ibu bapa yg silap penilaiannya....

Namun JIKA Anda belum bersedia/mampu:
i- Jgnlah pula disuburkan/dilayani keinginan2 itu...terutama 'cinta2 buta'
Bahkan Islam memberi petunjuk yg amat baik...banyakkanlah berpuasa...sebokkanlah dengan amalan /aktiviti membina jati diri.

ii-Berilah fokus yg terbaik kpd ILMU & AKTIVITI 2 MEMBANGUN MINDA,RUH DAN FIZIKAL SERTA SAHSIAH DIRI..bekalan/persiapan/keperluan hari muka.Banyak aktiviti pembangunan jiwa fizikal ,intelek dan rohani yang boleh disertai....Cintailah diri semaksimumnya sebelum masanya untuk bertanggung jawab menjadi ketua rumahtangga....mencintai yg berlainan jantina ...

Moga membantu.....
Ummi dapat merasakan betapa sebenarnya ramai di depan kami yang termasuk 'mereka yang terlibat' dlm isu itu....

Lantas seusai sahaja sesi perkongsian seorang siswa peserta langsung bertanya pandangan Ummi." Apa pendapat ust. saya telah bertanya kepada seorang ukht yang saya berkenan tetapi dia memaklumkan dia telah ada special tetapi masih menunggu jawapan si dia selanjutnya...Ust perlukah saya menunggu jawapan ukht itu....".

Ummi telah menjawabnya , " Cari orang lain...Jikalah temannya tahu U bertanya sedangkan teman specialnya sdg berfikir untuk memberi jawapan pasti dia mungkin marah dgn U. Sbb itu Islam melarang ' belian atas belian orang lain...". Tetapi seolahnya dia tidak berpuas hati....

Di buka jika anda pembaca ada jawapannya...

Gambar bawah Ummi ,Abah dan Sofia di pameran buku antarab
angsa KL 2010.

No comments:

Post a Comment