Tuesday, March 29, 2011

Kongsi Maklumaat....


5 Ways to Develop A Sense of Urgency

By: Brian Tracy

Perhaps the most outwardly identifiable quality of a high performing man or woman is "action orientation."

1. Take Time to Think and Plan
Highly productive people take the time to think, plan and set priorities. They then launch quickly and strongly toward their goals and objectives. They work steadily, smoothly and continuously and seem to go through enormous amounts of work in the same time period that the average person spends socializing, wasting time and working on low value activities.

2. Getting into "Flow"
When you work on high value tasks at a high and continuous level of activity, you can actually enter into an amazing mental state called "flow." Almost everyone has experienced this at some time. Really successful people are those who get themselves into this state far more often than the average.

In the state of "flow," which is the highest human state of performance and productivity, something almost miraculous happens to your mind and emotions. You feel elated and clear. Everything you do seems effortless and accurate. You feel happy and energetic. You experience a tremendous sense of calm and personal effectiveness.


"Could your time management skills get you laid-off this year?"

In today's economy, business is harder than it used to be--people in every industry have to work smarter and harder to show that they deserve to be there. If you don't have the skills to perform for your company and prove that you are the best asset for them, you may be left behind. Click for more >>


3. Become More Alert and Aware
In the state of "flow," identified and talked about over the centuries, you actually function on a higher plane of clarity, creativity and competence. You are more sensitive and aware. Your insight and intuition functions with incredible precision. You see the interconnectedness of people and circumstances around you. You often come up with brilliant ideas and insights that enable you to move ahead even more rapidly.

4. Develop a Sense of Urgency
One of the ways you can trigger this state of flow is by developing a "sense of urgency." This is an inner drive and desire to get on with the job quickly and get it done fast. This inner drive is an impatience that motivates you to get going and to keep going. A sense of urgency feels very much like racing against yourself.

5. Create a "Bias for Action"
With this ingrained sense of urgency, you develop a "bias for action." You take action rather than talking continually about what you are going to do. You focus on specific steps you can take immediately. By employing this technique you concentrate on the things you can do right now to get the results you want and achieve the goals you desire.

Action Exercises
Here are two things you can do immediately to put these ideas into action:

First, select one major task confronting you and launch into it immediately. Don't hesitate. Move fast.

Second, start doing this every morning, first thing, until it becomes a habit.


"21 Ways to Manage Your Time and Double Your Productivity"

Challenge yourself to be a WINNER in the "Game of Life." Tackle tasks head on, be in control of your destiny and achieve your goals faster than ever before! In this program, I will give you unbeatable strategies for streamlining your business and personal life.

After listening you'll breeze through your "to do" list and have more time to spend doing the things you WANT to do. Click for more >>


Monday, March 28, 2011

Beli Emas sebagai Perlindungan


CHINA - Bank Rakyat China (PBOC) menyarankan kepada 1 bilion rakyatnya agar mempertimbangkan pembelian emas sebagai perlindungan nilai terhadap inflasi dan memelihara nilai wang yang boleh jatuh pada bila-bila masa.

Analisis tinjauan pasaran kewangan PBOC seperti yang dilaporkan Forbes menyatakan, nilai beberapa mata wang utama telah turun berbanding emas, sebagai contoh mata wang dolar Amerika Syarikat turun 1 peratus, franc Switzerland 2.5 peratus, pound sterling England 2 peratus dan yen Jepun 2 peratus.

Menurut PBOC, kenaikan harga emas adalah disebabkan konflik di Libya, krisis hutang Eropah, bencana nuklear di Jepun serta pergolakan politik di Syria, Yaman dan sebahagian negara-negara lain di Timur Tengah dan Afrika Utara.

"Semuanya tidak disangka oleh para penganalisis pasaran kewangan," kata laporan itu.

Sekurang-kurangnya 12 negeri di Amerika Syarikat termasuk New Hampshire, Indiana, South Carolina dan Washington bercadang untuk membolehkan warganya menggunakan syiling emas dan perak sebagai alat pembayaran yang sah.

Sebagaimana di India, emas boleh dibeli di 466 pejabat pos di seluruh pelosok negara dan India juga mempunyai syarikat awam yang menawarkan kredit bagi rakyatnya yang ingin membeli emas atau perak.

Tidak hairanlah harga emas akhir-akhir ini terus melambung naik hinggakan Goldman Sachs meramalkan harga emas bakal mencapai USD1,565 satu aun dalam masa 6 bulan ke hadapan dan USD1,690 dalam 12 bulan akan datang.

"Harga emas boleh naik 18 peratus dalam masa 12 bulan," katanya.

Dalam pada itu, Goldman memberi amaran tegas kepada pengusaha mengenai harga dalam jangka pendek akibat pengambilan untung yang melampau.

Next >

Saturday, March 26, 2011

Bila Dah Sampai Seru....?.Meh fikir2 dulu moga dpt ilmu..

10 soalan sebelum meminang

meminang

Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, ‘dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin’.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’, bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait yang kini aktif mengadakan program-program berbentuk bimbingan kekeluargaan, berdasarkan pengalaman dan pengamatannya ketika mengendalikan kes-kes berkaitan dengan masalah rumahtangga menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.

Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chating dan sebagainya.

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

(Bahkan banyak dosa dari pahala.! Juga dah hilang sebahagian keseronokan fasa ' Honeymoon' di awal perkahwinan, sbb 'dah dihabiskan' semasa tempoh bercinta. Sdgkan jika dibuat diawal perkahwinan/ sudah berkahwin ia, 'pahala belaka' disukai Allah lagi!Itulah keberkatan...nie Ummi tambah) Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya. Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan. Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil. Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur yang jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa. Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan. Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi. Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih. Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri. Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil. Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri. Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan. Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya. Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar. Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.


Note;

Ummi panjangkan catatan/peringatan ini moga anak2 Ummi dan para pembaca dpt manfaat darinya buat pedoman bersama demi memburu Cinta Yg Suci di Ridhai Allah hingga ke Syurga.

Jzkk Ust Maznah....

Wassalam.

Ummi Wardah

Sunday, March 20, 2011

Pengubatan Alternatif utk Cancer

Teman pembaca yang budiman...

Sihat dan sakit hakikatnya anugerah Allah kepada yang dikehendakiNya. Kedua-duanya perlu disyukuri dan di terima sebagai rahmat dan nikmat dengan penuh sabar dan redha. Jika diberi sihat kita perlu sabar dengan cabaran mengurus ' nafsu dan keinginan' nya dengan bijaksana. Sebaliknya jika diberi sakit kita perlu redha dan sabar mencari penawar dan ubatnya.

Benarlah maksud hadis Ar-Rasul yang maksudnya, alangkah bagusnya mukmin itu, semua keadaannya baikbelaka. Kerana apabila diberi nikmat ia syukur dan bila diberi sakit/musibah ia bersabar...".

Hari ini Ummi berkesempatan menziarahi jenazah ibu kepada sahabat Ummi di Melawati. Dimaklumkan Almarhumah merupakan pesakit cancer paru-paru yang baru sahaja dikenalpasti..Sekalipun tidak dapat melihat wajah jenazah namun Alhamdulillah dapat turut serta bersolat jenazah. Moga Allah ampunkan dosa almarhumah dan digolongkan di kalangan solihaat.

Berkesempatan bersua dan berbincang beberapa sahabat yang turut berziarah, Soalan lazim sahabat yang bertemu pasti bertanya ," Apa khabar..? U mcmna..? OK ke..nampak masih sihat lagi..amalkan makan apa...?

Atas dorongan dan nasihat sahabat2, Ummi perturunkan petua yang Ummi amalkan Khas untuk pesakit Cancer. Moga2 bermanfaat kepada yang berkenaan dan diberi kesembuhan/dipanjangkan umur.....Namun demikian bertanyalah yg lebih arif, kerana Ummi juga dimaklumkan setiap pesakit cancer jika menggunakan pengubatan Al-Quran ia pasti akan diberikan ayat2 amalan yang berbeza, khusus utk pesakit tersebut mengikut petunjuk yang diberi..Allahu A'alam..

1- Pengenalan
Melalui perbincangan/perkongsian dgn beberapa pengamal perubatan Elopathy, Homeopathy: Punca Cancer disebabkan beberapa perkara; genetik/keturunan, pemakanan, pencemaran alam sekitar, masalah psikologi yg berlaku pada individu dll...namun yang masih terkenang2 akan kata-kata doktor, sebenarnya dr pun tak tahu punca sebenar cancer ini...

Pada kita sebagai muslim kita yakin kemungkinan cancer adalah sel2 negatif yang sedia ada dari awal kejadian kita.Itukah 'Qarin'..?. Kita disatukan dalam proses persenyawaan melalui cantuman sel2/DNA negatif dan positif dari kedua ibu bapa kita. Jika ada faktor2 'yg menyuburkan' sel-sel negatif itu berlaku pada individu, cth; sbb makanan, isu psikologi dll, kemungkinan utk mendapat cancer boleh berlaku...Namun ada juga orang terdedah kepada semua kemungkinan berlakunya 'cancer' ia tidak pula terkena cancer. Justeru,Ini semua adalah dengan kuasa Allah jua....

2-
Bersambung....i.Allah

Thursday, March 17, 2011

Lagi foto2 semasa di KK

Di awan biru...Subhanallah...cantiknya awan yg berkepul2..bergerak laju...
Membayangkan betapa tangkasnya Para Malaikat sebuk bertugas menggerakkan angin mengikut perintah Tuhannya...!!
Tika melihatnya lantas teringat ayat2 suci Allah Surah An-Naziaat: 3 -5:
وَالسَّابِحَاتِ سَبْحًا ﴿٣﴾ فَالسَّابِقَاتِ سَبْقًا ﴿٤﴾ فَالْمُدَبِّرَاتِ أَمْرًا ﴿٥﴾وَالسَّابِحَاتِ سَبْحًا ﴿٣﴾ فَالسَّابِقَاتِ سَبْقًا ﴿٤﴾ فَالْمُدَبِّرَاتِ أَمْرًا ﴿٥﴾
Maksudnya:
Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya .3
Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya;4
Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)! 5

Bergambar dengan Pn. Faridah Titingan, team debat abah masa di SM Sain PP dulu2..
rupanya beliau juga class mate, rakan karib Kak Gai Bahron..semasa di Tawau..



Bukan main mesra Sofia dan Fatnin, mcm rakan sepermainan seharian..walhal baru kali ni shj keduanya dapat bersama yg lama...masa nak berpisah di airport, saling bertangisan..eemm..itu..jiwa kecil seorang kanak2 pun amat memahami erti persahabatan dan perpisahan...

Ikan Tuna Besar ..tak pernah nampak di Selangor...
rasa isiya seperti daging...RM12 sekilo...yummy..!!


Puncak Kinabalu yg dilitupi kabus..di kakinya pun
sungguh sejuukkk..! belum lagi ke puncak!



Majlis Perkahwinan anakda Marhamah dan Nasir di Dewan MUIS, KK.

Ada kenangan istimewa nama anakda Marhamah dan nama Ummi.
ada Ummi kongsikan sebelum ini di entry Ummi...Ianya juga mendorong utk Ummi turut meraikan majlis perkahwinannya..Alhamdulillah dan Tahniah kpd pasangan anakda Marhamah & Nasir juga buat bondanya; Ust. Hjh Rogayah Bahron & Hj Rosli. Moga berbahagia hingga ke Syurga..

Dlm pesawat ke KKIA

Wah..Sofia dgn tiket dan My Kidnya..

KKIA Sabah

Foto2 lama yg dpt dikongsikan..baru berkesempatan di masukkan di sini..
Ummi.

Quake, Tsunami...Where's Next...............????


When Will We Learn?

The world has suffered three tsunamis in 13 months.

Why our warning systems need to be better..

The devastation left by the 2004 tsunami in Indonesia is a sobering reminder of man’s limitations.

Kyodo / Xinhua Press-Corbis

The tsunami violently surges ashore in Natori, Japan.

The Scariest Earthquake Is Yet to Come

The tsunami that struck Japan was the third in a series of events that now put California at risk.


Japan's quake: Why California is next

Massive earthquakes sometimes trigger temblors across oceans, says Simon Winchester in Newsweek. And science suggests that, after Japan, the Big One could be coming to California

POSTED ON MARCH 14, 2011, AT 11:25 AM
A San Francisco woman watches as waves hit the Pacific  coast Friday: California didn't incur major damages from Japan's earthquake and tsunami... yet.

A San Francisco woman watches as waves hit the Pacific coast Friday: California didn't incur major damages from Japan's earthquake and tsunami... yet. Photo: Getty SEE ALL 16 PHOTOS

Best Opinion: Newsweek

"Mankind inhabits this Earth subject to geological consent,"says Simon Winchester inNewsweek. And, as demonstrated by the earthquake and resulting tsunami that brought Japan to its knees, this consent "can be withdrawn at any time." Japan sits "at the junction of a web of tectonic-plate boundaries that make it more peculiarly vulnerable to ground-shaking episodes than almost anywhere else." But the disaster there can't be viewed in isolation. When one side of a tectonic plate shifts, "the Earth becomes like a great brass bell, which when struck by an enormous hammer blow on one side sets to vibrating and ringing from all over." This can trigger catastrophe on faraway edges of the same great plate, which could be bad news for California. Here, an excerpt:

There was a horrifically destructive Pacific earthquake in New Zealand on Feb. 22, and an even more violent magnitude-8.8 event in Chile almost exactly a year before. All three phenomena involved more or less the same family of circum-Pacific fault lines and plate boundaries.... Now there have been catastrophic events at three corners of the Pacific Plate — one in the Northwest, on Friday; one in the Southwest, last month; one in the Southeast, last year


That leaves just one corner unaffected — the Northeast. And the fault line in the northeast of the Pacific Plate is the San Andreas Fault, underpinning the city of San Francisco. ...


All know that the San Andreas Fault is due to rupture one day — it last did so in 1906, and strains have built beneath it to a barely tolerable level. To rupture again, with unimaginable consequences for the millions who live above it, some triggering event has to occur. Now three events have occurred that might all be regarded as triggering events. There are in consequence a lot of thoughtful people in the American West who are very nervous indeed — wondering, as they often must do, whether the consent that permits them to inhabit so pleasant a place might be about to be withdrawn, sooner than they have suppose.

Read the full article at Newsweek.
What My friends says of this article,"....

Yes, DR hafizi,
I have three to four books authored by him.Very interesting books indeed,.Akhi Norazmi, Katrina hurricane happened towards the end of 2005, in early 2005, there was an article in National Geograhic covering New Orleans and Louisana at large. One of the interesting highlight was, RED Cross Society did not have an office in downtown New Orleans because the risk of flooding. It was predicted that New orleans would be 12 to 20 feet under water, it was just matter of time only. But not many people beleive it. I beleive same goes to California, people have short term memory and always believe they are on top of everything!!!

Ooo...Readers
Hence, this is the most appropriate time for your return to God, the Almighty Creator and the creature ... before another Disaster or destruction ... It comes when it comes on you do not remember what happened you missed the fact that .... and no regrets at that point ..!!!!

It was not me but a warning, as the Prophets had to do ...
May Allah bless and bless us all ...

Ummu Wardah..
16 Mac 2011
Bdr Puteri


Wednesday, March 16, 2011

Khutbah Sempena Bencana Gempa Dan Tsunami

Kesan Bencana Tsunami yang berlaku di Utara Jepun 11 Mac 2011

Khutbah Jumaat
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian
Firman Allah dalam ayat 25 surah al-Anfal :

وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةً۬ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةً۬‌ۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

Maksudnya :

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Sidang Jumaat yang dirahmati sekelian.

Firman Allah Ta’ala:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ

“Telah berlaku kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia.” (QS. Ar-Rum: 41)

Hubungan langsung di antara maksiat dan kebinasaan berupa bencana alam samada gempa, ombak tsunami, letusan gunung berapi, tanah runtuh, banjir besar, ribut dan taufan dinyatakan dengan jelas oleh Allah SWT.

Malangnya manusia sekular termasuklah di kalangan umat Islam yang sudah tidak berpandukan kepada petunjuk dan hidayah seringkali mengaitkan bencana dengan fenomena alam semata-mata. Mereka menggunakan fakta Sains untuk menerangkan kejadian gempa. Gempa itu dikatakan goncangan akibat dari tolakan dan desakan kepingan-kepingan tektonik yang desak mendesak di antara satu dengan lain. Akibat dari desakan dan tolakan ini maka satu plate tektonik akan menolak plate tektonik yang berlawanan dengannya. Akibatnya berlakulah gegaran. Jika epicentrenya terletak di dasar laut maka terbentuklah gelombang besar yang dikenali sebagai tsunami.

Memang benar semua bencana bumi boleh diterangkan dengan penjelasan saintifik kerana semua kejadian di alam ini adalah menurut sunatullah. Namun pemikiran manusia tidak sampai kepada mencari jawapan kepada kenapa dunia ini bertindak sedemikian sehingga berlakunya kejadian seumpama gempa dan tsunami.

Dari Anas bin Malik, beliau mengatakan pada Qatadah, “Sungguh aku akan memberitahu kepada kamu satu hadis yang tidak pernah didengar orang-orang sesudahku. Kemudian Anas mengatakan,

إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا

“Di antara tanda-tanda hari kiamat adalah: sedikitnya ilmu dan tersebarnya kebodohan, minum arak dan merebaknya perzinaan.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Abdullah bin Mas’ud, berkata, “Tidaklah muncul perzinaan di sebuah negeri, kecuali Allah mengumumkan kehancurannya.”

Abu Hurairah radliyallah ‘anhu berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “tidak terjadi hari kiamat sehingga dihilangkannya ilmu, banyak gempa bumi, . . . .” (HR. Bukhari, no. 978).

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam duduk-duduk bersama para sahabatnya, lalu baginda bersanda; “Sebelum terjadinya kiamat akan terjadi kematian-kematian yang mengerikan, dan sesudahnya akan terjadi tahun-tahun di mana berlakunya gempa bumi.” – dari Salamah bin Nufail RA (Musnad Imam Ahmad)

Ibnul Qayim rahimahullah dalam kitabnya Ad-Da’ Wa Ad-Dawa’ menyalin pelbagai riwayat tentang kejadian gempa dan perbuatan zina. Di antaranya seperti berikut:

Yang pertama,

Ibnu Abi Ad-Dunya rahimahullah meriwayatkan dari Anas bin Malik radhiallahu anhu, bahwasanya beliau dan seorang lagi masuk menemui ibunda ‘Aisyah radhiallahu anha, lalu orang tersebut berkata: “Wahai Ummul Mukminin! Beritahukanlah kepada kami tentang gempa.” Ibunda ‘Aisyah menjawab: “Apabila mereka telah memperbolehkan perzinahan, meminum khamer/arak, memainkan alat musik, maka Allah Subhanahu wa ta’ala marah di langit-Nya dan berfirman kepada bumi: ‘Bergoncanglah atas mereka!’ Jika mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut (berhentilah), jika tidak, maka hancurkanlah mereka!” Orang tersebut berkata: “Wahai Ummul Mukminin! Apakah itu adzab atas mereka?” Beliau menjawab: “Itu adalah peringatan dan rahmat bagi orang-orang beriman, dan hukuman, adzab serta murka atas orang-orang kafir.”

Yang kedua

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah meriwayatkan dari Shafiyyah radhiallahu ‘anha, beliau berkata: “Bumi bergoncang di Madinah pada masa Umar radhiallahu anhu, lalu beliau berkata: ‘Wahai manusia! Ada apa ini? Alangkah cepat penyimpanganmu! Kalau sekiranya bumi telah kembali seperti semula aku tidak akan tinggal bersamamu di sana.’”

Yang ketiga

Berkata Ka’ab rahimahullah, “Sesungguhnya terjadinya gempa bumi adalah apabila dilakukan kemaksiatan di atasnya, lalu bumipun bergetar takut apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala mengetahuinya.”

Riwayat-riwayat yang disebutkan Ibnul Qayim di atas diperkuat dengan hadis berikut:

Dari Aisyah radliyallaahu ‘anha berkata, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda:

يكون في آخر الأمة خسف ومسخ وقذف قالت قلت يا رسول الله أنهلك وفينا الصالحون قال نعم إذا ظهر الخبث

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, perubahan muka (menukar ciptaan Allah) dan kerusuhan.” Aisyah berkata, “saya bertanya, wahai Rasulullah, apakah kami akan binasa padahal di tengah-tengah kami masih ada orang-orang shalih?” Beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, “ya, yaitu apabila telah tersebar keburukan.” (HR. Tirmidzi. Dishahihkan Al-Albani dalam Shahih Jami’ al Shaghir 6/358 no. 8012)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Tidakkah apa yang berlaku sebelum ini menimbulkan keinsafan kepada manusia? Amat malanglah sekiranya manusia masih lagi mencari-cari alasan untuk tidak mahu mengambil iktibar.

Cakap-cakap berupa Negara kita berada di luar zon gempa, kita berada di luar lingkaran api Pasifik, kita berada di pelantar Sunda yang paling tohor di rantau ini dan paling stabil, sedang jiran-jiran kita di Sumatera dan Jawa berada di pertemuan dua kepingan tektonik yang sentiasa bergerak iaitu plate tektonik India dan Australia. Di selatan pulau Jawa pula terdapat jurang Jawa yang sangat dalam mencecah lebih 30,000 kaki dalamnya. Sebab itu Pulau Sumatera, Jawa, kepulauan Sunda Kecil sehingga Sulawesi dan Kepulauan Maluku terdapat lebih 500 gunung berapi aktif. Jangan lupa Gunung berapi Krakatoa di selat Sunda pernah meletup pada tahun 1883 dan membunuh tidak kurang dari 40,000 nyawa akibat tsunami yang tingginya mencecah 30m tingginya (melebihi 100 kaki) sedang tsunami yang berlaku di Jepun adalah pada ketinggian 10m (30 kaki). Danau Toba adalah bekas gunung berapi mega (caldera) yang pernah meletus 70,000 tahun lalu sehingga bumi dilitupi salji selama seribu tahun dan tidak ada hidupan yang dapat bertahan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Orang yang merasa selamat dari azab Allah adalah orang yang amat malang. Kita amat bimbang kemakmoran yang dikecapi oleh kita selama ini merupakan istidraj, satu ujian dari Allah untuk terus menjadikan kita leka dan alpa. Di masa yang sama harta melimpah ruah dan manusia semakin tenggelam dalam maksiat dan keseronokan tanpa batas. Akhirnya apabila Allah menurunkan azabnya, kita langsung manjadi manusia yang berputus asa, Nauzubillahi minzalik.

Tidak ada sebab kini kita merasa selesa. Perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan bilangan anak-anak zina yang didaftarkan pada tahun lepas mencecah 70,000 orang.

Berdasarkan kepada hadis-hadis Nabi yang diutarakan tadi, kita termasuk di kalangan mereka yang berisiko akan ditimpa oleh bala. Jangan sekali-kali merasa selesa kerana berada di luar zon gempa. Bumi ini milik Allah SWT dan bolih memerintahkan mana-mana bahagian bumi ini dengan kehendaknya.

Allah Ta’ala berfirman:

ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ ائْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ ﴿١١

“Lalu Dia (Allah) berkata kepadanya (langit) dan kepada bumi, ‘datanglah kamu berdua menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa’. Keduanya menjawab, ‘kami datang dengan suka hati’.” (QS. Fushilat: 11).

Bumi tidak bergerak dan bergeser sehingga terjadi musibah gempa kecuali dengan perintah dan izin dari Allah Ta’ala, penguasa alam semesta.


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ