Monday, June 6, 2011

Balik Kampung...Amalan berziarah/Bersilaturrahim...

Cuti sekolah kali ini ( penggal 1) kami mengambil peluang melakukan ziarah keluarga di kampung. Ya..agak lama kami tak balik...

Ziarah keluarga kali ini kami singgah di Taman Rapat Setia, Ipoh dahulu. Rumah Pak Ngah Hj Nazmi dan Mak Ngah Hjh Zainab. Pak Ngah tiada di rumah ketika kami sampai sebab sudah bertolak ke Putra Jaya. Kalau ta silap Pak Ngah sudah agak lama bekerja di Putra Jaya. Hujung minggulah baru mereka dapat berkumpul..Mengenang ini Ummi teringat saat Abah juga terpaksa bekerja berjauhan seketika dulu...
Aaargh...Moga mereka akan terus tabah mengahadapi situasi terpaksa berjauhan begitu....Lagipun anak-anak Pak Ngah sudah besar panjang belaka. sudah tentu apa-apa keperluan Mak Ngah ada yang membantu...Ha...Tu dia..mereka semua ceria di dalam gambar kan..! Tapi yang tak nampak dalam gambar ni, Safiq...sbb dia jadi cameraman...satunya anak bujang yang ada di rumah.

Semasa kami sampai jam sudah pun menunjukkan pukul 10.10 malam. Namun mak Ngah dan anak-anak telah sedia menghidangkan kami Laksa Special nya. Seingat Ummi antara masakan special Mak Ngah ialah laksanya ni la, macam rasa laksa arwah Tok Hjh Saadiah...
Apa lagi, kami pun makan lah sehingga kenyang...Emm...dibekalkan lagi laksa tu untuk Sofia yang tidak mahu makan disebabkan baru bangun dari tidur sepanjang perjalanan tadi...



Rumah keluarga yang ke 2 yang kami singgah rumah Mak Lang Nazmah. Pak Su Nazli pun tinggal sekali dengan Mak Lang. Sebenarnya tiap kali balik kampung di Lunas ni, rumah Mak Langlah jadi rumah keluarga berkumpul semenjak Tok dan Tok Wan dah tiada. Sampai di rumah Mak Lang seperti biasa, Mak Lang tengah menguliti soalan/jawapan kertas peperiksaan pertengahan tahun.

Gitulah cikgu, walaupun cuti namun hakikatnya cuti sambil bekerja, cuma tak ke sekolah seperti hari persekolahan biasa. Tapi ramai cikgu yang cuti pun masih ke sekolah juga kerana ada pelbagai program cuti sekolah yang telah di atur oleh sekolah sewaktu cuti. Ada pula guru-guru yang perlu/ditugaskan membantu pengurusan sekolah dengan pelbagai perkara juga....

Selepas solat isya' dan makan malam kami pun berangkat balik ke Klang. Sebelum tu kami singgah sebentar di rumah Pak Anjang Nazri dan Mak Anjang Norizan. Tapi kami tiada gamba di sini...

Pak Anjang juga tiada di rumah. Hanya Mak Anjang dan anak lelakinya yang bongsu Nikmat yang sedang mengajar beberapa orang kampung mengaji Al-Quran. Pak Anjang dan anak-anaknya juga mengadakan kelas2 mengaji untuk orang-orang kampung yang memerlukan perkhidmatan mereka di rumahnya. MasyaAllah..... dan Tahniah...moga usaha dan amal yang mereka berikan diberkati Allah...Sebenarnya tak ramai orang yang mampu atau bersedia mengajar orang awam untuk khidmat masyarakat seperti ini , sekalipun mereka berpendidikan tinggi...Ya..lah bukan mudah mahu membimbing orang yang telah ' dewasa' mengenal/menyebut Kalam Allah...kerana lidah orang dewasa yang dah 'telo' berbanding kanak-kanak kecil...pelbagai sleng sebutan yang telah kelat tu pasti memerlukan ' cikgu' yang sabar mahu menyebut huruf2 arab hijaiyah dengan makhraj dan tajuwid yang betul...

Tapi bagi Ummi yg paling bangga dan syukur serta tahniah kepada orang-orang ' dewasa yg sedar' walaupun ketika sudah berusia untuk ' kembali' menghayati ayat-ayat suci di hujung perjalanan usia.....

Sungguh, Al-Quran adalah umpama ' FAIL MEJA' bagi seorang pekerja...jika pekerja tidak membaca/mengetahui fail mejanya untuk melaksanakan tugas pastilah banyak kesilapan yang pasti dilakukan...nama pun fail meja..jika dipantau ia mesti ada di atas meja yang menunjukkan ia mesti dijadikan rujukan utama para pekerja...

Begitulah kita dengan Al-Quran ini, ia bukan setakat sahaja berpahala apabila dibaca tapi mesti diusahakan dengan gigih untuk memahaminya dan menghayatinya sepanjang kehidupan ini..Itulah tuntutan kepada setiap muslim, yang pastinya Allah akan persoalkan bila saat bertemuNya nanti....Namun ramai manusia yang lupa saat pertemuan denganNya walaupun sudah berusia tua....!!! Padahal hidup dan mati umpama pertukaran siang dan malam..ia amat dekat...!

Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu).
Al-Furqan:[63]


Justeru alangkah mulianya jika dapat mengajarkan, menyampaikan, dan memaklumkan Al-Quran kepada orang lain..!! Itu adalah tuntutan hidup muslim...supaya mewarisi tugas Rasullullah s.a.w. ..meyampaikan, mengajarkan, membimbing manusia sehingga akhirnya mengenali Allah, tunduk dan patuh kepadaNya serta menjadikan Al-Quran adalah panduan hidupnya...bukan barat atau pun timor atau budaya nenek moyang yang bercanggah dengan kehendak Al-Quran...

Moga kita dijauhi dari menjadi orang yang 'buta' dengan Al-Quran...sungguh sebenarnya betapa ramai muslim yang tidak kenal/tahu al-Quran kecuali hanya rutin bacaan dalam solat..itu pun jika solat...




[17:72] Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).






[13:19] Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar, sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran,


Moga kita diberi peluang sebelum bertemuNya agar kembali kepada pengajaran Al-Quran dengan sebenar-benarnya.
Ya Allah..hilangkanlah sifat 'sombong dan takabbur' dari dalam hati kami, kerana sifat ini selalu mendinding diri dari mengenal kebenaran. Sebaliknya, hiaskanlah jiwa kami dengan sifat hilm/lembut, tawadhuk dan akhlak yang mulia. Ampunilah dosa dan kesilapan kami. Golongkanlah kami di kalangan as solihin di dunia dan di akhirat..

Amin..

Berbalik kepada cerita ziarah, ziarah adalah sunnah Rasul. Bahkan ziarah/menghubungkan silaturrahim merupakan sebab kepada kerahmatan Allah kepada ahli rumah. Ada pepatah Arab memuji mereka yang sering ziarah untuk tujuan yang mulia ini...
Rasullullah amat-amat mencela orang yang memutuskan silaturrahim. orang memutuskan silaturrahim dikatakan tidak mencium baunya syurga...bahkan seorang muslim tidak boleh marah/tidak bertegur sapa dengan saudaranya melebihi 3 hari..jika melebihi ia dianggap memutuskan silatur rahim...insyaAllah jika jumpa matan hadisnya nanti Ummi akan sisipkan di sini..

Apapun amalan sunnah ini dalam keadaan hari ini kadang2 memerlukan kos yang bukan sedikit. Al-maklum keluarga yang tinggal berjauhan menjadi kekangan untuk melakukan amalan yang mulia ini..Justeru sesiapa yang dimudahkan Allah ambillah peluang pengajaran ayat yang bermaksud,
" belumba-lumbalah kamu melakukan kebaikan dan kebajikan...". Sungguh Allah tidak akan mensia-siakan amalan yang ikhlas sekalipun kecil...
Alhamdulillah moga ziarah kami diterima sebagai amal kebajikan di sisiNya jua..

Catatan,
ummi Wardah.

No comments:

Post a Comment