Monday, June 6, 2011

Jaulah keluarga ke Kuala Kangsar....dan Tasik Raban


Joging......di tepi sungai Kangsar..


Resort di Tasik Raban...tempat yang nyaman..udara masih bersih..jauh dari hiruk pikuk bandar raya....jika dapat menginap di sini pasti ' best'...
" Nantilah lain kali". Abah kata..

"Persimpangan menuju ke Tasik Raban...destinasi seterusnya..


Mengambil kesempatan beriadhah sambil melihat air sungai Kuala Kangsar mengalir perlahan..Kabus masih tebal ketika kami sampai di tepian sungai ini kerana jam masih menunjukkan jam 7.30 pagi...walaupun hampir dinihari baru kami tiba di penginapan, tetapi seusai solat subuh berjamaah, kami gagahi juga ' program jalan-jalan' ini kerana ada destinasi dan tugas lain seterusnya yang perlu dituju dan dilakukan...kerana Abah sebenarnya 2 hari ini bertugas di utara...

Selamat Datang ke Kuala Kangsar....pintu gerbang menyambut tetamu yang
datang ke pekan ini..


Menginap di Rumah Rehat betul-betul di tebing Sg Kangsar. Dulunya sungai ini pasti menjadi laluan utama penduduk bandar di raja ini..

Masjid Ubudiah...menampilkan ciri-ciri binaan seni Islam yang unik..

Hampir pukul 12 malam baru lah kami sampai di pekan Kuala Kangsar.



Jika malam, rupanya Kuala Kangsar ni bermandi cahaya yang berkerlipan dengan pelbagai bentuk dan warna warninya....


Catatan
ummi Wardah

No comments:

Post a Comment