Mengingati hari kelahiran bagi Ummi bukan shj syukur..tapi lebih bimbang dan harap serta takut..kerana mengingati Debaran saat kembali yg semakin hampir..jalan2 bagaimanakah yg telah dilalui sepanjang masa/umur yg di anugerahi selama ini....
Antara tempoh2 yg masih amat2 diingati rupanya begini..Allah jualah kiranya yg mengaturnya..MasyaAllah..Alhamdulillah..
Hari ini ..yaum milaadi...ke 51 thn..hemm WARGA EMAS..eemm...Masya Allah...51 thn tu rase sekejap jer..
10 thn dulu 41thn (aku, sisiwi di IPTA UM. Masih jelas dalam memori ini, hadir kuliah di Fakulti Pendidikan, Menguliti buku-buku psykologi & Kaunseling...yg majoritinya dalam BI...memandu sendirian dari UM ke Klang hingga hampir tengah malam barulah aku sampai di rumah..jika kuliah sehingga 10.00 malam, menulis projek paper, waktu dini hari dengan kandungan 9 bulan anak bungsuku..Sofiah Kauthar. membaca bertimbun buku-buku mencari bahan tambahan untuk penulisan esei dan pembentangan) Alhamdulillah akhirnya habis juga kuliahku 2005....
10 thn sblmnya 31th( aku JUGA siswi di IPTA IIUM, 6.15 pagi, setiap pagi aku akan berkejar ke stesen bas Klang ..menaiki bas ekpress ke KL bagi memastikan sampai 7.30 pagi di kuliah, Baby ke duaku masih kecil, masih menyusu badan.. 5 bulan, melalui saat getir ketika terpaksa menangguhkan fasa latihan mengajar kerana melalui pembedahan extopic prentnancy..hampir 4 jam di bilik OT Pantai Medical Center....), Alhamdulillah akhirnya aku berjaya juga menghabiskan tempoh latihan mengajar dan ditauliahkan selaku guru pada Mei 1991, 3 bulan lewat dari rakan seperjuanganku yang lain...
10 thn sblmnya 21th (YA ..aku juga sisiwi di IPT, di Nilam Puri Kelantan dan Al-Azhar U, kenangan indah dalam perjalanan hidup ini yang tak mungkin dilupakan saat aku berdiri dan sujud ' syukur' di depan Multazam di Baitullah 1983 buat pertama kalinya dijemput menjadi tetamu Allah di rumahNya...) Alhamdulillah akhirnya aku lulus menjadi graduasi Al-Azhar 2003.
10 thn sblmnya 11 thn.( aku, murid Djah 5 SK Pt6, menggapai ' angan-angan' akan ke luar negara suatu hari nanti..kerana tempias abang sulongku ketika itu yg baru sahaja ke luar negara...) walaupun aku hanyalah anak petani miskin yang tinggal nun di desa..
10 thn sblmnya, aku masih di alam ruh....! Dalam kandungan ibu....Ibu kata , " Awak tu antara babby mak yang paling senang di jaga masa kecik2 dulu..jika menangis sahaja letak dan biarkan sebentar pasti lepas itu akan diam...dan tidur..". cerita Ibu yang kini masih tinggal bersamaku..Pagi tadi bila kusuapkan sarapan pagi ke mulut ibu, aku membayangkan ketika aku kecil2 dulu pasti ibulah menyuapkan nasi bubur/beras bubur lembut ke mulutku...Terima kasih Ibu...! aku yakin ibu pasti banyak berdoa buatku dalam solat malamnya semasa ibu muda-muda dulu. Terutama ketika Qiamullail, Ibadah yang jarang ditinggalkannya..
Putaran dunia, aku masih ingat lagi ..ibu seusiaku 51 tahun ini masih gagah, mampu menggalas barang yang berat di pundaknya jika balik dari kebun atau bendang...masih gagah mengayuh basikalnya 7 batu untuk ke pekan Sg Besar...kini ibu semakin uzur...namun syukur kerana ditakdirkan aku diberikan peluang menjaganya di saat ia sangat memerlukan khidmat anak- anaknya....Moga Allah ampuni kami semua..
Beberapa hari lepas aku sempat membisikkan pada ibu..," Mak..takutkan mak kita berdua...dah hampir nak mati...tp, nanti kita duduk same di syurga ya mak.Nanti Sarah nak tengok emak cantik dan muda..'. ibu terus menjawab ya mudah-mudahan itu lah yang didoakan selalu...sambil mulutnya terus-terusan berzikir.....tangannya memicit2 lenganku..sambil menitiskan air matanya...amat terasa ...kasih seorang ibu..
Ya Allah....Bila dikenang apa yang telah berlaku, semuanya bagai yg dicita-citakan ketika usiaku 10 thn dulu..semua... Allah telah memberinya bagai yang dipinta..Alhamdulillah!
Apakah Allah akan memberiku usia tambahan lagi untuk 10 thn mendatang pula....??? Ya Rabb Yahdiini sabiili ala sabiilil huda hudaaka...
Ya Allah jikalah khidmatku selaku seorang ' guru, Murabbiyah' ia yg terbaik aku lakukan...permudahkanlah semua urusanku , moga aku tetap jd pembela ugamamu terutama kecintaanku menjadi pengajar Bahasa KalamMu ..moga aku tetap dlm jihad itu sehingga bertemuMu...
Aminn...
Ummi Wardah
Bdr Puteri
Klang
Selamat HAri Lahir, ustazah Marhamah yg dikasihi...ikhlas dari fizi, kuantan. :)
ReplyDeletesedihnye post ni..hepi besday ummi !
ReplyDeletelove u much :)
ustazah, selamat hari lahir.
ReplyDeleteterima kasih atas posting yg mengingatkan diri ini. smg kita semua akan bertemu di syurga kelak,
ameen