Sekali lagi hari dan tarikh yang ditentukan tiba.....
Kali ini aku memilih rawatan Day-Care. Tanpa perlu menghuni wad HKL seperti sebelumnya. Ini juga merupakan pengalaman pertamaku menerima rawatan tanpa masuk wad.
Seawal 6 pagi, 22 Mach lalu aku dan hubby telah keluar rumah untuk rawatan kali ke 4ku. Ini semua, gara-gara mengelakkan jam di perjalanan yang sudah amat dimaklumi di KL ini. Pukul 6.00 pagi belum lagi masuk waktu subuh pada hari itu. Kami singgah di masjid UM sekitar 6.20 pagi. Sesampainya di masjid imam dan para jamaah subuh baru sahaja selesai solat subuh. Terlepaslah peluang berjamaah subuh bersama imam masjid..
Selesai menunaikan solat kami meneruskan perjalanan menghala HKL. Sebelum itu kami singgah di Restoren Haslam untuk bersarapan pagi. Aku membawa sedikit bekalan nasi dan lauk kebiasaanku yang telahpun disiapkan oleh pembantu. Abah pula telah siap bersarapan dari rumah lagi. Abah hanya minum kopi dan sedikit kueh. Selepas selesai bersarapan kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. HKL hanya di seberang jalan sahaja.
Sekitar pukul 7.25 pagi aku telah sampai dikaunter pendaftaran, sementara suami mencari tempat parking kereta. Begitu ramai pesakit yang menunggu di kaunter walaupun belum pukul 8 pagi. Selepas aku menghulurkan kad rawatan dan dimaklumkan no giliranku aku duduk di kerusi. No 19..? Aku dimaklumkan oleh jururawat yang bertugas di wad sebelum ini yang rawatan Day-Care hanya mengambil 20 orang sahaja untuk satu-satu hari.
Perasaan ingin tahu ku spontan hadir. Untuk kepastian aku menghampiri kaunter dan mendpatkan maklumat yang aku ingini.
" Pukul berapakah kaunter ini mula beroperasi? Pukul berapa pula pesakit yang awal dariku sampai. ..?".
Pukul 8.00 pagi barulah bilik rawatan utk Day-Care dibuka. Yang mendapat no awal bergegas mencari katil yang sesuai...rupanya hanya 6 orang yang pertama sahaja berhak mendapat katil. Yang lain memada duduk di sofa yang disediakan.
Semasa proses rawatan aku sempat bertanya dgn bbrp pesakit yang awal..ya mereka telah sampai di kaunter seawal pukul 7.00 pagi.. Ini bermakna ramai yang lebih awal dariku keluar dari rumahnya.
Nama kami dipanggil mengikut giliran yang diberikan. Tekanan darah kami dicatat. Darah kami juga diambil untuk diuji. Setelah proses ini selesai kami diminta menunggu sementara hasil laporan ujian darah masing-masing dimaklumkan. Jika bacaan darah OK barulah rawatan dapat diteruskan..
Dr yang bertugas hanya datang sekitar pukul 10 pagi. Mungkin selepas selesai masa lawatan Dr ke wad pesakit. Sementara tempoh menunggu masing-masing membuat aktiviti kendiri. Yang mendapat katil, ada yang membaca surat khabar. Tidak kurang juga ada yang bersarapan dengan bekalan sendiri. Ada yang meminta izin untuk membeli sarapan pagi.
Ada yang terus tidor.. Agaknya membayar waktu tidor yang terganggu kerana perlu bangun dan keluar awal dari rumah masing-masing bagi memastikan mendapat nombol awal yang membolehkan pesakit mendapat katil,
Yang memada dengan duduk di sofa, begitu rancak makcik-makcik bercerita. Walaupun menjadi pesakit tetapi dari senyum tawa mereka ketika bergurau, aku dapt merasakan semua pesakit yang datang membuat rawatan ini adalah mereka2 yang tabah dan kuat azam dan sabar.
Tiba giliranku dipanggil..Dr Pakar yg mengambil semua laporanku...Emm bacaan darah pn OK..nanti boleh terus diberi rawatan seperti biasa. Pesan Dr Z pada Ummi. Sehingga jam 12 murse yang bertugas sedia memasukkan tiub ke dalam tangan kananku. Selepas nenerapa ketika proses rawatan chemo ke 4 dilakukan..mengambil masa lebih kurang 25 minit, semua ubatan selesai dimasukkan.
Jam menunjukkan pukul 1.30 petang. Emm masih lama menunggu abah datang pukul 3 petang. Ummi mengambil peluang istirehat sehinggalah abah datang mengambil Ummi di lobi dan terus memandu balik ke rumah..
Alhamdulillah proses rawatan berjalan lancar...moga Allah memberi Ummi kesembuhan.
Ummi Wardah

No comments:
Post a Comment