Tuesday, April 24, 2012

Ya Rabbi Bisanya badanKu

18/4 Tarikh pertama Chemo ke 5 bagi ubat baru ku....seperti biasa aku mengambil rawtan Day Care..tanpa perlu warded...

Pengalaman di wad kadang2 amat menguji minda dan emosi...Tiap kali mesti ada pesakit yg sedang nazak dan meninggal di wad yang dihuni...Terasa sekali bagai menanti giliran...bila pulaklah giliran Ku tiba...

Selepas Chemo ke 4 tiada halangan sukar untuk aku terus berazam untuk tidak warded sepanjang rawatan...Alhamdulillah seperti selalu chemo yg ke 5 dan Yg first dgn ubat ini, semua juga berjalan lancar seperti baisa.


Hari pertama dan kedua selepas itu, juga aku masih gagah dan mampu bertingkah laku seperti biasa..namun hari ke 3..segalanya baru mula terasa..

Malam ketiga badanku amat keletihan seolah tak mampu membuka mata...Petang itu ke JJ mencari buku bacaan, seakan mahu pitam di perjalanan...amat tidak larat...letih dan laonglai sendi2...namun Alhamdulillah masih diberi kekuatan hingga sampai di rumah..sekitar 11 malam juga..Aku terus tidor sehingga tgh malam...

Awal pukul 3 pagi aku bangun solat tahajjud dan munajat semampunya..sehingga selesai...aku menyambung pula tidor hinggalah ke suboh...lepas solat aku terus makan sedikit sarapan dan makan ubat dan menyambung rehat..hinggalah hampir tengahari....bangun badanku terasa lemah dgn sendi2 terasa sakit dan berbisa...begitulah yang kuhadapi sepanjang 3 hari ini...

Rupanya inilah penangan kesan chemo ke 5 ini. Segalanya baru mula dirasa selepas hari ke 3....

Ya Allah berilah aku kesabaran dan kekuatan..agar berjaya mengahdapi semua halangan seterusnya...
Ya Rabbi...
Ummi Wardah

No comments:

Post a Comment