Wednesday, June 27, 2012

Allahu Akbar! !!
Itukah dia. . .
hari yang ditentukan Allah semakin hampir
Hari penentuan
Adakah aku
di kalangan yang dirahmati
atau celaka
ITULAH HARI PERHITUNGAN
adakah jd penghuni Syurga atau neraka
Itulah hakikat perjalanan hidup ini. .

melihat situasi yg berlaku kini
aku tidak mengingat yg lain
lebih aku gerun dan takut dari janji akhirat yang semakin mendekat
azabMu ya Allah. . . yang tak terperi
segala amal bakal disoal
tiada jaminan adakah aku bisa terhindar

sekoyong aku teringat sepurnama yg lepas
tika membaca hadis Ar Rasul
kesah Baginda diperingat Jibril
akan perihal ummatnya
yang bakal jd penghuni neraka
sekoyong itu Ar Rasul pengsan
dek tersangat hiba dan sedihnya
mengenang nasib ummat
yang bakal menghuni azab
kerana ramainya mereka
yang tidak sempat bertaubat
dan mengekal dosa dosa
sehingga ajal tiba

Ketika Ar Rasul memberi nasihat
akan azab pd sahabat
wajah lantas berubah. .merah. .marah!!
ramai yg tidak ingat. . .!!
kerana Baginda saat mikraajnya diperlihat
azab neraka dgn pancaindera Baginda yg mulia
bukan mimpi tapi di depan mata, telinga
aduhai. . .
jika disedari setiap kita
tiadalah waktu yang kita dpt gembira
. . . .
di saat sunyi ini
moga Allah terus membangkitkan hati
dengan hikmah, mata hati
ilmu yang memimpin
diri dan tingkahlaku
menjadi hamba
yang sentiasa
sedar diri
erti erti kehidupan
gerak denyut nadi
yang menjadi
warna warna zaman
agar terus melakar amal
selagi ada qudrat
yang dikurniakan.

ya Rabb ampunilah kami. . .
hamba2Mu. .

No comments:

Post a Comment