Wednesday, June 27, 2012

Aku spontan menukilkan karya ini seusai pemakluman Dr Mohd Morsi diumumkan sebagai pemenang dan sekaligus selaku President Mesir selepas Revolusi...
Sejarah Dunia Berputar Semula......
Segalanya masih awal. .
tapi aku cukup yaqeen. . .
bahawa GELOMBANG INI gelombang akhir
yg Allah &RasulNya sebut dan ulang
Bahawa gelombang perubahan yg akan
memayungi alam
Tidak dapat dihalang. . .
Kerana Allah yg menghendakinya
buat kali terakhir
sebelum tiba hari kehancuran. . .
lihat. . . .! semua isyarat kecil & besar
Allah telah bentang & dedahkan
hanya mukmin yang sadar
akan faham akan fenomena Alam yg telah direncanakan. . .

ku amati dua ulasan yg mendalam. .
Dr Yusof Qardhawi dalam bukunya
Rome ke dua hancurnya di zaman ini. .

Sheikh badie mengulas kehinaan Israel dlm surah Israk ayat 7
juga tak lama lagi. .

Ayoh kita lihat. .sebahagiannya lagi . .yg berlaku di sini. .
1987 bila Al Quran diangkat dari mushaf. . .
kami warga SAMTSH jd saksi. .
dikata silap cetak. . .
Pakar Astronomi pula membuktikan
kebenaran dlm surah Ar Rahmaan
Langit sudah mula terbelah
bila tanda bagai mekar mawar ditemui diufuk langit. . .
Aaaaaghh. . .Allah Maha Benar segala janjinya.

2004 Tsunami Aceh ganas membadai nusantara
Itu permulaan berterusannya tsunami , gempa dan gempa di seluruh benua. .

Israel sudah membena tembok Khaiber
menjadi penjara terbesar di dunia bg palestina
mereka sudah berkumpul di sana
Tasik Tiberia sudah semakin surut . .
bukankah dikata bila Dajjal keluar dari perutnya
akan diiringi 70,000 orang israel. . ? ?

ditanah yg dijajah . . .
ditanam sudah pokok gharqad. .
buat pelindung dari musuh. .

saat penentuan antara hak dan batil
bagi Allah ia sangat dekat
hanya mukmin yang ikhlas akan sadar
bahawa dunia ini dalam perjalanan
di titik akhir yang hampir

ya Allah jadikanlah
aku seorang dari saksi kebenaran ini. . .
sehingga ku genggam dlm kerdip
saat bertemuMu. .
Ummu sofiah

No comments:

Post a Comment