Alhamdulillah...
Hasbunallahu wanikmal wakill....
20 Jun speprti biasa tarikh rawatan chem ke 4 Doxcy (ke 8 dari ubat yang pertama ). Rawatan Day -Care seperti biasa...Alhamdulillah berjalan lancar..
selepas selesai Ummi meneman hubby gi ke pejabat JIM Pusat dan selepas itu meneman gi meeting lagi lepas tu ke kedai arab di Jalan TAR dan makan malam dgn sekeping sawerma arab berkongsi hidangan...dgn asirr miss miss...
Balik dari KL ni jam sudahpun menunjukkan 10 malam...selepas bersiap2 ummi minum air rebusan pokok kayu putih. Selepas itu anak2 Ummi Along dan Angah memicit tangan kanan Ummi yang sedikit bengkak akibat tusukan jarum untuk memasukkan tiub pagi tadi yang kurang tepat mengenai urat darah yang sepatutnya. Alahamdulillah setelah diurut nampak susut bengkak yang tak sakit tu..selepas itu Ummi pun bersiap untuk tidur....
Alhamdulillah setakat ini Allah masih memberi ummi kekuatan ..dan masih boleh menggunakan tenaga badan ini untuk beramal..
Alhamdulillah...
" ...Dan sekiranya kamu bersyukur pasti Allah akan tambah nikmat atas kamu...".
Hasbunalllhu Wanikmal Wakilll
KepadaMu sahajalah ya Allah aku bertawakkal...
Wahai rakan pembaca yang ditakdirkan sama, mari kita beringat2 dgn pesananku ini:
" Moga sakitku tidak menjadi alasan untuk aku tidak beramal yang terbaik di sisiMu ya Allah..!!
sebaliknya teguhkanlah kesabaranku dan tingkatkan kekuatanku menghadapinya...
Sungguh... kesakitan,kesusahan ini tiada sedikit pun taranya dgn segala kesakitan, kesusahan, penderitaan di akhirat nanti....
Di dunia ini Insya Allah, Allah pasti memberi jalan dan jalan keluar serta pertolonganNya jika kita bersungguh2 berusaha apa sahaja yg halal serta memohon penuh ikhlas kepadaNya. Tetapi di akhirat TIADA pertolonganNya kecuali yang dikehendakiNya dan berjaya dgn segala ujian hidup di dunia ini tanpa syirik padaNya..Siapakah yang dapat memastikannya kita akan dapat pertolonganNya...!!
Oleh itu jangan sesekali berputus asa..berikhtiarlah berubat jika sakit...berdoalah setulus hati jangan sesekali jemu...
" Mohonlah kamu akan pertolongan Allah dengan sabar (tekun/bersungguh2) dan dirikanlah (jangan tinggalkan ) solat. sesungguhnya solat itu amat berat kecuali kepada orang yang solatnya sampai penuh khusuk (dipelihara dgn baik segala syarat rukunya serta salatnya berjaya mendidik diri muslim yang positif dalam dan diluar solat).".
Aminn...Istajib Ya Rabb..Jadikanlah aku orang yang berjaya....
Ummi Wardah.
No comments:
Post a Comment